universiti

65 6 5
                                        

Requestor:hitokamani
Cast: Kuroo Tetsurou

Kuroo memeriksa catatan senarai barang yang perlu dibawanya. Memastikan tiada lagi barang tertinggal.

Pengajian sekolah menengah tingginya sudah selesai. Kini dia sedang mengemas keperluan umtuk berangkat ke penginapan asrama di universitinya.

"Tetsurou! Kenma datang ni."

Aktiviti Kuroo sedari tadi terhenti mendengar suara ibunya. Tidak berlengah, kaki panjangnya melangkah ke pintu dan dia dapat melihat tubuh yang lebih kecil daripadanya, Kenma.

"Hei, ada apa hm?" Kuroo sengih. Jujur dia senang dengan kedatangan Kenma. "Kau sedih ke aku dah nak pergi universiti?"

Kenma menggulingkan matanya menyampah. Malas mahu membalas pertanyaan Kuroo, dia bertanya balik.  "Kau dah habis kemas ke? Nak aku tolong?"

Kuroo menggeleng. Namun, tiba-tiba sebuah idea muncul dikepalanya.

"Kau tunggu sekejap," lalu dia berlari kembali ke biliknya. Kenma yang pelik dengan kelakuan teman sejak kecilnya itu hanya mengangkat bahunya malas.

Tak lama, Kuroo kembali lalu menyambar lengan kecil milik Kenma. Dia datang dengan pakaian yang lebih baik, pakaian yang sesuai untuk dipakai bersiar-siar.

"Hei nak pergi mana?" Kenma hanya mampu pasrah diheret Kuroo. Namun soalannya tidak dijawab oleh rakannya itu.

Mereka berjalan sehinggalah sampai di destinasi.

Tempat di mana mereka berlatih bola tampar bersama sejak kecil.

"Hah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Hah...ingatkan kat mana lah." Kuroo menyengih mendengar ucapan Kenma.

"Sini-sini" lagi, tubuh kecil Kenma ditarik oleh Kuroo untuk ber'pose'. Entah sejak bila Kuroo membawa kamera polaroid bersamanya tidak pula Kenma tidak perasan.

Kenma hanya menuruti kehendak Kuroo untuk mengambil gambar untuk dijadikan kenangan katanya.

Setelah puas mengenang nostalgia mereka berlatih bola tampar di situ sejak kecil, tangan besar Kuroo sekali lagi menggapai tangan kecil Kenma lalu diheret.

"Oh?"

"Yo Kuroo!!" Itu adalah Bokuto. Dia melambaikan tangannya ke arah Kuroo yang berada di seberang jalan dengan Akaashi di sebelahnya.

Apabila lampu hijau, Bokuto mengheret tangan Akaashi untuk menyeberang jalan menuju ke Kuroo dan Kenma.

Entahlah, mungkin setter dilahirkan supaya tangan mereka dapat diheret oleh sang kapten.

"Kau nak pergi mana Kuroo?"

Kuroo mengangkat bahunya. Jujur, dia tidak mempunyai tujuan yang pasti. Hanya saja bersiar-siar dengan Kenma. Kenma dan Akaashi pula saling menyapa sesama sendiri.

"Jomlah join kami. Makan kat kedai makan kegemaran Akaashi."

"Boleh jugak."

Mereka melangkah bersama menuju kedai makan yang dimaksudkan.

Pelbagai pesanan yang ada di atas meja mereka. Tiga per empat adalah pesanan kedua kapten Nekoma dan Fukurodani. Tidak dilupakan onigiri kegemaran Akaashi. Kenma hanya makan apa yang ada. Makanannya cenderung dipesan oleh Kuroo memandangkan dia sudah hafal makanan yang sering dimakan oleh Kenma.

Pelbagai topik yang keluar ketika mereka mula bersembang. Kenangan ketika perlawanan bola tampar, beberapa kejadian memalukan yang terjadi di sekolah, dan juga markah ujian yang telah dihadapi oleh mereka baru baru ini.

Setelah perut terisi, mereka kembali bersiar-siar mengambil angin sehingga langit biru bertukar menjadi merah menunjukkan hari telah masuk waktu senja.

Mereka berpisah di sebuah persimpangan.

"Jaga diri." Bokuto menepuk bahu Kuroo.

"Kau pun."

Kuroo menunggu Kenma yang berbalas lambaian dengan Akaashi sehinggalah kelibat mereka berdua hilang.

Kuroo dan Kenma melangkah beriringan pulang ke rumah.

"Kenma"

"Hmm"

"Bermalam?"

Kenma mendiamkan diri untuk sesaat kemudian mengangguk. Bibir Kuroo terangkat membentuk senyum.

"Terima kasih."

"Hah?"

"Terima kasih untuk harini." Dan keduanya saling berbalas senyuman.

Kuroo merangkul bahu sahabat sejak kecilnya itu.

"Jangan lupakan aku."

"Ya tuhan! Kau hanya akan pergi ke universiti."

"Tak kira." Kini Kuroo menggenggam tangan sambil jalan beriringan bersama.

"Janji?"

Kenma menggulingkan anak matanya.

"Iya iya."




Done! Maaf ya lambat. Bulan ni sangat hectic huft. Penuh ngn esaimen huhu.

Maaf juga sbb hambar.

Terima kasih sudi menunggu hitokamani

Typo? Abaikan.

Lots of love,
Monju.

Haikyuu: CompilationTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang