19: Cover

1.7K 352 228
                                    

120 votes + 80 comments

"Kenapa sejak akhir-akhir ni kau layan aku macam ni? apa aku dah tak cukup kacak ke, hah?!" soal Jungkook dengan nada yang sedikit tinggi.

Tipulah jika Kim Minjung tidak terkejut dengan soalan berani Jeon Jungkook itu.

"Kau memang selalu merepek ya?" soal Minjung sambil menghadiahkan jelingan tajam kepada jejaka itu.

Belum sempat Jungkook berkata apa-apa, Minjung terlebih dahulu keluar daripada kelas itu.

Mahu sahaja Jungkook menghentak-hentakkan kakinya akibat tidak berpuas hati, tapi kerana masih di dalam kawasan sekolah, Jungkook tidak buat begitu bagi menjaga imej cool-nya.

"Ok Jungkook, fikir, fikir, kenapa boleh perempuan marah secara tiba-tiba" katanya pada diri sendiri.

"Aku ada buat dia marah ke? tapi memang selalunya aku buat dia marah pun, tak ada pula dia marah sampai macam ni" katanya lagi.

"Dia tak nak kawan dengan aku ke? tapi tak akan lah secara tiba-tiba macam tu" kata Jungkook.

Tiba-tiba satu perkara yang terlintas di fikirannya,

"oh ya! Period! hormon perempuan tak stabil jadi waktu dia period jadi perasaan dia akan bertukar-tukar macam angin monsun" Jungkook bertepuk tangan apabila telah mengagak apa yang telah merasuki Minjung itu.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook memerhatikan Minjung yang sedang beratur di hadapannya. Sudah pasti untuk mengambil makanan yang disediakan oleh pihak kantin.

Apabila tiba giliran Minjung untuk mengambil dulang, cepat-cepat Jungkook turut mencapai sebuah dulang lain dan kekal beratur di belakang Minjung.

Jeon Jungkook hanya kekal berjalan ke hadapan mengikut gilirannya, dulangnya yang di isi oleh mak cik kantin itu, tidak dihiraukannya.

Malahan matanya kekal memerhatikan Minjung yang berada dihadapannya.

Setelah dulangnya sudah penuh berisi makanan, dia berjalan menuruti Kim Minjung.

Tidak kiralah di mana gadis itu duduk, dia akan duduk bersebelahan dengannya.

Akan tetapi Jeon Jungkook menyedari sesuatu dan tangannya terus bertindak meletakkan dulangnya ke atas meja yang berdekatan dengannya.

"Weh, apa ni?" soal seorang remaja lelaki yang sedang makan tetapi dia terganggu apabila Jungkook tiba-tiba sahaja meletakkan dulangnya di atas meja itu, nasib baik sahaja makanan mereka tidak tercampur.

"Tumpang kejap, weh" balas Jungkook lalu dia berlari mendekati Minjung yang menuju ke arah meja makan untuk makan bersama bekas pelajar kelas Mantel.

Kim Minjung POV💚

Hampir beberapa langkah lagi untuk gadis itu tiba di meja makan itu, tiba-tiba sahaja pinggangnya dirangkul lembut dari arah belakang.

Nasib baik sahaja makanannya tidak jatuh bergolek di atas lantai.

Hei, memanglah dia terkejut apabila pinggangnya dirangkul sebegitu, tetapi sebaik sahaja dia berpaling dan melihat wajah Jungkook di belakangnya. Minjung menjadi tidak terlalu terkejut.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now