"Monster!!"
"Pergi sana!"
"Monster tak boleh hidup dengan manusia!"
"Lari! Lari! Monster datang!"
"Menakutkan!"
Tendou bangun secara mengejut. Kepala yang sedikit berpusing dipegang. Tubuhnya basah dengan peluh walau kipas berpusing tepat di atas kepala di siling.
Dia mengeluh. Mimpi itu lagi. Baru sahaja beberapa hari dia tidak bermimpi ngeri itu.
"Tendou... Mimpi buruk lagi?" Semi bangun sambil tepisat-pisat menggosok matanya.
Rasa bersalah menerpa Tendou. Mungkin gegaran katil menyebabkan Semi terjaga.
Semi bangun. Bantal dilempar ke atas katil Tendou bersebelahan bantalnya. Dia memanjat untuk naik ke katil atas yang diduduki Tendou.
Tubuh kurus itu digosok perlahan untuk bertenang.
"Tak ada apa-apa... Benda dah lepas..." Ujar Semi dengan mata separuh terbuka.Setelah memastikan nafas rakan sebilik mula stabil, dia menarik tubuh kering itu untuk kembali berbaring.
Tendou merasa tenang di dalam pelukan Semi. Rasa seperti dilindungi. Rasa seperti disayangi. Dia kembali terlelap dengan urutan lembut di kepalanya daripada Semi.
××××××××××××××××××××××××××
"Tendou, Semi, mereka bergaduh lagi..." Ushijima mengeluh. Segera dia mendapatkan dua sahabatnya. Hanya Semi yang boleh uruskan Shirabu dan hanya Tendou yang boleh pujuk Goshiki.
Kedua itu segera memainkan peranan. Semi memeluk bahu Shirabu yang tengah berasap selepas naik angin dekat Goshiki tadi. Goshiki menerpa ke arah Tendou dengan air mata yang meleleh di pipi.
Mereka yang melihat sudah menggeleng. Kawanishi terhibur melihat bagaimana Semi-san menenangkan Shirabu yang kepala angin tu. Namun tak ramai yang tahu hakikat Shirabu seorang yang pemalu.
"Ayaiyai. Meh sini nak lap. Mata tu dah bengkak. Berhenti menangis." Tendou mengusap air mata si kouhai(junior) dengan ibu jarinya. Kemudian dia mengambil sapu tangan yang dihulur Hayato.
"Sudah. Sudah. Kawal la sikit." Semi mengurut bahu Shirabu dengan tangan kanannya. Sebelah lagi mengusutkan rambut Shirabu.
Ushijima merenung mereka tajam. Dia sudah tak tahan dari tadi.
"Shirabu. Goshiki." Terhenjut bahu kedua nama yang disebut. "Cepat minta maaf."
Dan mereka berdua tiada pilihan selain menurut. Mereka yang lain hanya ketawa. Semi dan Tendou melepaskan nafas lega kemudian mereka membuat high five.
Mereka meneruskan latihan seperti biasa.
Setelah latihan tamat, pelajar tahun tiga berkumpul.
"Tendou mimpi buruk lagi..." Ujar Semi. Tendou hanya mengeluh. Masing-masing yang lain menepuk bahunya yang agak terkejut mendapat reaksi begitu.
"Kau dah ada kami. Apa yang perlu difikirkan lagi?" Leon menyoal.
"Kau dah lupa apa yang Waka cakap? Waka ulang lagi sekali." Jin menggerutu.
"Dongakkan kepala, yakinkan diri." Ujar Ushijima dengan wajah yang beku.
"Nah~jangan risaulah. Semua yakinkan kau. Guess monster." Hayato menepuk belakang Tendou. Semi menyiku perutnya. Baru saja tadi mereka mahu Tendou hilangkan perkataan monster dalam fikiran dia. Hayato sengih tak bersalah.
"Tendou-san...!!"
"Ugh..." Hampir terjatuh Tendou apabila diterkam begitu oleh Goshiki.
"Nani(what)?" Tendou menekup wajah Goshiki.
"Hiiiiii! Tak ada apa." Goshiki memeluk erat tubuh kurus itu. Tendou menggosok kepala kouhainya itu.
"Nah... Tendou-san terlalu manjakan dia." Kata Kawanishi tanpa berlapik. Matanya melirik melihat Shirabu yang sedang merenung Goshiki tidak berpuas hati. 'Haih,apa lagi Ken ni?"
Shirabu menarik tubuh Goshiki yang sedari tadi memeluk Tendou. Kemudian dia mengganti Goshiki. Semua yang melihat agak terkejut.
"Shirabu?"
"Tendou-san aku punya." Shirabu menjelirkan lidah ke arah Goshiki yang sudah mengembungkan pipinya.
Semua ketawa besar melihat senario itu termasuk Ushijima. Tendou menggosok kepala Shirabu perlahan yang kelihatan menikmatinya.
"Alahai baby kita dah merajuk. Apa yang Shirabu dah buat~" Jin mendapatkan Goshiki. Tanpa amaran, Goshiki menekup wajahnya ke tubuh Jin. Sekali lagi mereka tertawa.
Tendou rasa bahunya ringan. Segala beban yng ditanggung selama ni sudah hilang. Mendapat pelukan daripada Shirabu yang selalu dingin memang mengejutkan. Dia senyum penuh kegembiraan. Berada di sini merupakan satu kehidupan baginya.
Semi tersenyum melihat senyuman di wajah Tendou. Senyuman yang selama ini dia nantikan. Senyuman yang belum pernah terukir di wajah itu. Sebuah senyuman manis penuh bahagia.
Inilah Tendou Satori.
Tendou yang disayangi.
Tidak lagi dibenci.
Nahhhh a short one! Pendek saja. Akhirnya Monju dapat kawal jumlah patah perkataan. Cepat sambung ke kisah seterusnya!
YOU ARE READING
Haikyuu: Compilation
Historia CortaHanya himpunan cerita pendek menggunakan watak daripada Haikyuu. Watak bukan milik penulis. Tapi short stories ni memang milik penulis. 🏐Karasuno 🏐Nekoma 🏐Aoba Jousai 🏐Fukurodani 🏐Shiratorizawa 🏐Inarizaki 🏐Date Tech Selamat membaca! 🌻 Sta...