Aku sekali lagi terpaksa tinggalkan adik aku keseorangan menjaga umi dan abi. Memang keberatan aku nak tinggalkan umi dan abi. Tapi bila Asyriel cakap dia boleh uruskan semuanya. Aku lega sebab adik aku boleh diharapkan. Apakan daya aku ada pembentangan dan pembentangan tu menyumbang 10 markah dalam exam akhir aku.
"Sorry alia.. lambat". Kerusi didepanku ditarik. Faham sangat dengan Fara yang sibuk.
Lepas dia order air. Terus dituju soalan kepadaku."So,macam mana dengan parents kau? Sorry lia.. aku tak sempat balik melawat umi dan abi kau. Aku sibuk sikit hujung minggu lepas".
Aku tersenyum. Faham kesibukan kawan baik aku ini."Takde pape lah.. alhamdulillah. Doktor cakap everything's okay. Dah stabil. Tunggu umi dan abi sedarkan diri".
"Stay strong lia.. kalau kau nak ape ii aku ada dengan kau".
Beruntung aku ada kawan macam fara. Betullah orang cakap. Susah nak jumpa kawan yang betul betul ada dengan kita."Aku pun harap benda yang sama. Insyaa Allah la semuanya okay".
"Ala chill la. Berehat sebentar bersama kit Kat. Kita cakap hal lain pula. Ubah mood kau"
Cakap Fara untuk ubah mood aku."Kita bercakap pasal benda lain. Pasal....haa.... Macam mana hujung minggu kau dengan mamat hot tu? Seronok tak habiskan masa dengan dia ? Cerita la alia. Kau cakap dia yang datang bawa kau pergi hospital".
Terus bercahaya muka Fara.
Aku rasa nak tepuk dahi sendiri. Menyesal pula setuju dengan ajakan Fara yang kononnya nak ubah mood aku. Pasal Harraz Irham juga dia nak tahu.
"Dia tu anak kawan umi aku. Bukan duduk serumah dengan aku,tahu? Seronok ke tak hujung minggu aku bukannya ada kaitan dengan dia, kan?"
Fara bantai gelak."Tak sangka dia anak kawan umi kau kan?" Fara gelak.
Lagi nak tanya padahal aku dah cerita semuanya. Kalau aku cerita harraz irham tayang abs depan aku. Boleh pula dia tanya abs harraz ada berapa? Memanglah aku sempat nak kira. Gila betullah budak tu.
'oink oink'
Sekilas aku pandang samsung aku. Mesej dari Harraz a.k.a Haji Bakhil.
'datang taman universiti as soon as possible'.
Mencebik aku lepas baca mesej tu. Malas aku melayan. Dia fikir aku babu dia!?
'oink oink'
'kalau kau tak datang memang aku announce nama kau satu universiti'
Aku tekup kepala. Lama lama boleh gugur rambut aku layan Harraz Irham ni.
"Fara, sorry la. Aku kena gerak dulu'.
Fara yang baru nak suap makanan dalam mulut terhenti."Ala, kau nak pergi mana?"
Tercebik muka dia."Aku kena tolong mamat tu la. Dia panggil".
Dari cebik terus senyum miang muka fara.
" Kau ni dah macam wife dia. Semua benda cari kau. Everyday jumpa dia. Kau..."Aku dah sumbat mulut Fara dengan tisu. Kalau bagi minah ni merapu , sampai raya pun tak habis.
"Dah la. Aku pergi dulu. Apa apa kau mesej je aku".
Aku terus angkat beg menuju ke Taman Universiti.
.......
Nasi dengan tomyam yang panas tu betul betul membuka selera. Dengan penuh khusyuk dia makan nasi tu. Sekilas pandang orang depan. Termenung jauh.
"Buntal".
Diam"Buntall!"
Baru mata dia melihat Harraz."Kau taknak ke nasi ni. Aku beli dua nak bagi kau la satu".
"Seriously kau ajak aku datang sini sebab nak teman kau makan".
Laju harraz angguk.
Alia pula rasa nak dicekiknya si Harraz"Member aku ada hal lah. Aku bosan".
"Kau ingat aku dayang kau!"
Sejenak Harraz berfikir.."Ha kau memang dayang aku... Di mana ada harraz. Di situ ada Alia".
Suapan diteruskan. Nasib baik mereka berbeza fakulti. Harraz fakulti seni manakala alia pengurusan kewangan.
Alia mengeluh sejenak.
"Kau okay ke? Mak ayah kau dah okay?"
Harraz pandang Alia dengan prihatin.
"Doktor cakap dah stabil. Tapi tak tahu lah lama mana dorang nak sedar".
Harraz angguk faham."Insyaa Allah. Nanti dorg sedar. Yang tentang Amir tu. Kau dah terima ke cadangan mak dia?"
Alia jeling sejenak.
"Eh dah kau cerita dekat aku. Aku sebagai gentleman kena la ambil tahu".
Ya tak ya juga. Dia yang cerita kan segalanya dekat Harraz. Dia menangis depan Harraz. Bila difikirkan balik mesti buruk.
"Aku tak fikir lagi. Aku nak mak ayah aku sedar dulu".
"Aku ada idea!"
Alia jongket kening bermaksud apa"Kau kahwin ngan aku. Lepas mak ayah kau sedar pun aku boleh tunggu".
Harraz ketawa perlahan.
Aliya pandang skeptikal. Dah buang tabiat ke apa mamat ni.
"Kau tu dengan aku pun berkira. Kalau kahwin dengan kau. Kau nak bagi aku nafkhah daun ke tiap bulan?"
Lagi Harraz bantai ketawa. Geram Aliya dibuatnya. Beg dicapai.
" Malas la aku layan kau".
"Oi Buntal. Nak pergi manaaa?"
"Hospital".
Langkah kaki terus diatur menjauhi Harraz. Rasanya serba tak kena bila lelaki itu memberi perhatian.
'Don't get wrong Aliya'.
Aliya berbisik sendiri.
YOU ARE READING
The Beautiful
RomanceBaginya, cinta itu bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Alia Warda, lemah lembut orangnya tapi kalau bab membidas kelas nombor satu. Manusia yang selalu dibidas kata katanya adalah Harraz Irham, senior fakulti yang dirasakan sangatlah annoying...