135 votes + 120 comments
Pekerja wanita yang bekerja di kedai kad itu berjalan keluar dari stor kedai sambil membawa sebungkus plastik yang dipenuhi dengan kad ucapan yang dipesan oleh Minjung.
Alangkah peliknya pekerja wanita itu, apabila Kim Minjung sudah tidak berada di situ.
Lalu dia meletakkan bungkusan itu di atas meja kaunter dengan menganggap yang kemungkinanan Minjung keluar sebentar dan akan kembali selepas ini untuk mengambil kad-kad ucapan yang sudah dibayarnya sebentar tadi.
Jeon Jungkook POV💚
Setelah membeli jam pemasa, Jungkook berjalan menuju ke arah kedai kad ucapan sambil menjinjing plastik berisi pemasa yang dibelinya tadi.
Jejaka itu menolak pintu kedai kad ucapan itu lalu melangkah masuk ke dalam.
"Akak, ada tak kawan saya datang sini tadi?" soal Jungkook kepada pekerja di situ apabila dia tidak dapat melihat kelibat minjung di dalam kedai itu.
"Ah, dia ada datang tadi, tapi lepas saya keluar dari stor nak ambil kad ucapan dia dah pergi" balas pekerja itu.
"Oh, dia dah bayar tapi dia keluar dari kedai sebelum ambil kad tu?" soal Jungkook sambil matanya di arahkan ke arah plastik bungkusan yang terletak di atas meja kaunter itu.
Wanita itu hanya mengangguk.
Jungkook mengeluarkan GPS yang baru sahaja di beli tadi. Minjung berada berdekatan dengan sekitar sekolah. Mungkin dia sudah pulang ke sekolah terlebih dahulu. Minjung masih marahkannya?
Jungkook mendail nombor Kim Jisoo sebaik sahaja selepas Jungkook mengeluarkan telefon bimbitnya.
Memandangkan dia masih belum mempunyai nombor telefon Kim Minjung mahupun pelajar kelas mantel yang lain, sebab itulah dia mendail Jisoo dahulu..
"Hello?" Jisoo mula menyapa.
"Hello, Jisoo-ah, kau ada dekat mana?" soal Jungkook.
"Aku ada dekat sekolah dekat bilik komputer ni dengan Park Chanyeol tengah siapkan data project brief dengan policy brief, kenapa weh?" balasnya.
"Minjung ada?" soalnya.
"Tak ada, aku baru pergi kelas tadi nak ambil botol air, tak ada sesiapa dalam kelas. Tapi tak tahulah kalau dia pergi tandas ke apa" balas Jisoo.
"Oh, tak apalah, terima kasih" balas Jungkook.
"Tapikan, bukan dia dengan kau ke tadi, tak akan dia nak balik sekolah tiba-tiba macam tu, aku rasa Minjung tu tak akan buat benda tak matang macam tu" Jisoo mengeluarkan pendapatnya yang menyatakan sesuatu tidak kena.
"Iya aku tahu" balas Jungkook. Seteruk mana pun keadaan, Minjung masih lagi seorang manusia yang bertanggungjawab, tak akanlah dia tinggalkan barang di kedai tiba-tiba kembali ke sekolah dengan tangan kosong.
"Chanyeol dah cuba call Minjung tapi masuk peti suara" balas Jisoo lagi.
"Haih, tak apalah, aku cuba cari cara lain untuk uruskan masalah ni, terima kasih Jisoo sebab tolong" balas Jungkook pula.
"Aku kena siapkan data ni, nanti ada apa-apa boleh terus bagitahu aku" kata Jisoo sebelum mereka berdua memutuskan panggilan itu.
Jeon Jungkook mengambil sedikit masa untuk berfikir dengan tenang bagi menyelesaikan masalah ini.
YOU ARE READING
Golden Brain vs Golden Physical
Fanfic▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeon Jungkook High School Fanfiction 》 《🔹️Menampilkan Pengetahuan Sains🔹️》