70 votes + 20 comments
"Tak! saya tak setuju!" Minjung selaku ketua kelas Mantel menepuk meja pengetua itu tanda tidak bersetuju dengan arahan yang baru sahaja diberikan.
Jeon Jungkook hanya mengurut kepalanya kerana memikirkan sesuatu.
"Kenapa kami tidak boleh dikecualikan daripada ujian fizikal" Jungkook menyoal.
Pelajar kelas sky turut mengangguk tanda mempersetujui kata-kata Jeon Jungkook.
"Kalau saya mampu buat macam tu, memang saya nak kecualikan kelas Sky dari ujian fizikal dan kecualikan kelas Mantel daripada ujian bertulis. Tapi saya tak boleh buat begitu sebab ujian ini sangat penting kalau kamu semua nak memohon universiti" terang pengetua.
Otak Jungkook ligat memikir jalan penyelesaian. Manakala Minjung sudah mahu berputus asa disitu.
"Kami akan adakan sehari untuk bekerjasama. Kalau kami tidak mampu untuk meneruskannya. Saya nak semua rancangan ini dibatalkan" kata Jungkook. Itu sahaja langkah profesional yang mampu diambil.
Sudah semestinya Jungkook tidak akan panjat meja dan menarik rambut pengetua lagipun rambut pengetua sudah nipis. Itu satu tindakkan yang tidak rasional.
"Tapi, saya tak janji untuk batalkan rancangan ni" kata pengetua.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook POV💚
Jungkook berdiri dihadapan pintu almarinya sambil melihat kearah baju-bajunya.
"Nak pakai baju apa ni?" Jungkook menyoal dirinya sendiri. Sudah berapa tahun dia tidak bersukan sehinggakan dia lupa pakaian yang sesuai untuk bersukan.
Lantas Jungkook berlari keluar dari biliknya dengan hanya tuala dililit pada pinggangnya.
Dia menuju ke dapur untuk bertemu dengan ibunya.
"ibu, nampak tak seluar track Jungkook?" Jeon Jungkook menyoal ibunya.
Wanita itu memandang kearah anaknya itu.
"kalau iya pun, pergilah pakai baju sekolah dulu, lepas ni nak pergi sekolah" ujar ibunya.
"Jungkook kena pakai baju sukan hari ni" kata Jungkook.
"Oh, baju sukan. Ada je dalam kotak-kotak baju lama dekat dalam bilik stor tu. Pergilah ambil" kata ibunya lalu kembali memasak sarapan untuk keluarganya.
"Ok, terima kasih ibu!" balas Jungkook, cepat-cepat dia berlari kearah bilik stor.
"Hari ni Jungkook ada program sukan disekolah rupanya" kata ibu Jungkook pada dirinya sendiri.
Dan barulah wanita itu menyedari sesuatu yang pelik.
"Jungkook bersukan di sekolah?!" teriak ibunya akibat terkejut.
Biasanya kalau ada program sukan di sekolah Jungkook akan minta untuk ambil cuti atau dia akan sengaja cari penyakit untuk tidak hadir ke sekolah.
☆☆☆☆
Kim Minjung POV💚Minjung terduduk dilantai sambil menyelongkar kotak-kotak yang terdapat di dalam rumahnya.
Sudah puas dia mencari buku latihan matematik dan sains tetapi tidak jumpa. Bukan itu sahaja, buku teks untuk subjek bahasa pula dia tidak ingat di mana kali terakhir dia meletakkannya.
Sudah lama dia tidak membuka buku untuk belajar. Tambahan pula, kotak penselnya itu sudah dipenuhi dengan plastik pembungkus gula-gula sehinggakan tak jumpa nak cari alat tulis.
Inilah akibatnya suka makan dalam kelas dan buang plastik pembungkus dalam kotak pensel akibat malas ingin buang dalam tong sampah. Cita-cita nak buang dekat rumah. Tapi tulah, bila dah sampai rumah, lupa pulak kewujudan plastik pembungkus tu.
"Ibu! nampak tak buku latihan Minjung?" Minjung menyoal ibunya yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.
"Lah, kamu nak guna lagi ke buku tu? Ibu ingat kamu tak nak pakai dah sebab kosong semacam buku tu. Bersih sangat, tak ada kesan conteng pun. Nama pun kamu tak tulis" bertubi-tubi kata ibu Minjung yang membuatkan gadis itu rasa bagaikan dicucuk dengan pisau.
"Mana ibu letak?" Minjung memotong percakapan ibunya. Tak sanggup nak dengar fakta tentang itu lagi.
"Ibu letak dekat luar rumah, ingatkan nak jual dekat pusat barangan kitar semula" kata ibunya.
"Janganlah, Minjung nak guna. Hari ni nak study" kata Minjung kepada ibunya.
"Oh, nak belajar. Pergilah ambil" kata ibunya. Lantas gadis itu berlari untuk mengambil buku latihan itu dan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
"Bye, ibu" kata Minjung sambil melambai kearah ibunya dan ibunya turut melambai kearah anak gadisnya itu. Setelah itu, Minjung meneruskan perjalanannya ke sekolah.
Barulah ibu Minjung menyedari sesuatu yang ajaib berlaku.
"Eh kejap, anak aku dia nak belajar ke tadi?" soalnya sendiri.
Biasanya Minjung memang jarang hadir ke sekolah kerana menghadiri acara sukan yang dianjurkan diluar sekolah. Kalau dia ke sekolah sekali pun, dia akan tidur dalam kelas.
☆☆☆☆
Jungkook dan Minjung saling berpandangan. Kedua-duanya memberikan pandangan yang tajam.
Kelas Sky dan Mantel telah memutuskan untuk bermain rock-scissors-paper di antara ketua kelas sahaja.
Bagi menentukan sama ada mereka akan memulakan dengan belajar atau bersukan untuk hari ini.
"Sedia?" Taehyung menyoal.
Jungkook dan Minjung sudah siap sedia untuk mengeluarkan jari mereka.
TBC
Nak tanya, cerita ni, korang rasa ada potential tak untuk pergi jauh?
mengarut siyel soalan aku😂
Btw, PENTING!!
aku akan update dengan kerap story ni lepas fortune teller dengan tom and jerry tamat. Jenguklah, fanfic aku yang lain hohoho
YOU ARE READING
Golden Brain vs Golden Physical
Hayran Kurgu▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeon Jungkook High School Fanfiction 》 《🔹️Menampilkan Pengetahuan Sains🔹️》