100 votes + 40 comments
Minjung duduk diatas kerusi bersebelahan dengan rakan-rakannya yang lain. Mata mereka tertumpu pada ketua kelas si pandai.
Sudah tentu dia, Jeon Jungkook. Seorang lelaki yang dingin dan sombong yang selalu fikir dialah yang paling bagus. Ah, ini semua poyo.
"Jadi, ketua kelas Sky, kau nak mengajar apa hari ini?" soal Minjung.
"Algebra" balas Jungkook sepatah.
"Tiba-tiba aku rindu Chanyeol, lama dah tak nampak dia" Eunwoo si perenang yang handal itu cuba mengubah topik.
"Kan, aku pun rindu Chanyeol" kata Nayeon si gadis gimnastik itu yang sedang menolong Eunwoo untuk menukar topik.
Kim Minjung si ketua kelas Mantel hanya mampu menahan gelak dengan sikap kawan-kawan sekelasnya itu. Seperti biasa, mereka sentiasa berkerjasama untuk menjayakan sesuatu. Lagi-lagi kalau bab tak nak belajar ni.
"Tu lah weh, aku rasa macam tak lengkap je kalau Park Chanyeol tak ada. Rasa macam kekosongan di hati, ha gitu!" giliran Kim Taehyung pula menokok tambah.
PAP!
Bunyi kuat itu datang daripada Jeon Jungkook yang menepuk meja kelasnya.
"Aku tengah cakap tentang Algebra, yang kau orang semua pergi cakap tentang Park Chanyeol ni, dah kenapa?!" soal Jungkook dengan suara yang kasar.
Jung Jaehyun si budak kelas Sky itu sedang menahan gelak. Kenapa budak-budak kelas Mantel ni kelakar sangat?
Jungkook terus memandang ke arah Jung Jaehyun dengan pandangan yang mampu menembusi kepingan plumbum. Terus jejaka yang mempunyai lesung pipit itu membuat muka kosongnya kembali.
"Baiklah, sekarang aku nak tengok korang punya tahap" kata Jungkook sambil mengedarkan beberapa helai kertas soalan kepada empat orang pelajar kelas Mantel itu.
Setelah memastikan semua orang dapat kertas soalan itu, Jungkook memandang ke arah jam yang tergantung di dinding itu.
"15 minit, daripada sekarang" kata Jungkook dengan suara yang tegas. Auranya memang kuat, sehingga membuatkan bulu roma semua orang dalam kelas itu menegak!
"Ermm, aku tak ada pensel" kata Minjung sambil membuat wajah tidak bersalah.
Memang, memang! memang dia mahu mencabar kesabaran Jeon Jungkook.
"Tulis guna air liur kau" balas Jungkook dengan suara yang tegas.
"Betul ni?" soal Minjung sambil keningnya dijongketkan.
"Kalau kau nak tulis guna kapur pun, aku tak mahu ambil kisah pun" balas Jungkook.
"Ok, aku jilat kertas ni" kata Minjung lalu dia menjelirkan lidahnya ke arah kertas soalan itu.
"Euw! please don't! nah, ambil pensel ni" kata Nayeon kawan kepada Minjung sambil menghulurkan pensel kepada gadis itu.
Bukannya mereka tidak tahu, Kim Minjung ni memang suka buat benda pelik-pelik.
☆☆☆☆
Jungkook memandang ke arah pelajar-pelajar kelas Mantel itu dengan pandangan tajam sambil tangannya memegang beberapa helaian kertas soalan yang telah dijawab oleh mereka.
"Kenapa Jungkook?" soal Jimin yang pelik melihat ketua kelasnya itu.
Park Jimin mengintai sedikit kertas soalan itu. Apa yang Jeon Jungkook marahkan itu?
"Pfft!" Park Jimin menahan tawanya apabila melihat soalan-soalan Algebra itu bukannya dijawab. Tetapi mereka pergi melukis pula pada kertas soalan itu.
Dahlah lukisan itu buruk dan kelakar. Memang nampak sangat mereka tidak tahu untuk menjawab.
"K-korang ni, m-memang cari pasal" suara Jungkook mula bergetar akibat menahan marah.
kringg!!
Bunyi loceng menandakan kelas telah tamat.
"Ok, sekarang giliran sukan! dah dah! pergi tukar baju korang semua!" arah Minjung si ketua kelas Mantel.
Kau perlu tahu bagaimana orang yang betul-betul tidak suka bersukan dipaksa untuk bersukan. Sedia? mari lihat sejauh mana mereka dapat bertahan.
TBC
Lama betul aku tak update. Siapa masih nak baca cerita mengarut ni?
Ok tak chapter hambar ni? harap tak adalah hambar sangat😭
YOU ARE READING
Golden Brain vs Golden Physical
Fanfic▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeon Jungkook High School Fanfiction 》 《🔹️Menampilkan Pengetahuan Sains🔹️》