34: Nama

1.5K 270 288
                                    

100 votes + 50 comments

Jeon Jungkook memandang ke arah ibunya yang sedang menarik nafas kerana masih terkejut dengan 'dua' Jungkook.

"Berita baik, Jungkook dah ada adik, yeaa" kata Jungkook untuk menenangkan ibunya.

"Ya tuhan, dia ni bukan keluarga kita, Jungkook! anak ibu, kamu seorang saja!" balas ibunya yang terduduk di atas sofa.

004 hanya menunduk memandang lantai. Dia menggigit bibirnya sebaik sahaja mendengar yang ibu Jungkook berkata tentang dia bukannya sebahagian daripada keluarga ini.

"Ibu! janganlah cakap macam tu! 004 ni muka dia sama macam Jungkook! jadi kami pasti daripada DNA yang sama!" balas Jeon Jungkook. Dia masih lagi melindungi 004.

"Dia anak siapa?" soal Puan Jeon.

Eh eh.. bukan sepatutnya Jungkook ke yang tanya soalan tu.

"Ibu.."

"Nama dia pun dia tak ada, entah entah dia sekarang tengah cuba nak ambil alih tempat kamu" ibunya sudah mula berfikir bukan-bukan kerana teringat kejadian Jungkook pernah diculik dulu.

"Ibu! dia tak jahat! teriak dekat Jungkook pun dia tak pernah" balas Jungkook.

"Lagi satu, dia ada nama! nama dia Jeon Jungsu" sambung Jungkook lagi sebelum menarik tangan 004 bergerak ke biliknya.

Puan Jeon menggeleng kepalanya akibat sakit kepala dengan kedegilan anak tunggalnya itu. Ini belum si suaminya tahu ni. Kalau dia tahu makin rumit keadaan jadinya.

Ding~ Dong~

Puan Jeon melihat ke arah skrin yang menghubungkan dalam rumahnya dan di luar pintu pagar rumahnya.

"Saya datang nak hantar pizza" kata delivery man itu.

☆☆☆☆

"Kau jangan keluar dulu buat masa ni, biar aku fikirkan cara nak bagi ibu--" belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya 004 terlebih dahulu menyampuk.

"Nama saya Jeon Jungsu?" soal 004.

"Aduh, bukan sekarang weh" balas Jungkook.

"C-comelnya nama tuu, terima kasih sangat sangat bagi saya nama" kata Jungsu lalu dia memeluk Jungkook dengan sangat kuat.

Jungkook menghela nafas perlahan sebelum tersenyum kecil dan menepuk bahu Jungsu.

"Sama-sama" balasnya perlahan.

"Macam mana nak eja nama say-- eh. Aku! macam mana nak eja nama aku?" soal Jungsu.

"Nanti dulu, sekarang ni kita berdua ni belum makan malam lagi" kata Jungkook.

"Nak keluar makan senyap senyap ke nanti?" soal Jungsu.

Mereka berdua saling berpandangan. Iya, mari buat!

☆☆☆☆

Kim Minjung POV❤

"WHAT?! Mak kau dah tahu pasal 004?" soal Minjung dengan nada terkejut.

"Tulah, aku takut mak aku halau dia je nanti" kata Jungkook, dia terpaksa memperlahankan suaranya takut ibunya dengar dia sedang bercakap di telefon.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now