Haraa's pov
Aku terjaga dari tidur apabila cahaya matahari mula memenuhi ruang bilikku. Jam loceng di atas meja tidur ku tengok.
Dah 7 pagi rupanya. Aku menggeliat malas lalu turun ke dapur untuk mencari makanan. Iyalah, semalam sibuk sangat menangis sampai tertido. Makanan pon tak sempat ku makan.
Sebotol fresh oren aku keluarkan dari peti sejuk. Elok-elok je aku tengah minum jus oren tu, aku terpandang sesuatu yang menarik perhatianku.
Kelihatan sekeping sticky note berwarna pink dilekatkan di hujung meja makan. Aku segera membaca apa yang tertulis di note itu.
Hari ni oppa balik lambat. Petang nanti oppa suruh orang hantar makan malam. Jangan lupa makan tau and jangan tunggu oppa. Take care dan jaga diri.
Love, Your bro❤
Aku tersenyum membaca nota yang ditulis oppa. Nota kecil itu aku ambil dan aku lekatkan dalam bilikku.
Ya, bilikku penuh dengan nota kecil yang selalu ditinggalkan oleh oppa. Nak buang sayang, so aku buat collection tampal dekat satu ruangan dalam bilik. Comel je oppa aku tuh. Nampak cool tapi sebenarnya soft je. Tak sangka oppa aku yang kiut miut tu mafia. Tak sesuai langsung hahahaha.
Selesai je sesi menampal, aku terus ke bilik air untuk bersihkan diri. Lepas ni aku bercadang nak pergi cari kerja lagi sebab aku betul-betul dah bosan tahap tenuk dekat rumah ni.
Baru sahaja aku hendak menyarungkan sneakers, tiba-tiba terdapat bunyi ketukan di pintu. Aku segera meluru ke arah pintu hadapan dan apabila pintu dibuka aku melihat seseorang yang baru kukenali tidak sampai sebulan berdiri di muka pintu.
"Erm.. Hai."
"Hai Mingyu." Balasku kekok. Awalnya dia datang rumah aku hari ni.
"Erm.. Ade ape ye awak?"
"Tak.. Saya cuma nak ajak awak pergi breakfast. Awak belum makan lagi kan?"
Aku menggangguk. Macam tau-tau je aku belum makan lagi.
"Jadi.. Shall we?"
Tangan kanannya yang dihulur ku sambut.
Senyuman mula menghiasi wajahnya. Kami pon berjalan berpegangan tangan ke arah sebuah kafe yang berdekatan.Sesampai je di kafe, kami terus memesan makanan dan semasa menunggu makanan sampai, aku menyedari bahawa mata Mingyu tak lepas memandangku.
Terasa ada rama-rama menari di dalam perutku. Malu apabila ditenung sebegitu. Mukaku memerah menahan malu. Namun, senyuman itu mulai pudar apabila teringat kata-kata Jaehyun oppa semalam.
"Kenapa dengan muka tu? Tadi elok je senyum" Soal Mingyu.
"Awak.. Oppa saya dah cerita tentang awak. Awak-"
Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, dengan lajunya Mingyu memotong.
"Oppa awak cakap saya mafia kan?"
Aku hanya menunduk dan berdiam diri. Tidak mengangguk, tidak juga menggeleng.
"Apa yang oppa awak cerita memang betul."
Aku segera memandang Mingyu.
"Jadi, awak ada niat jahat? Awak nak ape-apekan saya sebab oppa ialah musuh awak?"
Aku melihat Mingyu yang menggeleng lembut.
"Apa yang oppa awak kata tentang mafia semuanya betul. Tapi awak kena tahu yang cinta saya untuk awak adalah betul. Saya ikhlas cintakan awak." Luah Mingyu.
Aku terkedu. Kata-katanya sedikit sebanyak menyentuh hati kecilku. Tanpa sedar air mataku mula bergenang. Bermacam-macam perkara muncul dalam benak fikiranku. Dan ya, aku tersepit di antara cinta dan oppa aku sendiri.
Tiba-tiba, tangan aku diraih dan kelihatan Mingyu yang tepat memandang mataku.
"Saya berjanji akan jaga awak sebaik mungkin. Ya, oppa awak memang musuh saya tapi awak adalah cinta saya dan saya takkan pernah melepaskan awak."
Air mata yang bergenang tidak lagi mampuku tahan. Aku menangis.
"Saya sanggup mati untuk awak dan tiada siapa boleh pisahkan kita selain daripada maut." Sambungnya lagi.
"Saya akan cakap dengan oppa awak. Awak jangan risau dan saya takkan apa-apakan dia."
Air mata yang mengalir di pipiku disapunya lembut.
"Dah, tak payah nangis, tak cantik sayang saya ni."
Aku tersenyum. Sungguh, hati aku berbunga- bunga apabila bersamanya. Beberapa minit kemudian, makanan telah pun sampai dan kami berdua mula menjamu selera.
Author's pov
Tanpa mereka berdua sedar, seseorang telah memerhatikan mereka dengan senyuman di bibirnya."Berbahagialah korang masa ni. Nanti giliran aku pulak." Monolog lelaki itu.
Tbc~
Dah lama Ira tak update huhu. Lepas ni, Ira akan cuba untuk update setiap hari sebab Ira sedang cuti sem hahahaha. So, enjoy reading guys❤
YOU ARE READING
[C] Encik Mafia || KMG
FanfictionSalahkah aku menyintainya? Cinta yang dihalang menimbulkan banyak tanda tanya. Apa sebenarnya maksud Jaehyun Oppa? Apa sebenarnya yang aku tak tahu? Published : 8/7/2020