hilang ingatan

231 18 6
                                    

Atsumu menunggu lagi. Dia setia menunggu kembarnya untuk sedar. Mereka telah terlibat dalam sebuah kemalangan. Keduanya cedera namun tidak kritikal. Osamu telah dihentak di bahagian kepala menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Sudah tiga hari berlalu namun Osamu masih belum mahu membuka matanya. Atsumu meramas perlahan tangan si kembar.

"Bangunla Samu..." Dia merebahkan kepalanya di birai katil. Ibu dan bapa mereka sudah lama tiada. Mereka hidup berdikari sendiri dibantu serba sedikit oleh ibu saudara yang merupakan adik bongsu bapanya. Dia hanya ada Osamu dalam hidupnya.

Memandangkan dia baru saja balik daripada kelas, tubuhnya yang letih membuatkan dia tertidur di tepi katil tersebut. Tangan masih utuh memegang tangan kembar.

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^

"Ngh..." Dahinya berkerut. Mata cuba dibuka tapi tak mampu untuk menerima cahaya yang masuk. Tubuh terasa kebas. Tangan cuba digerakkan dan barulah dia perasan ada seseorang di sisinya.

"Samu?" Atsumu tersedar apabila merasakan pergerakan. "Oh tuhan, Samu dah sedar!" Atsumu segera bangkit untuk memanggil doktor.

'Siapa... Dia?'

Tidak lama, Atsumu masuk dengan seorang doktor dan jururawat. Doktor mula melakukan pemeriksaan.

"Boleh bagitahu saya nama awak?"

Osamu hanya diam. Dia tidak dapat memberikan jawapan.

"Samu?" Atsumu mula risau.

"Awak ada ingat apa yang terakhir berlaku pada diri awak?" Doktor bertanya lagi. Kalini dia mendapat gelengan sebagai jawapan. Setelah itu, dia mencatat sesuatu di fail yang dibawanya.

"Mari ikut saya, Atsumu-san."

Mereka berbincang di bilik doktor tadi.

"Dengar sini Atsumu-san. Memandangkan Osamu terhantuk di kepala semasa kemalangan, jadi hal ini berisiko untuk terjadi." Doktor mula menunjukkan gambar yang menunjukkan bahagian kepala Osamu.

"Berdasarkan keadaan tadi, Osamu nampaknya mengalami amnesia Disosiatif."

"Dia langsung tak ingat nama sendiri..." Ujar Atsumu perlahan.

"Ya. Itulah amnesia Disosiatif. Pesakit tidak dapat mengingat pelbagai maklumat peribadi yang bahkan dianggap sangat penting. Pesakit akan lupa namanya sendiri dan semua yang berkait rapat dengan keperibadiannya. Selalunya amnesia ini terjadi kepada orang yang mengalami kemalangan atau tekanan yang melampau." Doktor mula menjelaskan dengan lebih teliti.

"Pertama sekali, biarkan dia berehat dahulu. Tunggu sehingga luka di kepala sembuh. Kemudian awak boleh cuba perlahan-lahan bantu dia untuk mendapatkan ingatan."

"Macam mana saya nak bantu dia?"

"Awak boleh tunjukkan album kepada dia, bercerita, atau bawa ke tempat yang sering dikunjung."

"Boleh saya bawa dia jumpa dengan rakan-rakan?"

"Semestinya. Elakkan beri tekanan kepada dia." Doktor itu senyum ke arah Atsumu. "Oh ya, tak perlu lagi risau dengan bil rawatan, ibu saudara awak sudah menjelaskannya. Dan kembar awak boleh keluar lagi tiga hari." Kalini riak wajah Atsumu mula lebih tenang.

"Terima kasih sensei." Atsumu menunduk sebelum keluar daripada bilik tersebut.

Atsumu mula mengelamun. Pelbagai perkara berlegar di dalam kepalanya. Bagaimana mahu kembalikan ingatan Osamu. Selalunya Osamu yang buat semua menjadikan dirinya seorang yang manja. Jalan punya jalan, dia sampai ke bilik rawatan Osamu. Asyik mengelamun, dia terlanggar pintu yang tertutup.

Haikyuu: CompilationWhere stories live. Discover now