160 votes + 80 comments
Mata milik Jeon Jungkook setia merenung ke arah anak mata Kim Minjung.
"Kau ada kembar ke?" Minjung menyoal buat kali kedua dengan nada yang sedikit tinggi agar Jungkook dapat mendengarnya secara jelas.
"Mana ada, aku kan anak tunggal" balas Jungkook sambil menayangkan riak wajah curiga.
"T-tapi tadi ada seorang tu wajah dia memang sama macam kau, sumpah sama!" balas Minjung sambil mengangkat tapak tangan kanannya tanda dia jujur dengan kata-katanya.
"Ei, jangan nak mengarut lah, dah jom balik" kata Jungkook lalu dia menarik tangan milik gadis itu agar mula berjalan untuk meninggalkan bangunan sekolah.
"Weh, percayalah cakap aku, tadi memang ada orang yang muka dia serupa dengan kau" Minjung masih lagi bicara tentang hal itu membuatkan Jungkook menekup mulut milik gadis itu menggunakan tapak tangannya.
Sudah tentulah reaksi gadis itu terkejut dan meronta-ronta untuk melepaskan wajahnya daripada tapak tangan yang lebar milik jejaka itu.
"Nak diam ke nak aku diamkan?" soal Jungkook sambil merapatkan wajahnya dengan gadis itu.
Kim Minjung menayangkan wajah bosan kerana sikap Jeon Jungkook selalu berubah secara mendadak. Haih, ada masa lelaki itu melayan perangainya, ada masa dia selalu menyakat gadis itu sampai pipi naik merah. Aduhai!
Minjung menolak dada milik Jeon Jungkook. Tetapi lelaki itu tetap kekal di situ dan tidak berganjak.
Apa dia makan sampai kuat macam ni?
"Oh tolonglah, aku ahli tinju lah, kau ingat tolak macam itu, aku dah bergerak?" balas Jungkook sambil tertawa kecil.
Tahap kesabaran Minjung sudah mencapai tahap maksima. Mula daripada Jungkook memaksanya untuk menemani lelaki itu.
Seterusnya, lelaki itu tidak mempercayai katanya tentang orang yang mempunyai wajah sama dengannya dan sekarang jejaka itu menyakatnya sebegini rupa.
Memang gadis yang mempunyai hati yang tidak berapa suci itu tidak dapat menahan sabar!
Jeon Jungkook tertawa kecil melihat wajah Kim Minjung yang sedang menahan marah. Perlahan-lahan jejaka tinggi itu menjauhkan tapak tangannya daripada mulut gadis itu.
"Dah lah, malas aku nak layan kau" tutur Kim Minjung dengan nada mendatar lantas dia berjalan menyeberangi jalan raya dan meninggalkan lelaki itu.
Jeon Jungkook hanya mampu melihat kelibat Minjung yang berjalan meninggalkannya. Sejujurnya, memang dia mahu mengejar langkah gadis itu tetapi dia cuma takut yang Minjung akan lebih membencinya.
Mata Jeon Jungkook masih lagi setia melihat ke arah Minjung sehinggalah kelibat gadis itu hilang.
"Maaf weh, a-aku tak pernah ada kawan baik yang sebaya sebelum ni" tutur Jungkook secara perlahan sambil tersenyum tawar.
Iya, memang Minjung merupakan orang pertama yang sebaya dan Jungkook menganggapnya sebagai kawan.
Walaupun murid-murid kelasnya sendiri pun dia cuma menganggap mereka sebagai teman sekelas. Lihat sahaja ego Jungkook dengan mereka, bercakap pun sepatah dua apa entah bergelak ketawa, memang tiada langsung.
Pada Jungkook, rakan sebaya cuma berada di zaman sekolah, selepas tamat zaman persekolahan mereka semua akan berpisah dan Jeon Jungkook tidak suka akan erti perpisahan.
Rapat seperti gam dan suatu hari nanti mereka semua akan membawa haluan masing-masing lalu menjadi seolah-olah orang yang tidak pernah dikenali.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook mengunyah makan malamnya dengan perlahan kerana dia sedang makan bersama ibu bapanya.
Kalau dia makan seorang diri, memang sudah lama dia makan sesuka hati, dan sudah tentu dia akan makan di hadapan televisyen sambil menonton cerita.
"Jungkook" ibunya mula membuka topik perbualan.
Jeon Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah ibunya.
"Minggu depan ada malam pelancaran novel terbaru yang ibu tulis" kata ibunya.
"Oh sudah siap dah novel baru? wah, cepatnya" balas Jungkook dengan nada senang kedengaran. Ibunya merupakan suri rumah sepenuh masa dan penulis novel motivasi separuh masa.
Kadang-kala ibunya akan menulis di pejabatnya tapi selalunya ibunya cuma menulis dari rumah sahaja.
"Jungkook ada nak ajak kawan sekolah Jungkook untuk datang ke majlis pelancaran itu?" soal wanita yang telah membesarkan Jeon Jungkook.
Tiba-tiba ayah Jungkook menyampuk perbualan mereka itu.
"Eh awak ni, setiap kali ada pelancaran novel mesti tanya soalan yang sama pada Jungkook. Macam awak tak tahu pula dia akan bawa anak kawan awak, Dongjae tu" kata ayah kepada Jeon Jungkook.
"Saya tanya saja, mana tahu Jungkook nak bawa rakan sekelasnya. Awak pun tahukan saya nak lihat Jungkook berkawan dengan rakan sebaya" balas ibunya.
Jungkook hanya memandang ke arah pinggan miliknya yang masih tersisa daging lembu tebal belum dimakannya.
Tiba-tiba mememorinya teringat kepada Minjung yang suka makan daging lembu membuatkan jejaka itu tersenyum kecil buat sementara lalu berkata
"Ibu, Jungkook nak ajak seorang kawan Jungkook ni, boleh?"
TBC
Okay, chapter ni tak sweet langsung.
sorry lambat update, busy sikit exam minggu lepas.
YOU ARE READING
Golden Brain vs Golden Physical
Fanfic▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeon Jungkook High School Fanfiction 》 《🔹️Menampilkan Pengetahuan Sains🔹️》