BAB 11

5 0 0
                                    

Hari ni aku bercadang untuk keluar sebentar nak beli barang. Memandangkan peti sejuk pun dah kosong. Asyriel baru pulang dari Hospital. Kami bergilir gilir menjaga umi dan abi. Jadi aku pergi ke hospital dulu.

Pintu ward ditolak. Kelihatan ada nurse yang bertugas memeriksa keadaan umi.  Senyum diberikan.

"Macam mana umi dan abi saya?"

"Insyaa Allah. Ikut kata Doktor, tak lama lagi diorang sedar dri koma. Tapi semua ni perancangan tuhan kan. Saya harap cik bersabar. Banyak banyak mohon doa pada Allah ya".

Aku tersenyum segaris lalu melangkah di sisi umi. Riak wajah umi aku pandang. Dulu wajah yang selalu senyum padaku kini pucar tidak bermaya. Meruntun hati aku lihat wajah kedua mereka. Tempat diambil diantara mereka.

"Umi.... Bangunlah. Kakak rindu umi sangat sangat. Takde siapa yang nak berleter dekat kakak umi".

Jeda.

"Umi tak kesiankan kakak dengan asy ke.. "

Aku pandang pula abi. Tetap kaku. Jari jemari abi aku gapai.

"Abi.. Kakak minta maaf. Kakak tak jawab call umi dan abi. Kakak sibuk dengan kerja kakak. Abi.."

Aku merengek bagaikan anak kecil. Terasa kosong hidupku tanpa mereka.
Air mata aku seka. Aku yakin kedua mereka pasti akan kembali kepadaku.

"Umi... Abi.. kakak nak kena pergi beli barang.. Esok nak kena uruskan Asy ke sekolah". Aku pandang mereka ..

" Kakak pergi dulu ya" tangan mereka aku cium sebelum keluar meninggalkan bilik.

Tiba tiba  otak aku teringat lamaran umi amir. Nak cepatkan perkahwinan. Laju telefon bimbit aku capai. Nama amir ditekan. Seminit panggilan di sambungkan.

"Amir. Alia setuju!"

...........

Sedang aku cari barang di Mydin. Terasa namaku dipanggil dari belakang. Toleh je. Ada mamat yang agak manis tersenyum pada aku.

Eh mamat ni nak mengorat aku ke. Tunang orang ni. Kang tak pasal kena tendang dengan amir.

"Err.. tak kenal saya ke?" Dengan senyuman semanis cap teko diberikan padaku.

"Encik siapa?"
Terus senyumannya mati.

"Aku ziyad.. kau dah lupa aku ke. Sampainya hati kau leya".

Terjererit aku dibuatnya.

"Ziyaddd.. ziyad Zhafran ? Is that you?"

Tersengih-sengih dia pandang aku sebelum angguk.

"Wah lamanya aku tak jumpa kau yad"

"Aku baru balik Malaysia.. Eh jomlah minum. Lama tak borak dengan kau".

Aku terus bersetuju. Ziyad ni kawan baik aku sejak sekolah rendah. Paling hot dekat sekolah aku. Selalu jugak la aku ditarget jadi mangsa buli memandangkan aku rapat dengan ziyad. Tapi dia kan selalu ada untuk protect aku.

Kami memilih medan selera mydin untuk menikmati makanan.

"Kau masih suka koeyteow sup macam dulu ke?"
Aku tersengih. Ingat pulak dia dengan makanan favourite aku.

"Haah... "
"Kejap aku pergi order"

Terus dia berlalu ke kaunter sebelum ambil tempat di depanku .

"Apa khabar kau sekarang. Makin berseri nampak".

Aku tahu dia tengah memerli aku. Mana taknya. Sekarang badan aku dah comel sikit. Sikit je la berbanding sekolah menengah dulu.

"Eleh kau. Kau pun sama. Dah kahwin ke yad?"

"Dah.." sepatah dijawab terkejut aku. Ziyad garu kepala.

"Kau bagitau aku kau kahwin dengan siapa? Bila? Sampai hati kau tak jemput aku? Aku ni bestie kau tahu"
Mulut aku muncung.

Ziyad ketawa perlahan.

"Tak berubah betul. Mulut kau tu aku boleh ikat reben tahu".
Aku jeling sekilas. Acah acah merajuk.

"Okay.. okay.. bukan taknak jemput kau. Tapi aku kahwin pun tak rancang. Aku kahwin 2 tahun lepas masa aku kat Jordan".

"Parents kau tahu tak".
"Tahu.. Aku tak sempat nak jemput semua kawan kawan. Insyaa Allah majlis aqiqah anak aku nanti aku jemput kau. Kau orang pertama".

Lagi bersinar bebola mata aku. Tak sangka kawanku yang pengotor ni suatu ketika dahulu dah nak jadi ayah orang haha.

"Eh bila bila aku nak jumpa umi kau. Rindu la aku dengan ayam masak lemak umi kau".

Ziyad ni suka lari datang rumah aku. Tambah tambah kalau lepas dia dah buat salah . Kadang2 tu sampai tak balik rumah dia.

Aku mengeluh perlahan

"Kenapa ni leya? Ada apa apa ke?"

"Umi dengan abi koma".
"Wha...t"

"Aku yang salah... Aku .." mula la mata aku berair.

"Shh Alia .. sokay.. tenang kan diri kau dulu".

Terkejut ziyad dibuatnya. Ada khabar duka buat dirinya.

"Diorang accident yad. Dan the bad thing.. sebelum tu diorang ada call aku.. tapi aku tak angkat sebab sibuk.. aku.."

"Aku menyesal.. ziyad.. "

"Hey leya.. kau tahu kan kau ada aku . Kau ada asy.. kau ada semua orang yang sayangkan kau.. dan yang paling penting kau ada Dia. Kau doa banyak banyak.. minta Allah permudahkan semua urusan kau leya.. Aku yakin umi dan abi kau akan sedar. Okay leya?"

Kalau dia dan Aleya halal. Pasti sudah dipeluk untuk menenangkan Aleya. Saat itu ziyad terpandang cincin berlian di jari manis aliya.
Tapi biarlah. Bukan masa yang sesuai untuk bertanya .

........

" Harraz.."
Kepala diangkat sekali.

"Jasmine. Duduklah".

Perempuan yang berambut panjang cantik itu mengambil tempat dihadapn Harraz. Kalau dulu Harraz mungkin luluh apabila melihat wanita ini. Tapi sekarang dia tenang. Tenang walaupun dia tak tahu apa tujuan wanita ini kembali dan mengajak dia bertemu.

Namun Harraz ikutkan. Walaupun cerita mereka sudah lama berakhir.

Wanita ini pula semakin cantik.

"You order la air apa apa dulu".
Harraz memanggil waiter.

"Ada apa you nak jumpa i jasmine?"

Jasmine tersenyum riang.
"You ingat tak. Dulu kita selalu keluar macam ni. Dekat sini. Berdua".

Harraz diam. Mana mungkin dia lupa. Kerana perempuan ini. Hidupnya berubah 360 darjah.

" Harraz.. I"
"Kalau nak jumpa I just untuk remind the old memories. I rasa no need jas.. I dah ada life. You pun dah kahwin. You dah pilih untuk hidup dengan orang yang you cinta".

Air muka jasmine berubah.

"Tapi I tak bahagia Am".
Wajah jasmine dipandang. Kosong

"I minta maaf . I harap you dapat maafkan I. Dan I harap kita boleh mulakan new chapter".

Harraz diam

"I tahu Am.. you masih tak gantikan tempat I am".

"You dah lama lupus dalam hidup I jas. Mungkin you lupa macam mana you tinggalkan I".

"I menyesal harraz"..

Harraz angkat punggung.

"I rasa I bukan orang yang betul untuk you cari kebahagiaan you. And I taknak jadi pengganggu dalm runah tangga you. I taknak tanggung dosa if rumah tangga you hancur sebab I. I balik dulu. And tak perlu contact I jas. Assalamualaikum".

Jasmine memandang kesal. Lelaki yang dulu terlalu mencintai dia berubah. Salah dia sendiri. Terlalu memilih harta.

The BeautifulWhere stories live. Discover now