pusat asuhan

64 8 1
                                    


"Eoh? Kenapa lagi dengan lengan tu hm, Ami-chan?" Sugawara memegang lengan anak kecil itu. Anak kecil yang dihantar di pusat asuhan di mana Sugawara bekerja sambilan.

Namun, gadis kecil berusia lima tahun itu menarik kembali lengannya yang dipegang oleh Sugawara. Lengan baju yang diselak oleh Sugawara juga ditarik kembali.

Suga mengemam bibirnya melihat perlakuan anak kecil itu. Bukan dia tak nampak, bahkan sudah sering dia melihat ada saja lebam di tubuh kecil milik Ami. Tempat lebam itu berada pula, dengan baiknya sering terlindung dengan pakaian. Suga menatap hiba apabila Ami kembali menjauhkan dirinya dan kembali ke rutinnya.

Bermain sendirian.

Dirinya mengeluh. Anak itu menjadi yang paling awal tiba di pusat asuhan, namun menjadi paling lewat untuk pulang diambil oleh ayahnya. Tak pernah pula dia melihat sosok ibu kepada Ami.

Entah. Ada sesuatu yang menganjal di hatinya.

.

.

.

.

.

"Ami!!" Hampir luruh jantung Suga melihat tubuh kecil yang menjadi perhatiannya sejak kebelakangan ini tidak sedarkan diri di dalam bilik air.

Tanpa melengahkan masa, dia menggendong tubuh mungil itu ke dalam. Suga menggigit bibirnya melihat wajah pucat sang kecil. Langkah besar diambil untuk membawa tubuh kecil itu ke klinik berdekatan.

Hati cemas masih belum reda walaupun tubuh itu sudah masuk di ruang rawatan. Setengah jam berlalu, kini sekarang dia  sedang mendengar apa ynag diberitahu oleh doktor yang tadi memeriksa keadaan Ami.

"Pengasuh di pusat asuhan ya?" Suga mengangguk. Doktor itu menghela nafas panjang.

"Ami pengsan disebabkan stres yang melampau. Baik dari fizikal dan mental, keduanya mengalami tekanan."

Suga meneguk ludahnya yang terasa berpasir. Jadi dugaannya selama ini tidak salah.

"Seluruh tubuhnya penuh dengan parut baru mahupun parut lama. Lebam boleh dijumpai setiap jengkal di tubuhnya. Tapi, semua cedera itu berada di bahagian tubuh yang dapat ditutupi oleh pakaian. Mingkin itu menjadi sebab awak sukar mengesan kecederaan fizikal di tubuh kecilnya."

Suga mengangguk. Ditambah lagi dengan batasan kerjanya, tidak boleh masuk campur urusan peribadi keluarga yang menghantar anak mereka di pusat asuhan yang dia bekerja.

"Ketulan darah beku dijumpai di bahagian kepalanya. Punca dia kehilangan kesedaran tadi."

"Sugawara-san. Saya harap awak akan membuat laporan tentang ini. Ami menjadi mangsa penderaan kanak-kanak. Saya akan keluarkan laporan perubatan untuk sokongan."

Bermula detik itu, Sugawara gigih meperjuangkan hak Ami mangsa penderaan kanak-kanak itu dibantu oleh pemilik pusat asuhan juga doktor yang merawat Ami.

Ami tinggal bersama bapanya dan juga seorang ibu tiri. Ibu kandungnya sudah meninggal ketika dia berumur tiga tahun. Ami sudah menjadi mangsa penderaan selama dua tahun.

Bapa Ami mengambil keputusan untuk menghantar Ami ke pusat asuhan dengan harapan untuk mengurangkan masa kebersamaan Ami dengan ibu tirinya sekaligus mengurangkan penderaan yang diterima. Si bapa hanya dapat melakukan itu kerana diancam oleh isteri keduanya. Selama ini, bapa Ami menumpang kesenangan hidup isteri kedua.

Hasil perbicaraan mahkamah, bapa dan juga ibu tiri Ami dijtuhkan hukuman penjara. Manakala Ami, diberi ke rumah kebajikan.

Atas persetujuan kedua ibu bapanya, Suga mengambil keputusan untuk mengambil Ami sebagai salah satu ahli keluarga. Ibu bapanya mengambil Ami sebagai anak angkat. Proses pengambilan anak angkat itu memakan masa selama dua tahun. Proses yang sangat rumit.

.

.

.

.

.

"Nii-san dah pulang!"

"Uft!" Hampir saja Sugawara terjatuh ke belakang akibat diserang oleh adik angkatnya.

Ya, adik angkat yang baru saja sah setahun yang lalu.

"Hei, Ami-chan." Ami tersenyum lebar. Senyuma yang membuatkan segala letuh yang dirasakan Suga hilang begitu saja.

"Nii-san, cepat. Okaa-san masak sedap-sedap harini!" Suga menarik senyum nipis. Kepala si adik digosok. Lalu, keduanya menuju ke meja makan.

Ami sekarang bukan lagi Ami yang dulu, yang suka memendam. Mulutnya bagaikan ada ketulan emas di dalamnya. Susah sekali untuk mendengar bicaranya.

Kini, tiada lagi luka dan lebam di tubuh kecil itu. Hanya senyuman yang menghiasi wajah polos itu.

Terima kasih kepada Sugawara Koushi telah meyelamatkan malaikat kecil ini.










Agak bosan kan?

Ada yang masih tunggu cerita ni ke? Atau dah buang drpd library?

Hm. Penderaan kanak-kanak masih byk lagi berlaku. Baru-baru ni, kes adik Bella. Hiks, sedih bila tgk dan baca berita pasal adik Bella.

Guys, kalau korang ada lihat atau tau pasal kes dera kanak-kanak, cepat2 la pergi buat report.

Mereka bagaikan permata.

Layaknya dijaga tanpa ada cela.

Ahaks. Sekadar perkongsian!

Typo? Abaikan.

Lots of love,
Monju.

Haikyuu: CompilationWhere stories live. Discover now