Jaehyun pov
*Skip
"Oppa, cantik tak Haraa?"
Haraa yang tiba-tiba keluar dari biliknya terus bertanya kepadaku.
Terpegun kejap aku dibuatnya. Cepatnya adik aku ni membesar. Dulu asyik nangis je kerjanya. Tapi sekarang bukan main cantik lagi dia ni.
Gaun merah darah yang disarung membuatkan dirinya semakin berseri. Ditambah pula dengan solekan nipis. Dah besar adik aku nii. Patutlah si Mingyu tu pon suka.
"Oppa.. Cantik tak? Hish.. Dari tadi senyap" dia dah mula berbunyi.
Aku hanya ketawa terkekek mendengar kata-katanya.
"Of courselah cantik. Adik Oppa ni cantik sangat macam princess gituw"
Haraa ketawa mendengar pujianku. Orang puji ikhlas tau, bukan main -main.
"Jomlah oppa, dah lambat ni. Takut kawan oppa tu dah lama tunggu."
Haraa terus menarik tanganku keluar dari rumah dan menuju ke kereta.
Hish, tak sabar pulak budak ni. Aku pon tak sabar jugak nak jumpa budak tu.
"Mingyu, aku tak sabar sangat nak jumpa kau." Kataku perlahan dan tidak dapat didengari oleh Haraa.
*skip
Di Fancy's Restaurant
Kebetulan pulak si Haraa ni nak dinner dekat tempat si Jaemin tu bekerja sambilan. Rajin pulak si Jaemin ni kerja. Duit dah banyak tapi sibuk nak kerja.
Tapi, bagus jugak dia ada. Kalau ada apa-apa berlaku, dia boleh backup aku.
Apabila sampai je dekat restoran tu, aku dah nampak si Mingyu tu dah menunggu kitorang dekat sebuah meja.
Nampak gelabah jugak nak jumpa bakal 'abang ipar' dia ni. Takut ke bang?"Mingyu.. Dah lama ke awak sampai? Sorry kalau awak dah lama tunggu kami"
"Eh.. Takdelah. Saya pon baru je sampai."
Dengan senyuman yang menghiasi bibirnya, Mingyu tak lepas melihat adik aku. Sampai tak berkelip matanya. Aku tak pernah setuju pon hubungan kau dengan Haraa, Kim Mingyu!
"Ehem.." Aku menggosok daguku untuk menarik perhatian mereka.
"Eh.. Jaehyun oppa ni Mingyu.
"Mingyu, ni oppa saya Jaehyun... Eh Lupa pulak yang oppa kenal dengan dia"Dengan bibir hujung yang terangkat di tepi, aku menghulurkan tangan.
"Mingyu, lama betul aku tak jumpa kau."
Dengan wajah selamba, dia menyambut huluran tanganku.
"Tulah, macam mana kau sekarang? Sihat?"
Ceh.. Buat-buat tanya konon. Aku hanya mengangguk.
Kami bertiga terus duduk mengelilingi sebuah meja bulat yang boleh diisi dengan 4 orang.
Seorang pelayan datang mengambil pesanan kami di meja. Ouh lupa cakap. Si Jaemin tulah yang datang amik order.
"Jaemin.. Lamanya tak jumpa awak. Awak kerja dekat sini ke?"
Dengan senyuman yang manis, Jaemin berkata
"Haah.. Saya kerja dekat sini"
Dan diorang pun berbual macam-macam. Aku pon dah nampak si Mingyu ni dah tak senang duduk selepas melihat Haraa yang sedang beramah mesra dengan Jaemin. Siap main jeling lagi kau. Jeles ke?
"Kalau macam tu, saya nak spaghetti carbonara satu. Jus oren satu." Kata Haraa.
"Saya nak steak dan watermelon juice satu." Erk.. Teringat dekat si Marklah pulak😂
"Saya pon nak sama macam dia" kata Mingyu sambil bibirnya menjuih ke arah adikku.
Si Jaemin dengan si Mingyu ni tak kenal antara satu sama lain. Sebab tu diorang buat biasa je.
Selepas Jaemin pergi meninggalkan meja, Haraa meminta izin untuk ke tandas.
"Oppa borak-boraklah dulu dengan Mingyu. Mesti banyak benda nak sembang"
Melihat Haraa yang telah pergi, aku dan Mingyu saling bertatapan.
"So.. Kita jumpa lagi ye Jaehyun? Eh.. Abang iparku? Kata Mingyu sambil senyuman senget yang menghiasi bibirnya.
Continue
Silalah vote dan komen. Ira amat suka bace komen korang. Semoga terhibur♥
.
YOU ARE READING
[C] Encik Mafia || KMG
FanfictionSalahkah aku menyintainya? Cinta yang dihalang menimbulkan banyak tanda tanya. Apa sebenarnya maksud Jaehyun Oppa? Apa sebenarnya yang aku tak tahu? Published : 8/7/2020