Hanya himpunan cerita pendek menggunakan watak daripada Haikyuu.
Watak bukan milik penulis.
Tapi short stories ni memang milik penulis.
🏐Karasuno
🏐Nekoma
🏐Aoba Jousai
🏐Fukurodani
🏐Shiratorizawa
🏐Inarizaki
🏐Date Tech
Selamat membaca! 🌻
Sta...
"Tsukki! Cepatlah, hehe." Yamaguchi menarik tangan Tsukishima untuk melajukan langkah. Hari ini merupakan hari minggu dan tiada latihan bola tampar untuk hari ini. Jadi, Yamaguchi mengajak Tsukishima untuk keluar.
Sekarang mereka akan menonton wayang yang menayangkan movie animasi kegemaran Tsukishima. Cerita tentang dinosaur. Yamaguchi tak mampu untuk berbuat apa ya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Yamaguchi membeli dua bekas bertih jagung. Satu yang biasa untuk Tsukishima dan satu lagi ditambah madu untuk dirinya. Kemudian, dia membeli dua cawan besar coke.
Mereka masuk ke dalam panggung. Tempat yang mereka duduk berada di barisan tengah. Mereka mengambil duduk dan tak lama setelah itu, wayang mula ditayangkan.
.
.
.
.
.
Yamaguchi keluar dengan mulutnya yang menguap. Rambutnya juga sedikit berantakan. Tsukishima yang melihat hanya mengeluh. Itulah kebiasaan Yamaguchi apabila menonton wayang. Tak kisahla cerita yang ditayangkan sangat menarik, bahu Tsukishima pasti akan menampung berat akibat kepala Yamaguchi yang terlentok apabila tidur setelah setengah jam cerita ditayangkan.
"Pergi mana pulak?" Tsukishima sedikit membetulkan rambut sahabatnya ini.
"Ermm... Jom makan. Sekarang dah waktu makan tengah hari. Tsukki, pilih dimana kita nak makan."
Tsukishima berfikir seketika. Kemudian, dia menarik tangan Yamaguchi untuk mengikutinya dan tidak menerima bantahan daripada Yamaguchi sama sekali.
"Kedai Ramen?" Yamaguchi mengerutkan dahinya melihat Tsukishima mengangguk. (NampaknyaMonjudhobsesdgn ramen)
Bukan, bukan kerana mereka akan makan ramen, tapi kedai ini...nampak buruk dan sudah lama?
Seperti mengerti apa yang bermain di benak Yamaguchi, Tsukishima menarik sekali lagi tangan sahabatnya itu untuk masuk ke dalam.
"Jangan menilai daripada luaran Yamaguchi." Mereka mengambil tempat lalu Tsukishima mengangkat tangannya meminta pesanan.
"Dua mangkuk ramen special" pesannya. Pesanannya mendapat balasan daripada tuan kedai.
Tidak perlu menunggu lama, pesanan mereka pun sampai. Masing-masing mengambil chopstick yang disediakan.
Suapan pertama. Mata Yamaguchi berbinar.
Ini terlalu lazat!
Dia mengambil suapan lagi dan lagi. Tsukishima yang melihat tersenyum senget.
Kedua mangkuk sudah kosong. Tsukishima mengelap mulutnya dengan tisu. Yamaguchi bersenandung kecil dengan gembiranya.
"Bagaimana?" Tsukishima bertanya ketika mereka melangkah keluar daripada kedai tersebut setelah membuat pembayaran.
"Sangattttttt lazat!" Jawab Yamaguchi dengan semangat.
Destinasi mereka berikutnya ialah kedai cenderamata. Kedai itu hanya kecil tapi menjadi kegemaran remaja kerana kepelbagaian dan keunikan cenderamata yang dijual.
Aktiviti membeli mereka diakhiri dengan Tsukishim yang membeli rantai kunci berbentuk bola tampar dengan tulisan pin-server manakala Yamaguchi membeli plushie mini dinosaur yang hanya sebesar tapak tangannya.
Mereka ketawa setelah menukar barang yang dibeli sebagai hadiah masing-masing.
Kini mereka dalam perjalanan pulang. Mereka tiba di rumah Yamaguchi terlebih dahulu.
Setelah berpamitan, Yamaguchi melangkah mahu masuk ke dalam namun ditahan oleh Tsukishima.
"Yamaguchi"
"Eh ya?"
"Terima kasih untuk hari ini." Yamaguchi tersenyum lebar.
"Terima kasih jugak untuk hari ni!" Tsukishima mencebik tidak berpuas hati dengan respon Yamaguchi. Jawapan sepatutnya adalah sama-sama bukan?
"Yalah, aku balik dulu."
"Hati-hati!!" Tsukishima membalas dengan tangannya yang diangkat sebelah tanpa berpaling.
Yamaguchi melangkah dengan gembira. Senandung kecil kedengaran darinya.
Hari ini adalah hari yang menggembirakan.
Another update!
10 chapters 🎉🎉🎉
Sampaisinisaja ya dahulu.
DrafMonjutertinggal di kampus, jadiMonju akan sambungkalau ada permintaandrpd readers. Itupunkalau ada la 🙂
Monjunkkurangkanfokusutk short stories ni. McmygMonjudhbgtahu, Monjunakfokusdekat The Danger Guy ygdirepublishataspermintaan reader cerita tu.
Kalau ada readers sini yang k-popers ha pergilasinggah.