Haraa's pov
Selesai je makan, Mingyu meminta izin untuk pergi. Masih terngiang-ngiang kata-katanya sebentar tadi.
Flashback
"Awak tak perlu risau, jaga diri okay. Nanti saya selesaikan urusan ni dengan oppa awak. Awak perlu hati-hati. Mungkin ada pihak yang sentiasa mencari peluang untuk menyerang awak"
End flashback
Seram aku jadinya. Jadi aku batalkan niat nak pegi lepak dekat mana-mana. Kebetulan pulak ada seseorang menelefonku tadi yang mengatakan bahawa kerja kosong tu tersedia untuk aku.
Katanya kerja di sebuah kafe bernama 'Sweet Cafe' yang terletak berhampiran dengan rumah. Jadi okaylah tu.. Takde masalah sangat nak pegi kerja nanti.
Selesai je berjumpa dengan pengurus kafe tersebut, aku segera bergegas untuk pulang ke rumah. Bukan apa, kata-kata Mingyu tadi masih berlegar-legar dalam minda ni. Takut jugak kan. Kalau jadi apa-apa aku jugak yang susah.
Jam tangan yang disarung elok tangan kanan ku tengok. Dah pukul 3 rupanya. Patutlah aku lapar semacam je. Jadi aku buat keputusan untuk berhenti sebentar di restoran sebelah untuk membeli sedikit makanan. Kalau aku tunggu makanan petang nanti, boleh kebulur aku jadinya.
Selesai je membeli sedikit makanan, aku segera bergegas pulang. Ketika dalam perjalanan, terasa ada seseorang yang mengikutiku dari belakang.
Mula-mula aku hanya endahkan, tapi lama-kelamaan aku merasakan bahawa dirinya semakin hamoir dengan dirinya. Dan dapat kudengari suara seorang lelaki yang berdehem di belakangku. Ya, suara seorang lelaki.
Aku mula cuak. Tanpa menoleh kebelakang, aku meneruskan langkahku dengan laju. Namun begitu, apabila aku mula melangkah dengan laju, aku terdengar dia juga semakin laju melangkah.
Ah sudah. Mati aku macam ni. Aku kena lari! Dahlah takde satu makhluk pun lalu tempat ni. Padahal awal lagi kot. Baru pukul empat.
Aku segera berlari.Sikit lagi Haraa, sikit lagi kau nak sampai dekat rumah kau. Jangan toleh belakang. Aku yang berlari bersungguh-sungguh mula keletihan, dan mungkin sebab kepenatan, larianku menjadi sedikit perlahan dan secara tiba-tiba, tanganku dicapai boleh seseorang.
"Eh lepaslah apa awak buat ni!?"
Aku melihat seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam dan turut memakai kaca mata hitam berdiri betul-betul di belakangku.
"Baik kau diam sekarang, kalau kau jerit sekali pon, takde siapa yang dengar." Arah lelaki bertopeng itu.
Aku dah jadi gelabah sangat ni. Aku cuba melepaskan diri, namun aku tak cukup kuat. Yelah apalah daya seorang perempuan macam aku nak lawan lelaki yang sado macam tu.
Dia cuba menarikku ke arah sebuah kereta hitam yang berada berdekatan. Kelihatan juga seseorang lelaki yang juga sudah bersedia dan menunggu di dalam kereta.
Alamak! Tolonglah aku. Aku taknak kena culik! Secara tak sengaja je aku menjerit nama Jaehyun oppa dan juga Mingyu.
"Jaehyun oppa! Mingyu!"
Namun lelaki yang memegangku tadi hanya ketawa sinis.
"Kau jangan haraplah mamat-mamat tu datang nak selamatkan kau!"
Aku mula menangis kerana mengenang nasib diri yang memang akan diculik. Namun begitu, secara tiba-tiba lelaki yang memegang tanganku tadi rebah mencium tanah dan apabila aku berpaling kebelakang kelihatan dua orang lelaki yang aku kenali iaitu Doyoung oppa dan Jeno!
"Baik kau pegi sekarang!" Ujar Doyoung dengan suara yang sedikit kuat. Jeno pula segera berlari ke arahku.
Apabila mendengar suara Doyoung sebentar tadi, lelaki yang rebah itu segera berlari ke arah kereta dan memecut pergi.
"Awak okay?"
"Haraa okay?"
Tanya mereka serentak. Aku yang sedikit terkejut dengan situasi tadi hanya mampu menangis. Sebab aku dah fikir macam-macam. Macam mana kalau diorang bunuh aku? Aku dah tak boleh jumpa dengan Jaehyun oppa.
Tubuhku mula menjadi lemah. Seakan-akan tidak berdaya untuk berjalan. Belum sempat tubuhku menyentuh tanah, aku merasakan badanku disambut seseorang.
End pov
Author pov
"Jeno, kita kena bawak Haraa balik sekarang" kata Doyoung kepada Jeno.
Jeno yang menyambut Haraa sebentar tadi mula mengangkat Haraa dengan cermat.
Sesampainya di rumah Haraa, Jeno membaringkan Haraa di atas sofa. Kedengaran suara Doyoung mengeluh.
"Nasib baik si Jaehyun tu suruh kita perhatikan Haraa. Kalau tak apalah jadi nanti."
Jeno mengangguk setuju. Wajah Haraa yang pengsan itu ditenung lama. Haraa ialah rakan sekelasnya di sekolah dahulu bersama-sama dengan Jaemin, Haechan dan Renjun. Tidak lama selepas itu, Jeno berkata
"Hyung, Haraa tak apa-apa ke?"
"Tak dia okay je tu. Nanti hyung suntikkan ubat tidur biar dia tenangkan diri dulu."
Ujar Doyoung sambil memberikan suntikan kepada Haraa.Kalau korang nak tahu Doyoung ni memainkan peranan sebagai doktor dalam kumpulan mafia Nct ni. Berbeza pula dengan
Jeno yang merupakan fighter bagi kumpulan tersebut. Sebab tulah sampai tersungkur lelaki tadi ditumbuknya. Nasib tak pengsan terus."Kita tunggu sementara 2 budak tu sampai petang nanti. Biar diorang pulak yang tunggu Haraa. Sementara tu hyung nak call Jaehyun dulu."
Jeno mengangguk dan melihat Haraa yang terbaring di atas kerusi. Sedikit sebanyak hatinya sedikit terguris melihat Haraa yang terkejut tu. Yelah sape je tak sedih tengok crush macam tu. Jam di dinding dikerling. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 6 petang."Erm.. Nanti sampailah budak dua ketul tu" gumam Jeno sendirian.
Tbc~
Vomment okay! Btw enjoy❤
YOU ARE READING
[C] Encik Mafia || KMG
FanfictionSalahkah aku menyintainya? Cinta yang dihalang menimbulkan banyak tanda tanya. Apa sebenarnya maksud Jaehyun Oppa? Apa sebenarnya yang aku tak tahu? Published : 8/7/2020