15

179 21 0
                                    

Author's pov

Aktiviti makan malam Haraa bersama-sama dengan Shotaro dan Sungchan terganggu apabila terdengar bunyi ketukan di pintu.

"Takpe noona, biar Sungchan yang pergi."

Apabila Sungchan membuka pintu, kelihatan Jaehyun sedang berdiri di hadapan muka pintu.

"Jaehyun hyung rupanya. Kenapa balik awal hyung? Malam ni tak jadi buat mission ke?"

Kata-kata Shotaro membuatkan Jaehyun hanya tersengih lalu menggeleng.

"Haah, Hendery dan Ten yang pergi malam ni."

"Ouh." Lalu kedua-kedua lelaki itu mengangguk laju.

"Haraa tak apa-apa?"

Jaehyun segera meluru ke arah adiknya. Ni dah berapa kali adik perempuannya itu hampir diculik. Tapi nasib Haraa selalu baik. Syukur ada kawan-kawan yang sanggup membantunya untuk memerhati adiknya itu.

"Haraa okay. Cuma pening sikit je tadi." Haraa tersenyum sambil menayangkan barisan giginya yang tersusun rapi itu.

"Sempat lagi eh senyum macam tu? Oppa risau tau tak? Kesian Haraa asyik kena ganggu je."

Jaehyun mengeluh. Tangannya mula mengusap rambut adiknya itu dengan lembut. Shotaro dan Sungchan hanya berdiam diri dan mendengar perbualan adik-beradik tersebut.

"Takpelah oppa, benda dah jadi. Nak buat macam mana kan? Lagipun Haraa okay je ni."

Sekali lagi Haraa menunjukkan wajah cerianya kepada Jaehyun. Mungkin tidak mahu oppanya itu berasa serba salah dan juga bimbang. Jaehyun pula hanya mampu tersenyum melihat telatah adiknya.

"Hyung, kami mintak diri dululah." Kata Shotaro diikuti dengan anggukan Sungchan.

"Terima kasih sebab temankan Haraa sampai hyung balik"

Mereka berdua hanya tersengih.

"No problemlah hyung."

"Dapatlah jugak kitorang kenal dengan noona hari ni."

Apabila mereka berdua berlalu pergi, Haraa menarik Jaehyun duduk di atas sofa di ruang tamu.

"Oppa, Haraa dapat kerja kosong hari ini."

End pov

Jaehyun's pov

Biar betul budak ni. Tak pernah pon bagitau aku yang dia nak bekerja.

"Eh.. Haraa nak kerja? Kenapa oppa tak tau pon?" Soalku sambil mengerutkan dahi.

"Haah, Haraa dapat kerja as a waiter dekat Sweet Cafe. Esok Haraa mula kerja."

Jelas kelihatan riak wajahnya yang ceria. Suka sangatlah tu dapat kerja.

"Kenapa Haraa nak kerja jugak? Haraa nak duit? Oppa ada."

Tanyaku kepada Haraa. Aku ni bukanlah nak kongkong hidup dia sangat. Aku bukannya apa, kalau boleh aku tak nak bagi Haraa kerja jumpa dengan orang ramai. Tau-taulah kerja macam aku ni banyak musuh. Kang tak pasal-pasal Haraa je yang kena.

"Taklah oppa, Haraa cuma bosanlah duduk rumah. Bukan ada benda nak buat pon. Kalau Haraa kerja boleh jugak cari pengalaman. Lagipun Haraa tak naklah susahkan oppa. Nak cari duit sendiri."

Panjang lebar Haraa bercakap. Ke situ pulak dia fikir.

"Ish, mana ada susahkan. Dah memang tanggungjawab oppa."

"Tapi Haraa nak kerja."

Haraa pout. Halah comellah adik aku sorang ni. Lemah aku dibuatnya.

"Bolehlah oppa, Haraa dah dapat pon kerja tu."

Haraa terus merayu sambil menggoyang- goyangkan badanku.

"Haa.. Yelah. Haraa masuk kerja pukul berapa? Habis kerja pukul berapa?"

"Banyak tanya betul oppa ni. Haraa mula kerja pukul 2 sampai pukul 7 petang je."

Aku mengangguk. Nanti aku hantarlah dua tiga ketul budak NCT tu untuk tengokkan Haraa.

"Haraa hati-hati ya. Zaman sekarang ni ramai orang jahat. Bukan semua orang boleh percaya. Ingat tu."

Kelihatan Haraa mengangguk laju. Laju je kau angguk kan.. Haish.

"Takpelah, oppa nak mandi dulu. Nanti kita sambung borak lagi."

Aku meminta diri untuk masuk masuk ke dalam bilik dan membersihkan diri.

Skip

Author's pov

Kelihatan Haraa duduk di hadapan meja soleknya sambil menyapu sedikit bedak di wajahnya yang sudah flawless tanpa jerawat tu.

Selesai berbedak, sedikit pelembab bibir dioles pada bibirnya dengan menggunakan tangan. Setelah benar-benar berpuas hati dengan penampilannya, Haraa tersenyum bangga.

"Kenalah kemas sikit nak pergi kerja. Nanti kalau pelanggan lari, aku jugak yang susah."
Haraa bermonolog sendirian.

Haraa mencapai beg tangannya lalu disangkut kemas pada bahu sebelah kanannya.

Jam di tangannya ditengok sekilas. Sepuluh minit sahaja yang tinggal sebelum waktu kerjanya bermula. Tanpa berlengah lama, Haraa terus menuju ke tempat kerjanya.

Oleh kerana jarak kafe tersebut dengan rumahnya tidak begitu jauh, dia hanya mengambil masa beberapa minit untuk sampai ke sana.

Apabila dia sampai ke kedai, Haraa terus menyarungkan uniform yang dihulurkan oleh managernya. Dia membersihkan meja sebelum dirinya dipanggil oleh seorang pelanggan.

"Excuse me."

Tbc~

Vomment gais❤❤❤


[C] Encik Mafia || KMGWhere stories live. Discover now