Hujung minggu akhirnya berlalu, maksudnya kuliah dah bermula. Aku duduk sendirian di sebuah meja di kafe. Hiruk pikuk dengan celoteh para pelajar sikit pun aku tak pedulikan. Menunggu Fara.
"Sorry Ali. Lambat".
"It's okay. Apa pulak isu kali ni?"Fara ni Presiden MPP. Persatuan rasmi Fakulti. Percayalah dia memang berwibawa tinggi. Aku? Aku cuma ahli aktif. Pembetulan sikit. Ahli yang tak berapa nak aktif.
"Dah settle dah?" Soalku
"Kalau dah settle, dah lama aku letak jawatan tahu?" Bebel Fara .Aku gelak. Maksudnya tak selesai lagi la tu.
"Kali ni sebab apa?"
"Tengah argue tentang program aktiviti tu. Nak buat kat mana? Paperwork tak masuk meeting. Event apa. Aku dah suruh budak budak ni buat kerja. Tapi diorang main main. Memang menggelegak la aku. Memang aku mengamuk tadi". Cerita Fara.Muka dah merah. Tengah tahan marah la tu. Sebab itu aku malas nak ikut Fara kalau ada meeting persatuan. Rasa macam bukan Fara kalau dia naik angin. Sebab kalau dengan aku Fara ni memang miang miang tiga suku. Mungkin sebab berkawan dengan aku yang tiga suku juga ni.
"Ala chill, berehat bersama Kit Kat. Kita cakap pasal benda lain". Aku cuba alihkan mood.
"Betul tu. Kita bercakap pasal benda lain.. macam mana hujung minggu kau? Seronok tak berjumpa hot guy tu? Cerita la Alii" . Terus bercahaya muka Fara. Dasar takdak cahaya keimanan langsung. The gediks of Fara is Back!
Rasa nak tepuk dahi sendiri. Menyesal bagi cadangan tadi. Tentang mamat bakhil tu jugak dia nak tanya.
"Dia tu anak kawan mak aku. Bukan duduk serumah dengan aku. Seronok ke tak hujung minggu aku bukan ada kaitan dengan dia!"
Lagi nak tanya padahal aku dah cerita semuanya.
Fara mengekek ketawa.
"Nanti bakal tunang aku nak datang melawat kawasan. Kau tolong tanda kehadiran aku eh kelas".Fara mencebik.
"Disebabkan kau kawan aku tau aku tolong"."Thanks Fara".
.............
Hari ini hari Khamis. Khamis terbaik dalam hidupku. Kenapa? Bukan tak sabar nak jumpa Harraz. Tapi sebab bakal tunang aku nak datang. Ya hari ni Amir dah janji nak datang ke kampusku.
Macam inilah kalau hubungan jarak jauh. Jadi kelas petang aku bercadang untuk skip sementara.
Nada lagu ringtone aku bergema.
Terpapar nama Amir. Teruja aku nak menjawabnya."Hai Amir". Ceria aku menyapa dia.
"Hai sayang". Lembut suara dia." Alia.. Saya tak dapat jumpa awak dekat kampus hari ni. Minta maaf sangat sangat . Hari ni saya kerja OT".
"Tapi Amir kan dah janji".
Aku kecewa. Punya la teruja aku tunggu dia."Minta maaf sangat sangat sayang. Amir janji minggu depan Amir balik. Amir mintak OT bukan apa. Untuk masa depan kita juga".
"Hmm.. iya lah.. Minggu depan je la kita jumpa".
Dah kalau dia memang tak boleh balik. Takkan aku nak paksa jugak."Okay sayang. Alia buat apa tu"
"Alia nak masuk kelas lah. Kan tak jadi jumpa".Terdengar keluhan di hujung suaranya.
"Alia.. maafkan amir ya. Jangan lah merajuk".
"Mana ada alia merajuk. Alia faham. Untuk kita jugak".Dia menghembus nafas lega.
"Oklah.. kalau macam tu amir nak pergi sambung kerja. Takecare sayang"."Iya.. Assalamualaikum".
"Waalaikumussalam"
YOU ARE READING
The Beautiful
RomanceBaginya, cinta itu bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Alia Warda, lemah lembut orangnya tapi kalau bab membidas kelas nombor satu. Manusia yang selalu dibidas kata katanya adalah Harraz Irham, senior fakulti yang dirasakan sangatlah annoying...