"Apa lagi yang kau nak dari aku haa Hyunjae!?"
Jaehyun ingin meluru ke arah Hyunjae yang tersenyum sinis. Tindakannya itu terhalang apabila Yuta yang berdiri di sebelah memaut lengannya kemas.
Ikutkan hati, mahu sahaje dia mencekik dan membunuh adik tirinya itu. (Yeah, Jaehyun lahir beberapa bulan lebih awal daripada Hyunjae)
"Nah, aku cuma nak adik aku semula. Salah ke apa aku buat? Sedar sikit kau tu abang tiri Haraa je"
Kata-kata Hyunjae hampir menyebabkan Jaehyun meletus. Tiba-tiba,
Bang!
Semua pantas menoleh ke arah bunyi tembakan itu tadi. Kelihatan Juyeon tersenyum sinis sambil menghalakan pistol Mark23 ke udara.
"Kau jangan macam-macam. Ade yang makan peluru nanti."
Jaehyun pantas memandang Mingyu yang cuba melawan. Juyeon mengacukan pistol tersebut ke arah Mingyu yang masih lagi terikat.
"Kau bunuh jelah aku! Tapi jangan sentuh Haraa!"
Melihat situasi yang semakin menegang, Taeyong mula bersuara.
"Aku tak nak cakap banyak. Sekarang tempat ni dah dikepung. Aku pon tak nak berlaku pertumpahan darah dekat sini. Kau lepaskan Haraa, kami cau dari sini."
"Kau tak faham bahasa ke? Aku nak adik aku semula!"
Hyunjae yang sangat marah menjerit kuat. Tangannya lantas mengeluarkan pistol dan mengacukan pistol ke arah Jaehyun yang berada beberapa kaki di hadapannya.
Dua pasang mata itu saling bertatapan untuk beberapa saat.
"Oppa, jangan!" Haraa memeluk Hyunjae dari belakang. Perlahan-lahan dirinya jatuh terduduk. Namun, pelukan di kaki abangnya itu dikuatkan.
Dirinya merayu supaya kedua-dua abangnya itu tidak saling membunuh antara satu sama lain.
Melihat si adik yang sudah menangis, kedua-kedua lelaki tersebut memandang wajah adiknya dengan sayu.
Pada kesempatan itu, Jaehyun terus menarik lengan Haraa supaya berada di belakangnya. Belum sempat Ten yang cuba mengeluarkan Haraa dari tempat tersebut, kedengaran suara seseorang menjerit.
"Kalau aku tak dapat Haraa, korang semua pon takkan dapat dia!"
Juyeon berlari dan telah berjaya menikam badan lelaki yang berada di hadapan Haraa.Dengan badan yang terketar-ketar, Haraa jatuh terduduk. Dia menyangkakan Jaehyun yang ditikam, tapi sangkaannya salah apabila melihat Mingyu sudah terbaring di lantai dengan berlumuran darah.
_
Happy Seungcheol's day! 💙
Happy Xiaojun's day! 💚
Happy Younghoon's day! 💜My CaratDeobiZen heart😔♥
YOU ARE READING
[C] Encik Mafia || KMG
FanficSalahkah aku menyintainya? Cinta yang dihalang menimbulkan banyak tanda tanya. Apa sebenarnya maksud Jaehyun Oppa? Apa sebenarnya yang aku tak tahu? Published : 8/7/2020