"Weh! apa hal ni? Muka kau macam mak nenek je".
Ni satu lagi si fara. Mood aku ni tengah fly dia boleh samakan muka aku yang cute ni dengan mak nenek!."Dasar manusia mulut mintak clorox, aku harap aku tak jumpa dah mamat tu!" Rasa tak puas hati aku memang bertimpa-timpa.
" kenapa ni? Cuba kau cakap".
"Tadi.. ada mamat ni terlanggar aku. Aku rasa macam kena gempa bumi dekat jepun. Dah la tu mulut dia pulak mintak clorox. Nak jugak aku bagi dia minum seteguk dua biar bersih sikit! Sakit hati aku!"Aduku kepada farra.
Fara ketawa terkekek kekek." patutla muka kau macam mak nenek".
Katanya lagi. Aku cuma menjeling tajam." ni semua mamat tu punya pasal. Lepastu dia marah aku lagi. Dia yang salah aku yang kena!"
" sabar la alia. Nanti aku belanja kau makan aiskrim kau nak? Nanti lepas jumpa mamat tu kau marah dia puas - puas. Biar aku smackdown dia sekali!"Gelak lagi. Best ek tengok aku naik angin.
"Aiskrim tu aku nak. Tapi jumpa ngan mamat tu? Sorry la! Aku tak nak jumpa dah dengan mamat tu!"
...........
Aku jalan kaki dari tempat parkir kereta ke dewan kuliah. Maklumlah aku dah sem ke empat jadi aku sewa rumah di luar fakulti.
Lagu black swan kedengaran dari dalam handbag aku. Aku rasa macam nak buat konsert. Tertera nama fara dekat skrin.
"Weyhhhhh.." terdengar suara riang ria daripada fara.
"Kau nak apa pagi pagi ni. Pekak telinga aku!"Fara di sebelah sana terkekeh ketawa.
"Kau tahu tak , aku nak citer pasal pelajar baru tu".
Aku menghela nafas. Gatal dia tak habis habis lagi.
" kejap lagi la. Aku dah nak masuk dewan kuliah dah ni. Kau cop tempat aku tak?""Dah.. cepat sikit".
Telefon terus dimatikan. Tengah tengah aku jalan tiba tiba kelihatan sebuah motor besar yang hampir denganku. Kuat deruman motor itu membuatkan aku terkejut.Kakiku bagaikan di gam kukuh. Tak mampu bergerak. Penunggang motosikal tu cuba elak dari melanggarku dan..
"Sreetttt".
Kelihatan motor dan penunggangnya terbalik. Bunyi geseran tayar yang agak kuat itu menarik perhatian pelajar pelajar di situ.Lelaki yang jatuh tadi memandangku tajam sebelum langkah kaki dibawa dekat ke arahku.
"Kau ni buta lagi ke? Kau ingat jalan ni bapak kau punya?"
Garang lelaki itu membidas .
Macam ku kenal mata tu, tapi kat mana ek."Eh encikk. Encik yang bawa motor melebihi had laju . Ni kawasan kuliah bukan tempat race!"
Tak pasal pasal kami buat freeshow depan dewan kuliah.Helmet yang menutupi wajahnya dibuka. Alangkah terkejut tahap biawak aku.
" Aku tak kira! Aku nak kau bayar kerosakan motor aku!"
"Asal saya nak kena bayar? Awak yang jatuh sendiri!"
Serius aku rasa nak timbus lelaki tu enam kaki ke bawah!Lelaki itu meraup wajahnya.
"Habistu kau nak aku langgar kau? Biar mati kat sini? Aku tak kira! Kau bayar jugak motor aku ni!""Eh. Motor awak. Ingat saya kisah?"
"Kau....."
"Sayang!" Baru aje dia nak menjawab, satu suara lain mencelah."Sayang, u oky ke tak?" Manja suara wanita itu bertanya. Lengan si sayang itu dipeluk.
"Auch baby.. it's hurt".
Cepat cepat si baby melepaskan lengan si sayangnya itu. Lantas lengan baju diselak tinggi. Kelihatan darah membuak keluar di situ."Sayang! Bleeding".
Entah kenapa adegan itu tidak lagi menjadi tumpuan mataku. Yang dapat aku rasakan sekarang ini duniaku berputar sebelum pandanganku kelam sepenuhnya.
...........
Mataku perlahan-lahan dibuka. Pusing kepala aku memikirkan apa yang terjadi tadi.
"Alia!" Suara fara mengejutkan kau.
"Kau rest alia. Tadi kau pengsan depan dewan kuliah".Aku ingat ingat lupa apa yang jadi tadi.
"Kau tahu tak mamat yang tadi tu la mamat hensem yang aku bagitau kau!"
"Mamat mana ni?"
"Tadi yang kau gaduh depan hall tu. Aku pun tak tau.. Tiba tiba imran cakap kau dekat bilik sakit".Aku megerutkan kepala. Cuba mengingati .
"Mamat tu? Hensem kau cakap? Pliss lah!"
"Hensem lahh!"
"Kalau kau nak tahu, mamat tu la yang langgar aku hari tu!""Seriously!?" Hampir menjerit si fara.
Berpaling jugalah petugas bilik sakit ke arah kami. Aku cuma tersengih sebelum aku bagi sepit ketam dekat dia."Sakitlah!"
"Kalau ya pun kau teruja control sikit !"
Fara tersengih. Miang miang keladi."Kenapa kau baru cerita?"
Aku gelengkan kepala. Si fara ni amnesia agaknya."Dah kalau tadi aku baru jumpa dia then trus pengsan. Macam mana aku nak cerita?"
"Hehe.. betullah.. aku terlupa".Nak aje aku siku si fara ni.
"Heaven nya kalau dapat jumpa mamat hensem tu. Kalau aku yang langgar dia dulu, mesti dah mula bibit-bibit cinta aku dengan dia".Aku ketawa.
"Tak payah bibit cinta sangatlah! Dia dah ade makwe!"
"Apa nama girlfriend dia?"Aku angkat bahu.
Malas aku nak jaga tepi seluar orang.
"Jawablah siapa nama girlfriend dia""Poyogirl!"
"Poyogirl?" Fara ulang sekali lagi
Aku angguk sekali.
"Kan mamat tu poyo. Tu la kot nama girlfriend dia. Dia mesti cari yang poyo jugak!"Tak pasal pasal bahu aku kena tampar .
Aku mengekeh ketawa.
"Aku tanya bebetul ni!"
"Kau ingat aku ni mak dia ke? Mana la aku tahu. Aku pun baru jumpa dia".Perbualan mereka terhenti apabila ada suara lain mengganggu.
"Arda, awak ok ke tak?"
Haziq duduk di sisi katil pesakit. Haziq ni pun kawan sekolah aku. Entah acane bole tersesat satu universiti dengan aku. Fara pula memang pantang nampak haziq kacau aku."Oi haziq. Tu girlfriend orang tu. Sudah sudah la kejar Alia!"
"Girlfriend orang je. Bukan isteri!"
Aku teguk liur memdengar kata kata Haziq."Arda nak saya belikan apa apa?"
Aku geleng kepala sekali. Jelas riak wajahku menunjukkan aku tak selesaFara yang memahami maksud riak wajahku terus menghalau haziq.
"Haziq, keluar la! Bagi chance alia nak rehat. Dia mabuk darah tu!"
"Aku nak jaga arda!"
Fara terbeliak. Si haziq ni nak aku cakap bahasa tamil ke apa."Kau nak jaga alia ke kau nak masuk bilik sakit sekali?"
Fara dah bersiap sedia nak angkat kaki.Haziq meneguk liur. Tahu takut dengan si fara. Jangab memain taekwando tali hitam tu.
"Aku nak date pun tak senang! Oky la arda saya pergi dulu.. rest baik baik ya!"
Aku mengangguk.Bukannya aku tak suka haziq. Haziq tu baik je tapi dia selalu tunjuk yang dia minat aku membuatkan aku kurang selesa dengan dia.
"Tak faham bahasalah mamat tu!"
Sempat aku dengar fara mengeluh sebelum aku tidur sekali lagi.
YOU ARE READING
The Beautiful
RomanceBaginya, cinta itu bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Alia Warda, lemah lembut orangnya tapi kalau bab membidas kelas nombor satu. Manusia yang selalu dibidas kata katanya adalah Harraz Irham, senior fakulti yang dirasakan sangatlah annoying...