32: Jangan!

1.3K 241 238
                                    

120 votes + 100 comments

004 melihat ke arah Dongjae yang sedang mengunyah daging stik mewah itu. Pinggan 004 milik sudah kosong, kerana terlalu lapar dia makan dengan gelojoh tadi.

"Kenapa pandang aku macam tu?" soal Dongjae.

"Awak kata tadi, Jungkook bertinju kan?" soal 004.

"Kau kenapa?" soal Dongjae akibat pelik apa bila melihat rakannya itu membahaskan Jungkook seolah-olah Jungkook itu orang yang berbeza.

"Tak, saya nak tanya je" balas 004.

"Kau ni hilang ingatan buat kali kedua pula ke?" soal Dongjae.

"Ha? kali kedua?" makin banyak persoalan di dalam minda 004.

"Kau ni, janganlah buat aku takut. Nama aku, kau ingat tak?" soal Dongjae.

"Erm.." manalah 004 tahu, lelaki itu belum memperkenalkan dirinya lagi.

"Haih, kau ni, kau terhantuk dekat mana-mana lagi ke?" soal Dongjae.

"Aku Dongjae, kau dengan aku kawan dari kecil sebab mak kita berdua dulu housemate sebelum diorang kahwin. Kau suka bertinju, kau dari kecil memang kuat tapi mak kau tak suka kau guna kekerasan, jadi beberapa tahun lepas aku bawa kau pergi bertinju underground, kau menang semua game, kau makin terkenal dekat underground, kau punya hebat tu sampai tak pernah luka, lebam atau calar bila bertinju"

"Sampailah satu hari tu mak kau jumpa sarung tangan tinju atas katil bilik kau, kau terkantoi lepas tu mak kau tak bagi kau bertinju dah" kata Dongjae.

"Ingat tak?" soalnya sambil memandang ke arah 004.

"Erm.. yang tentang hilang ingat tu pula?" soal 004.

"Haih, teruk betul kau ni. Dulu masa kau kecil, kita berdua main sorok-sorok dekat taman permainan dalam hospital ayah kau. Lepas tu kau hilang terus" kata Dongjae.

"Hilang?" soal 004.

"Haah, masa tu satu hospital cari kau, ayah kau siap suruh doktor lain ganti dia buat pembedahan jantung dekat Hakim negara, semata-mata nak keluar cari kau" kata Dongjae.

"Masa tu, aku takut gila , walaupun tak ada sesiapa salahkan aku, tapi aku tetap rasa bersalah sebab kita main sorok-sorok berdua, tapi kau hilang. Kau hilang sebab aku.. Jungkook" kata Dongjae.

"Lepas tu, jumpa Jungkook dekat mana?" soal 004. Dia perlu tahu, semua sekali, dia perlu tahu segalanya tentang Jungkook.

"Beberapa bulan lepas tu keluarga kau jumpa kau pengsan dekat tepi tasik hospital" kata Dongjae.

"Kau bangun, tapi kau tak ingat apa-apa, doktor pakar kata yang kau mungkin terhantuk dekat batu besar dan hilang ingatan, sebab kepala kau ada pendarahan internal" kata Dongjae.

Terkelu 004. Tidak salah lagi, waktu itu Jungkook pasti diculik! untuk dijadikan sebagai spesimen ke empat.

"Berapa lama dah Jungkook bertinju?" soal 004. Itulah hal yang paling di risaukan sekali. Berapa lama sudah Jungkook bertinju? Selalukah Jungkook menggunakan kekuatan luar biasanya?

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now