bunga matahari

144 15 2
                                    

Wajahnya menunduk. Bunga matahari yang dipegang digenggam erat. Air mata cuba untuk ditahan daripada menitis. Kubur di hadapannya dipandang dengan seribu rasa sayu.

Dia gagal.

Dia mungkir janji.

Dia sedih.

Anak anjing yang diberi nama Jumbo sudah tiada. Anak anjing yang dia jumpa bersama rakan baiknya, Yuka ketika mereka tersangkut di perhentian bas akibat hujan lebat. Anak anjing ini datang daripada semak di belakang perhentian tersebut. Dia dalam keadaan yang sangat lemah dan lapar. Mereka memgambil keputusan untuk menjadikannya haiwan peliharaan bersama.

Namun kini, Jumbo sepnuhnya dalam jagaan dia. Yuka telah pindah ke Kyoto disebabkan pekerjaan ibunya. Yuka sudah tiada bapa.

Namun kini, Jumbo sudah pergi. Ada orang yang meletakkan racun ke dalam makanannya. Hanya kerana Jumbo sering menyalak. Sungguh tiada kenang budi. Jumbo menyalak kerana ada pencuri memecah masuk rumah. Rumah mereka tidak jadi untuk dipecah apabila Otousan terjaga dengan salakan Jumbo. Pencuri itu berjaya diberkas.

Jumbo sangat suka bunga matahari. Hinata mengambil keputusan untuk menanam pokok bunga matahari di kubur Jumbo. Bolehlah Jumbo bermain dengannya nanti.

Dia mengelap air mata dengan hujung lengan bajunya. Jam di tangan dilihat. Sudah waktunya dia pergi latihan bola tampar.

××××××××××××××××××××××××××

Yuka tersenyum lebar. Dia mengambil nafas panjang mengambil udara nyaman di tanah air yng dirindui sekian lama.

Kini, dia mengambil sebuah teksi. Ah, teringat dekat Hinata. Bagaimana dia menjag Jumbo? Entah kenapa dia sedikit risau. Bukan tidak percayakan Hinata kawan baiknya sejak keci tapi hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak baik menantinya.

Dia sudah menghubungi ibu Hinata. Sekarang Hinata masih berada di sekolah. Masih dia ingat dia sering dipaksa untuk bermain bola tampar. Kenangan indah betul.

Dia sekarang merupakan pemain badminton. Raket setia di belakangnya. Kini dia telah sampai ke rumah Hinata.

Kedatangannya disambut oleh Natsu. Dia menggosok kepala budak kecil itu.

"Selamat datang Yuka-niisan." Natsu tersenyum lebar. "Jom masuk. Okaasan dah masakkan pelbagai hidangan yang enak. Natsu juga dah siapkan tempat tidur Yuka-niisan." Yuka hanya mengikut tarikan tangan Natsu.

"Ah~ Yuka dah sampai. Mari sini." Masing-masing memgambil tempat.

"Itadakimasu."

Usai saja mereka mengisi perut, Hinata tiba di rumah. Wajahnya berubah riak apabila melihat Yuka. Dia menjadi cuak.

"Shoyo." Yuka tersenyum manis. Tubuh yang sama tingi dengannya dipeluk.

"Yuka..." Hinata membalas pelukan itu.

"Shoyo makan dulu. Kemudian mandi. Lepastu siapkan tempat tidur untuk  Yuka. Hinata hanya patuh.

Malam pun menjelma. Yuka sudah terlena. Mungkin penat akibat perjalanan yang jauh.

Keesokkannya, tanpa berlengah Hinata segera membawa Yuka ke kubur Jumbo.

"Maaf Yuka..." Pohonnya dengan wajah tertunduk. Yuka duduk bertinggung. Kubur anak anjing berbulu kelabu itu diusap. Terngiang di telinya bunyi salakan anak anjing itu.

Dia juga dapat melihat pokok bunga matahari ditanam di sekitar kubur itu. Dia merapatkan tangan untuk memberi penghormatan. Kemudian dia bangkit.

Wajah Hinata ditolak untuk melihatnya. Berair mata bundar tersebut menahan sedih yang amat.

"Jangan menangis Shoyo. Jumbo akan sedih nanti." Yuka menekup wajah Hinata. Lantas Hinata menjatuhkan kepalanya di bahu Yuka.

Yuka merasakan air menitis di wajahnya. Dia mendongak melihat langit yang bertukar menjadi gelap.

"Shoyo jom balik. Nak hujan ni." Hinata membuka payung yang dibawa atas pesanan ibu tadi sebaik saja hujan mula turun.

Sepanjang perjalanan hanyalah kebisuan. Masing-masing tidak tahu mahu berbual apa. Perhatian mereka tertarik apabila sesuatu bergerak di dalam semak di tepi jalan.

Yuka mendekati semak tersebut. Dia mendapati seekor anak kucing. Kakinya terseliuh mungkin kerana diserang kucing lain. Yuka meletakkan anak kucing yang kecil ke dalam poket depan hoodie miliknya.

Sampai di rumah, mereka membersihkan diri beserta anak kucing itu. Rupanya anak kucing itu berbulu putih dan berbelang hitam.  Bulunya sudah kotor menyebabkan mereka tidak nampak warna sebenar kucing itu.

"Kita nak pelihara dia ke Yuka?" Hinata mengusap anak kucing itu dengan tuala. Hair dryer dicapai untuk mengeringkan bulunya.

Yuka menangguk laju. Dia sedang memikirkan nama untuk anak kucing tersebut.

"Bagaimana dengan Yuyo?" Yuka memetik jarinya.

"Huh?"

"Yuyo. Nama dia."

Meow~

Yuka dan Hinata berpadangan sesama sendiri. Nampaknya ia sukakan nama itu.

Hinata bersetuju untuk menjaga Yuyo. Malam itu, mereka tidur dengan Yuyo berada dalam pelukan Yuka.







Hahhhh double update! Lepas ni monju dh tak boleh update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hahhhh double update! Lepas ni monju dh tak boleh update. Nak fokus dkt cerita lagi satu yg direpublish.

Enjoy!

🌾🌻🌾🌻

Haikyuu: CompilationWhere stories live. Discover now