"Aliiiaaaa...." . Nafas kasar aku hembuskan. Aku tahulah nama aku sedap tapi tak payah la jerit jerit.
"Alii! Ali!" Manusia yang menjerit jerit memanggil namaku berhenti di sisiku. " kau dah kenapa macam kena ligan dengan hantu ni?"
Bestie aku, Farah sedang tercungap - cungap ."Akuuu rindu kau la alia!"
Fara menyegih.
"Rindu apanya.. baru 2 hari kita tak jumpa rindu apanya?"Aku berkawan dengan Si fara dari sekolah menengah. Jodoh kitorang panjang. Al maklumlah otaknya pun sama sama masuk air macam aku. Sama sama kena denda waktu hari pertama orientasi sebab bangun lambat.
Fara menghempuk bahuku dengan bukunya.
"Sakit badak!"
Fara mencebik. Aku dah nak ketawa tengok muka Fara.
"Jom la kita pegi lepak lepak.. Aku rindu kau ni"
"Ye la. Kejap lagi kita buat drama dekat kafe fakulti ek?"
Fara ketawa. Ada ada je.
"Tak payah acah poyo eh nak berdrama dekat kafe fakulti".
Aku menyegih. Tau tau je si fara...........
"Weyh lia, kau tahu tak..."
"Kau tak bagi tahu macam mana aku nak tahu?"
Selamba aku minum air teh o ais sambil menjawab soalan fara.Tak pasal pasal belakang aku kena tampar. Nak tersedak jugak la aku.
"Aku cakap tak habis lagi, kau dah potong!"Fara membebel . Masalahnya sekarang ni aku yang patut marah sebab air aku dah tersembur atas meja ni . Nasib la Fara ni best friend aku.
"Ha apa kau nak cakap tadi?"
"Kau tahu tak senior fakulti kita meletop letop weyh!"Aku mengerutkan kening. Aku ni bukan dengar sangat gosip gosip ni. Taknak tambah dosa la katakan. Tapi kalau aku berkawan dengan kaki gosip memang cepat je sampai.
"So? Senior je?"
"Tu la kau tak tahu.. hensem gila mamat tu"
Fara dah mula dah.. miang miang keladi dia.
"Tak kisah la hensem ke apa ke, aku tetap setia dengan Amir sorang je".Fara mencebik.
"Aku tarik bibir kau kang, muncung macam mulut itik nanti"
"Kembang tekak aku bila kau cakap setia dengan amir!"
"ehh.. aku memang setia je""Takpe la. Boleh la aku try . Mana la tahu untung aku angkat jadi boyfriend aku".
Fara dah mula dah impian dia. Si fara ni bukan boleh dibiarkan sangat."Kau dah tengok ke muka dia?"
Laju Fara mengangguk.
"Kau rasa kan dia hensem, takkan dia takde girlfriend kan?"
Fara tampar lengan aku."Kau ni suka menghalang mimpi mimpi indah aku!"
Aku ketawa. Tu la berangan tinggi sangat."Takkan la tak de orang yang nakkan dia? Cuba kau fikir?"
"Biarlah.. girlfrind je pun.. bila bila masa boleh putus"
Aku membeliak.
"Tak dan apa apa, kau dah doa bagi putus ek?"
Fara ketawa."Untung untung aku dapat ganti makwe dia"
" Angan angan minah jenin!"Laju fara membidas.
"Ek ele.. nanti kalau kau jumpa dia aku takut kau lupakan terus je si amir tu!"
Fara membalas. Ade ade je. Aku ni takkan mencemarkan hubungan aku dengan amir. Tak sabar nak tunggu bulan depan aku dah nak bertunang .Yahoo!
"Eh lia... kejap lagi kita pergi Bangsar kejap ek. Aku nak beli gift untuk Dr. Aina la. Kan due date dia kan dah nak dekat".Aku cuma mengangguk setuju. Dr. Aina tu lecturer aku and tengah tunggu masa nak bersalin je tu.
........
Sementara tunggu Fara masuk dalam kedai, aku pergi ke kedai bayi. Aku ni memang suka budak budak. Bila la nak ada anak sendiri ni.
Kepala kau! Kahwin pun belum hahaha!
Tengah tengah aku usyar baju bayi, aku rasa macam bahuku dirempuh. Kuat tak kuat bergegar la jugak kepala otak aku.
Rasa macam gempa bumi berskala 3.5 ritcher."Oh shit!"
Sempat aku dengar suara orang menyumpah."Hei.. takde mata ke?" Aku dengar suara yang agak garau. Bila aku angkat kepala , kelihatan lelaki itu sedang merenung tajam ke arah ku.
Cis! Takde mata dia panggil aku!
Aku terpana sekejap dengan wajah dia. Terpaku juga aku dengan panahan matanya yang tajam tu. Sumpah mata dia lawa walaupun dia tengah jeling aku tajam sekarang ni.Rambutnya yang terpacak, hitam berkilat,kening yang agak lebat sesuai dengan wajahnya. Hidung juga mancung. Memang lengkap pekej lelaki idaman. Bibir pun merah, tengah senyum sinis.
Wait! Bila aku nampak senyum sinis tu baru aku tersedar. Dia macam tengah ejek aku.
"Dah habis tenung? Boleh la ambik gambar aku simpan buat cium malam - malam".
Kepala lutut dia. Dia ingat aku hamak dengan dia. Malu aku! Nampak macam aku ni perak sangat tengok muka dia." Tuhan bagi mata suruh tengok elok elok. Bukan guna lutut!"
Kurang ajar mamat ni! Harap rupa je lawa tapi mulut ada yang nak kena sumbat kasut ! Aku rasa aku yang patut marah! Apa dia ingat aku nak diam je ke?Sorry bro! Ni Alia Warda la!
" Eh hello, kalau setakat muka macam awak, saya lebih rela simpan gambar Park Jimin bawah bantal!"
Speechless alia dibuatnya.
" memang la tuhan tak ciptakan mata kat lutut, tapi tuhan pun tak ciptakan mulut dekat longkang! Cakap elok elok sikit tak boleh ke?"Aku memang dah merah merah muka tahan marah.
Nampak sangat dia terkejut dengan bahasa aku.Dah kalau mulut macam longkang, patut ke aku beli berus botol bayi buat cuci mulut dia biar bersih sikit!
"Lagipun saya rasa awak yang langgar saya dulu! Saya rasa awak yang jalan dengan menggunakan mata di punggung!"
Kan aku dah balas. Aku dah cakap kalau nak acah ayu bukan alia la orangnya!
Deringan telefonnya berbunyi membantutkan sekejap pergaduhan kami.
Dapat aku dengar butir biacara dia jelas!
"Ye baby.. tunggu kejap. Sayang dah sampai ni. Kejap lagi sayang jumpa baby".
Aku mencebik. Dasar manusia yang pijak semut pun tak mati. Dengan si baby dia boleh pulak bercakap elok elok.Lepas tu, dia terus pandang aku sambil jari telunjuk dia dihala tepat ke batang hidung aku.
" Boleh tahan eh kau! Takpe .. sebab aku ade hal. Aku lepaskan kau! Tapi ingat kau berhutang dengan aku!"
Sempat lelaki itu memberi amaran sebelum berlalu pergi.
Aku menghantar dengan ekor mata aje.
YOU ARE READING
The Beautiful
RomanceBaginya, cinta itu bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Alia Warda, lemah lembut orangnya tapi kalau bab membidas kelas nombor satu. Manusia yang selalu dibidas kata katanya adalah Harraz Irham, senior fakulti yang dirasakan sangatlah annoying...