Pintu yang diketuk berkali-kali dibuka perlahan. Haraa yang masih mamai tidak membuka matanya dengan sempurna lagi.
Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai berdiri di hadapan pintu rumahnya dengan senyuman yang sukar untuk diramal.
"Ya, encik cari siapa?"
Bisik hati kecilnya.Sesungguhnya dia tidak mengenali lelaki tersebut.
Tanpa berkata apa-apa, lelaki tersebut menyerahkan sesuatu yang membuatkan Haraa menjadi semakin keliru. Lelaki tinggi itu mula pergi meninggalkan Haraa yang masih tercengang-cengang.
"Laa aku tak sempat ucap terima kasih. Dahlah aku tak tau sape yang bagi ni."
Jambangan bunga putih yang dia suka ditenung lama. Aktivitinya terganggu apabila terlihat sekeping kad yang bertulis,
I'm back - LJH
"LJH?"
Nama itu tidak terasa asing baginya. Nama tersebut diulang beberapa kali dan jambangan bunga tersebut terlepas dari tangannya.
"Hyunjae oppa?!"
Tanpa berlengah lama, Haraa ingin segera masuk ke dalam rumah. Tetapi niatnya terhenti apabila seseorang menyentuh bahunya dari belakang.
Haraa memejamkan mata sekuat hati. Adakah orang yang pernah meninggalkan memori dalam hidupnya sudah kembali?
"Haraa.."
Dia berpaling dan kelihatan wajah seseorang yang sudah lama tidak dipandangnya.
"H- hyunjae oppa?"
Tanpa menunggu lama, dia terus memeluk lelaki itu dengan kemas. Sungguh, terbit perasaan rindu dalam hatinya yang sudah lama tidak bertemu dengan abang kandungnya itu.
"Adik oppa.. Dah lama oppa cari Haraa. Haraa sihat?"
Haraa hanya mampu mengangguk laju. Air matanya laju mengalir membasahi pipi. Perasaan sebak menguasai diri. Tidak sangka dapat berjumpa dengan abang kandungnya semula.
"Haraa ingat oppa dah buang Haraa selama-lamanya."
"Maaf, oppa menyesal dengan semua yang berlaku. Sekarang oppa dah kembali."
Hyunjae menggosok lembut rambut adiknya itu. Perasaan benci telah bertukar menjadi rindu dan sayang.
"Mesti Jaehyun oppa pon gembira sebab oppa dah balik."
Kata Haraa tanpa menyedari perubahan air muka Hyunjae.
"Oppa-"
Kata-kata Hyunjae terputus apabila dirinya rebah akibat ditumbuk seseorang. Hyunjae mendongak dan mendecit.
Haraa terkejut melihat gerangan yang memukul Hyunjae iaitu Jaehyun! Tanpa sempat berkata apa-apa dirinya terus dipeluk kemas oleh Jaehyun dengan wajah yang penuh kerisauan.
"Haraa tak apa-apa? Kenapa lelaki ni ade dekat sini?"
Haraa terdiam. Ya, dia tau. Jaehyun dan Hyunjae tidak dapat bertemu. Mungkin perang akan berlaku kerana mereka berdua tidak pernah sepakat. Memori sewaktu kecil di mana Hyunjae membuang dirinya masih teringat jelas. Wajah Jaehyun dan Hyunjae dipandang berkali-berkali.
"Jom masuk."
Tangan kiri Haraa dipegang Jaehyun sebelum menuju ke arah pintu namun pergerakan Haraa terhalang kerana Hyunjae lebih pantas memaut lengan kanan Haraa menyebabkan dirinya terkedu di situ.
Sungguh dia kehilangan kata. Kedua-dua abangnya dah berjumpa. Harap-harap perang dunia tak berlaku lepas ni.
"Lepaskan Haraa. Kau dah takde dalam hidup kami."
"Aku abang kandung dia dan aku ade hak untuk jumpa Haraa." hyunjae membalas.
Mereka berdua saling membalas pandangan. Haraa yang tersekat hanya mampu melihat muka abang-abangnya yang mulai dingin.
"Haraa sayang oppa berdua. Tolong jangan gaduh lagi. Mari kita mulakan hidup baru bersama-sama." Kata Haraa dengan suara yang sayu.
"Sampai bila-bila pon oppa takkan baik dengan dia." Jelas Jaehyun dengan suara yang serius.
"Haraa ikut oppa, sayang. Oppa akan bagi apa je yang Haraa nak." Hyunjae cuba memujuk.
Namun Haraa menggeleng laju.
"Haraa taknak apa-apa. Haraa nak kita semua berbaik je."
Tiba-tiba lengan kiri Haraa ditarik ke belakang Jaehyun.
"Kau langkah mayat aku dulu."
Hyunjae hanya smirk lalu tangannya dihayunkan mengenai pipi Jaehyun. Jaehyun yang tidak bersedia terjatuh akibat tumbukan kuat yang mengenai mukanya.
"Tu sebab kau tumbuk aku tadi."
Tiba-tiba,
"Woi!!"
Kelihatan Taeyong dan Nct 127 sedang berlari ke arah mereka. Hyunjae yang menyedari kehadiran mereka terus mengundurkan diri.
"Haraa, oppa akan kembali."
YOU ARE READING
[C] Encik Mafia || KMG
FanfictionSalahkah aku menyintainya? Cinta yang dihalang menimbulkan banyak tanda tanya. Apa sebenarnya maksud Jaehyun Oppa? Apa sebenarnya yang aku tak tahu? Published : 8/7/2020