30 : Duality

1.4K 280 278
                                    

120 votes + 80 comments

"Mana pergi 001,002,003?" soal Minjung.

Jejaka yang mempunyai wajah seperti Jeon Jungkook itu menayangkan riak wajah resahnya.

"S-saya tak tahu" balas 004 sambil anak matanya sengaja dialihkan ke bawah agar tidak bertembung dengan anak mata Kim Minjung.

Kim Minjung menyentuh bahu milik 004. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Aku perasan hari tu, dekat bahu kau ada nombor yang timbul dari kulit badan kau" kata Minjung sambil tangannya tepat memegang bahu 004 yang terdapat seperti tattoo timbul. Iya, jelas sekali Minjung nampak angka yang terdapat di bahu 004 semasa dia menculik Minjung kerana ketika itu 004 memakai baju t-shrit putih.

"Aku tahu, nombor dekat bahu kau tu tulis, 12-08-21"kata Minjung.

004 memandang ke arah Minjung. Jelas sekali 004 terlihat seakan-akan takut. Bukan! dia kelihatan seperti ingin mengalirkan air mata!



☆☆☆☆

Jarum jam menunjukkan pukul lapan pagi, waktu di mana pekerja 7eleven menukar shift.

"Jadi, macam mana malam pertama awak kerja?" soal wanita yang sedikit tua itu.

"Maafkan saya, kak. Saya rasa saya nak berhenti" kata gadis muda yang baru sahaja selesai menukar pakaian kerjanya.

"Eh, kenapa?" soal wanita yang sedikit tua itu.

"Saya takut nanti saya makin hilang sabar kalau terus kerja dekat sini" balas gadis itu.



Jeon Jungkook POV💚

Jejaka kacak itu mula mencapai beberapa buah buku teks miliknya lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah miliknya.

"Kau dah habis makan ke belum?" soal Jungkook kepada 004 tanpa mengalihkan pandangannya.

"B-belum" balas 004 yang sedang memakan nasi bersama sup ayam.

"Cepat sikit, aku dah nak pergi sekolah ni" kata Jungkook sambil encapai tali lehernya.

004 mula makan dengan gelojoh kerana takut Jungkook akan terlambat ke sekolah.

"Uhuk! uhuk!"akhirnya 004 tersedak nasi yang ditelannya.

"Hei, hei, makan elok-eloklah" kata Jungkook sambil menghulurkan segelas air.

"Awak yang suruh saya makan cepa--" 

"K-kau" 004 mengubah ayatnya lalu disambung lagi.

"Kau yang suruh aku makan cepat-cepat" balas 004 dengan nada suara yang perlahan.

"Mulai esok kau makan bubur jelah, telan je tak perlu kunyah" balas Jungkook dengan nada dingin.

Jungkook mula mengikat tali leher miliknya di hadapan cermin. Wajah tegang miliknya ditayangkan membuatkan 004 makin rasa bersalah kerana dia tahu Jungkook menganggapnya sebagai beban.

"Erm, aku duduk dekat rumah je ke? kalau mak kau nampak, macam mana?" soal 004.

"Jangan risau, hari ni mak aku nak pergi syarikat percetakan. Novel motivasi dia akan dikeluarkan tak lama lagi. Jadi kau duduk sorang dekat rumah sampai petang" balas Jungkook.

Jeon Jungkook mengambil beg dompetnya yang terletak di poket beg sekolahnya lalu dia mengeluarkan beberapa keping wang kertas dan menghulurkan kepada 004 yang sedang duduk di atas katil miliknya bersama dulang maknan yang sudah habis dimakan.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now