120 votes + 90 comments
"S-saya nak tanya, macam mana nak guna kertas merah ni?" soal 004 sambil memandang ke arah juruwang itu.
"Awak tengah buat lawak ke ni?" soal juruwang berjantina lelaki itu.
"Urmm.." 004 mula buntu untuk menjawab apa. Memang dia tidak tahu sebenarnya cara menggunakan duit!
004 dan juruwang itu saling berpandangan buat seketika kerana 004 masih belum mengeluarkan sebarang jawapan.
Ding! Ding!
Bunyi pintu kedai serbeneka itu dibuka. Menandakan ada pelanggan baru masuk.
"Eh, Jeon Jungkook!" satu suara lelaki memanggil 004.
Oh tidak, dia bukan Jeon Jungkook! apa yang patut dia lakukan?
"Err, hai?" 004 membalasnya walaupun dia tidak mengenali lelaki yang menyapanya itu.
☆☆☆☆
"Kau ponteng sekolah lagi ke, Jungkook?" soal lelaki itu sambil menghirup air tin yang telah dibelinya di 7e tadi.
"Awak tak sekolah ke?" soal 004 kembali.
"Kau ni dah kenapa? aku dah habis sekolah 2 tahun lepas lah" balas lelaki itu.
"Lagi satu" lelaki itu menyambungnya.
"Kau guna 'awak'? "soal lelaki itu.
Jika anda semua tertanya-tanya ini siapa. Ini Dongjae, jika tidak ingat, boleh rujuk kembali chapter 9.
"Eh, tak, tak. Kau! kau!" cepat-cepat 004 membetulkannya.
"Hahaha! kau buat aku teringat macam mana kita boleh rapat dulu" kata Dongjae.
14 tahun yang lalu...
"Dongjae, ini anak kawan mama" kata ibu Dongjae kepada anaknya yang sedang sibuk bermain permainan video di ruang tamu.
Dongjae hanya mengangguk lalu kembali bermain permainan video itu. Tidak langsung dia memandang ke arah wajah Jungkook.
Ibu Dongjae dan ibunya Jungkook terlebih dahulu sudah pergi ke dapur untuk berborak dengan lebih lama sambil meminum teh.
"Hai, saya Jeon Jungkook!" Kanak-kanak berusia 4 tahun itu mengenalkan dirinya kepada Dongjae. Tetapi kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu memilih untuk tidak membalasnya.
"Seronok ke main permainan tu?" soal Jungkook sambil merapatkan wajahnya ke arah permainan video game tersebut.
"Ah! kau ni serabutlah!" teriak Dongjae lalu melemparkan permainan video itu ke arah sofa.
Dongjae berjalan keluar daripada rumahnya.
Jeon Jungkook memandang seketika ke arah permainan video game itu.
"Wah! ada game Mario lah!" suara Jungkook berubah teruja lalu mengambil permainan video yang dilempar oleh Dongjae tadi.
Sebagai seorang kanak-kanak lelaki, bermain game merupakan salah satu tanggungjawabnya. Tanpa membuang masa Jungkook bermain permainan video tersebut.
YOU ARE READING
Golden Brain vs Golden Physical
Fanfiction▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeon Jungkook High School Fanfiction 》 《🔹️Menampilkan Pengetahuan Sains🔹️》