"Aduh!" Belakang kepalanya terhantuk sesuatu ketika dia bangun setelah mengambil bukunya yang terjatuh.
Dia melihat pemain bola tampar tahun pertama itu. Huh.
Goshiki mengusap dahinya. Dia cuba membantu gadis kecil itu apabila buku-bukunya bertaburan di lantai. Tapi lain pula berlaku. Dia menelan air liur melihat gadis itu merenung tajam kearahnya.
"Tak payah susah-susah! Semak je!!" Jina mendengus kasar. Buku-buku yang bertaburan dikutip secepat yang mungkin kemudian berlalu meninggalkan Goshiki yang mengeluh.
Itulah macam mana mereka boleh kenal. Garangnya Jina ya Tuhan kecut Goshiki dibuatnya.
Sekarang pulak macam ni.
"Salah la. Kau kena guna formula kalau nak jawab soalan ni. Mana boleh jawab macam tu je" Jina menunjuk di bahagian di mana Goshiki salah di atas buku kerjanya.
Ya. Sekarang mereka berada di perpustakaan. Memandangkan Goshiki yang selalu sibuk dengan latihan bola tampar, Jina sering membantunya untuk membuat kerja sekolah supaya lebih cepat disiapkan.
"Esok kau pergi bertanding?" Goshiki menjawabnya dengan anggukan di kepala. Jina menongkat dagunya sambil memerhatikan Goshiki yang menyiapkan kerja sekolah.
"Nah."
"Huh?" Goshiki mendongak. Jina sedang menyua sebuah tangkal.
"Err ini... Tangkal bertuah. A... Ambillah." Muka Jina memerah.
Goshiki qtersenyum lebar. "Terima kasih..."
"Urm. Cepatlah siapkan. Dah petang.
_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\
Bunyi wisel panjang kedengaran menandakan permainan bola tampar yang diadakan hari ini telah tamat. Pemenang? Sudah tentu Shiratorizawa.
Goshiki menggenggam kedua tangannya puas dengan kemenangan yang dicapai pasukan bola tamparnya.
Tak semena-mena, belakangnya ditepuk oleh Shirabu.
"Shirabu-san?"
"Kau tertinggal ni." Goshiki melihat benda yang disua oleh Shirabu. Tangkal yang diberikan Jina!
Goshiki tersenyum. Ah, tak sabar mahu kongsi kegembiraan ini dengan Jina.
"Terima kasih, Shirabu-san."
"Sama-sama."
Sekali lagi, Shirabu menegurnya. Kalini, telefon bimbit milik Goshiki pula berdering. Dia menjawab panggilan tersebut dengan mamai.
"Ya?"
"Goshiki-kun?" Goshiki mengerutkan dahinya. Ibu Jina?
"Ya makcik, ada apa?"
"Ah, tahniah ya. Makcik cuma nak beritahu... Jina baru saja terlibat dalam kemalangan."
Goshiki terdiam. Jina?
"Goshiki-kun?"
"Oh. Maaf cik. Jina di dirawat di mana sekarang?" Setelah mendapatkan jawapan, Goshiki menamatkan panggilan. Dia harus pergi ke sana setelah sampai. Oh tak lupa juga perlu meminta izin warden.
_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\
Nampaknya Goshiki tidak diberi kebenaran memandangkan waktu sudah malam namun diberi keizinan untuk esok pagi.
Sekrang dia sudah pun berada di tepi katil pesakit yang diduduki Jina. Tangannya menggenggam pingat yang diporoleh semalam.
"Jina..."
"Apa kau? Aku belum mati lagi lah." Jina menjawab sarkastik. Walaupun suaranya terdengar lemah.
"Ish kau ni." Dia menyua pingat kemenangannya.
"Huh. Dah agak." Jina menyambut pingat itu lalu membelek seketika.
"Tapi kali ni disebabkan ini." Goshiki mengalungkan tangkal bertuah yang Jina berikan tempoh hari. Jina mengambil benda yang dikalung kepadanya. Tersungging senyuman nipis di wajahnya.
"Jina, lain kali hati-hati bila nak melintas. Kan dah luka kat sini." Goshiki menyentuh tampalan di bahagian dahi Jina. Untunglah hanya luka dan tak memberi kesan kepada otak.
Jina sedikit mendesis apabila luka di dahi disentuh. Tampalan tersebut sebenarnya masih berdarah dan dapat dilihat setompok kecil darah di kapas yang digunakan.
"Ya, ya." Mendengar jawapan malas darioada Jina, Goshiki mencebikkan bibirnya. Sahabatnya ini memang keras kepala.
"Goshiki."
"Hm?"
"Tahniah"
501 patah perkataan. Maaflah, idea baru datang berkunjung. Masa juga agak mengekang. Kalini Goshiki sebagai watak utama. Hehe. Nantikan kisah seterusnya ya!
Monju tak tahu la nak buat berapa chapter. 20 cukup tak. Sekarang baru 6.😪
Any suggestion how much chapter I need to write?
Typo? Abaikan!
YOU ARE READING
Haikyuu: Compilation
Short StoryHanya himpunan cerita pendek menggunakan watak daripada Haikyuu. Watak bukan milik penulis. Tapi short stories ni memang milik penulis. 🏐Karasuno 🏐Nekoma 🏐Aoba Jousai 🏐Fukurodani 🏐Shiratorizawa 🏐Inarizaki 🏐Date Tech Selamat membaca! 🌻 Sta...