Disebabkan aku kesunyi sepian. Aku ambil keputusan jalan jalan sesedap kaki aku tawaf rumah orang.
Aku ni tak berapa sangat nak masuk campur urusan orang tua tua tu. So aku naik ke bilik Harlina.
Bukak je pintu bilik...
"Woiiiiii anak daraa". Takde salam takde tanda aku redah bilik dia. Okay jangan tertanya tanya aku memang kenal dengan Harlina sejak kecil ye guys. Kitorng still berhubung sikit sikit lah lepas dia pindah ke luar negara."Eyyy Ardaaa... Rindunya aku dekat kau". Perempuan kalau tak bising memang bukan perempuan namanya. Cis.. macam mengata dekat diri sendiri ye .
"Cantiknya akak Lina" Memandangkan dia tua 4 tahun dari aku ya anak anak.
"Arda pun apa kurangnya. Cantik pakai macam ni".
Aku mencebik. Macam perli tak perli.Pintu bilik dikuak kuat membuatkn aku dan harlina pandang siapa manusia yang membuka gerangan pintu.
"Ish anak dara berdua ni. Sila turun ya putri putri sekalian. Lambat nak makan malam kalau tunggu putri berdua turun".
Aku tersengih. Dah la datang rumah orang haishh malu."Adik dah balik ke mummy?"
"Belum. Mummy dah bagitau dia. Kejap lagi sampai lah tu. Takpe makan je dulu".So aku pun turun bawah tolong apa yang patut. Takkan nak goyang kaki je aku. Rumah kawan umi dengan abi ni. Mau kena sepit ketam umi lumpuh aku seminggu.
Aku tengok adik aku. Rancak dia sembang dengan Pakcik Hairil tu.
"Kakak... cepat tolong umi angkat pinggan ni "
Aku usyar makanan atas meja. Mak ai bersepah iman aku. Ketam masak cili api, ulaman dengan sambal belacan. Ikan keli bakar. Wah memang punah harapan diet tak jadi aku."Panggil abi dengan uncle makan" Umi memberikan arahan. Apa lagi aku laju macam The Flash . Perut aku pun dah rock sakan bunyi.
Lagak wanita melayu terakhir, aku panggil abi aku makan. Muahahahah..
Semua ambil tempat memasing. Aku rasa macam benda pertama aku nak sambar ketam dulu. Tapi disebabkan aku masih berpijak di bumi yang nyata aku sedar diri.
Asy ambil tempat sebelah aku. Lagi satu kerusi kosong
"Am tak balik ke?"
Uncle Hairil tanya sekilas auntie syifa.
"Otw katanya. Takpe. Kita makan dulu."Tak sempat ya aku nak capai pinggan aku loceng rumah bunyi.
Baru je auntie Syifa nak bangun. Mak aku dah keluarkan arahan dia."Kakak tolong bukakkan pintu tu. Kakak tak makan lagi".
"Am kot. Arda tolong bukakan pintu ya".
Ni aku rasa macam nak garu kepala dengan sabut kelapa. Apasal aku yang kena bukak. Dah la aku ni tak kenal dengan anak makcik syifa yang sorang ni.Nasib malang kekasih aku. Aku gagahkan juga kaki aku ni.
Bukak je pintu mahu terlompat kanggaro aku tengok muka lelaki yang terpacak depan pintu ni. Dia pun tengok aku pelik.
"Ehh... Awak"
"Ehh.. kau buat apa kat sini?
"Hello encik. It's should be me asking you what are you doing here? Silap rumah ke?"Dengan belagak konfidennya aku tanya dia
" Tanya diri sendiri la . Ni rumah aku"
Aku sumpah terkejut."Rumah.. what!?.. rumah awak?"
Dia pandang aku sekilas sebelum terus masuk ke dalam rumah.Aku dibiarkan di pintu. Oh wow kebetulan yang sangat hebat. Ok aku benci kebetulan ni.
Aku pergi ke meja makan balik. Ewah mamat ni kerusi aku jugak dia duduk.
Nak tak nak aku duduk berdepan dia. Sumpah ya selera aku mati. Aish kecil dunia ni.
"Asy , arda kenalkan ni anak anti Harraz Irham adik Harlina. Asy tak pernah jumpa Harraz rasanya. Tapi arda pernah".
Aku cuba mengorek minda dan kenangan lalu. Sejak zaman bila aku kenal mamat busuk ni. Dah la tua setahun dari aku.
So setelah itu. Aku angguk dan malas nak panjangkan cerita aku makan cepat cepat ye anak anak. Aku dah tak lalu. Rasa nak sembur je muka mamat tu.
..............
"Kakak ! Kakak!"
Pagi pagi lagi suara umi menjadi alarm tak bertauliahku.Alaa... Kacau aku nak tidur betullah.
Aku masih malas. Syaitan masih erat mengikat aku di katil. Selimut kembali ditarik ke dada. Taknak dikacau di pagi yang damai ni."Kakak!"
Suara mem besar berbunyi lagi. Dah.. aku surrender.
"Ye umi. 5 minit umi 5 minit".Aku mendengar derap langkah kaki umi memdekati katil. Selimut ditarik kasar.
"Anakanda kesayangan umi bangun sayang".
Aku bukak mata. Tengok umi dah melawa berbaju kurung siap bertudung lagi ni. Nak pergi majlis kahwin ke umi ni.
"Cepat bangun kakak. Kejap lagi auntie Syifa nak datang".
Aku mendengus.
"Buat apa ?"
"Umi nak pergi ziarah Mak Leha. Sakit katanya".Dengan penuh kebebalan aku bangun. Aduh dah la bukan selalu nak bangun lambat. Nak tak nak aku bangun jugak.
Aku bangun mandi siap siap and then terus ke ruang tamu. Baju kurung warna chocolate dan shawl putih aku padankan. Ye la nak melawat orang kena pakai elok elok la kan.
Tiba dekat ruang tamu. Umi pandang aku atas bawah
"Kakak melawa nak pergi mana? Nak sambut mak mertua ke?"
Aku pandang umi pelik. Tadi umi yang beria ajak aku ni dah kenapa. Umi ni terlanggar tiang ke apa."Tadi kan umi ajak kakak melawat Mak Leha".
"Eh.. tak payah. Umi pergi dengan auntie Syifa je. Kakak tak payah pergi. Lagipun lama nak ke sana".
Adoi umi. Aku dah bersiap macam anak raja. Cis anak raja bayangan aku."Umi kejutkan kakak sebab nak bagitahu kakak. Lagipun auntie syifa tak datang lagi. Kalau kakak pergi, Asy nak duduk dengan siapa?"
Aku tepuk dahi. Seteghes n umi.
Tak lama lepas tu, kedengaran bunyi kereta memasuki kawasan rumah aku.
Kelihatan Volkswagen Arteon berwarna hitam masuk ke perkarangan rumah.Umi terus bergegas menyambut auntie Syifa. Aku fikir dia datang sorang, keluar lagi satu lembaga dari tempat duduk penumpang.
"Jar. Jomlah kita. Kejap lagi lambat".
"Harraz ikut sekali ke?"
"Tak.. aku tinggalkan dia kejap dekat rumah kau boleh Hajar?"
"Eh boleh apa pulak tak boleh".Aku pandang mamat tu. Dah kena sampuk jin tanah ke apa mamat ni. Mati aku.
" Alia. Layan tetamu elok elok. Umi nak pergi dulu ni. Harraz buat la macam rumah sendiri".
" Umi... Mana boleh umi. Jadi apa apa ke kejap lagi"
Aku jeling sedas. Bukan boleh percaya mamat busuk ni."Asy ada. Buat benda tak senonoh, umi hantar kakak masuk bendang".
Harraz tersenyum lucu. Buat pertama kali ya aku lihat senyuman indah.. menawan tertawan.Apa aku merepek. Ish.
Aku hantar umi dengan ekor mata. Tinggallah aku berdua dengan dia. Si asyriel ni pun tidur mati.Aku rasa nak nangis.. umiiiiii..
YOU ARE READING
The Beautiful
RomanceBaginya, cinta itu bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Alia Warda, lemah lembut orangnya tapi kalau bab membidas kelas nombor satu. Manusia yang selalu dibidas kata katanya adalah Harraz Irham, senior fakulti yang dirasakan sangatlah annoying...