200 votes + 80 comments
Keadaan di kawasan haram itu mula bertukar riuh-rendah apabila siren kereta polis mula kedengaran.
"Minjung, lari!" laung Seokjin sambil menarik tangan adik perempuannya.
Sempat Minjung berpaling ke arah Jungkook yang baru sahaja turun daripada gelanggang tinju itu. Wajahnya tampak amat tenang sekali.
"Hyung!" teriak Minjung apabila tangannya terlepas daripada Seokjin.
Kim Seokjin cuba untuk berpatah kembali mengmbil adiknya, tetapi hampa, terlalu ramai orang yang berpusu-pusu kehadapan. Mustahil untuk dia melawan arus untuk kembali kepada Minjung.
"Minjung! lari! selamatkan diri! aku tunggu kau dekat tempat letak motorsikal!" laung Seokjin dengan harapan adiknya dengar.
Itu sahaja dia mampu lakukan. Dia pasti Minjung dapat selamatkan diri. Tambahan pula, dia dapat berlari dengan pantas.
"Hyung! apa kau cakap?!" balas Minjung kerana dia tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh abangnya tadi.
"Dia kata, dia tunggu kau dekat tempat letak motorsikal" satu suara garau menegurnya.
Lantas gadis itu berpaling ke kanan untuk melihat siapa yang bercakap dengannya tadi.
"J-jungkook" itu yang keluar daripada mulut Minjung.
"Iyalah, ni aku, Jungkook. Nampak macam tiang elektrik ke?" balas Jungkook dengan nada menyampah.
Minjung terdiam buat seketika membuatkan Jungkook mengeluh berat lalu menarik tangan gadis itu pergi ke sudut dinding.
"K-kau nak bawa aku pergi mana ni?" soal Minjung.
Jungkook tertawa besar lalu dia berpaling ketepi untuk memandang Minjung yang berada di sudut dinding itu. Sementara orang di belakangnya masih lagi berpusu-pusu untuk keluar dari situ.
"Kau nak kena tangkap dengan polis ke? Apa kau fikir polis itu akan bawa kau pergi Disneyland?" soal Jungkook sinis.Minjung terdiam lalu dia menundukkan pandangannya.
"Ikut aku, aku tahu jalan mudah untuk keluar daripada sini" kata Jungkook lalu dia mencapai tangan kanan Kim Minjung.
Buat kali pertamanya, Minjung mengikut sahaja arah jejaka itu tanpa banyak bercakap.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook dan Kim Minjung melepaskan nafas lega sebaik sahaja mereka berdua keluar daripada situ menggunakan pintu belakang.
"Yah, Kim Minjung" Jungkook memanggil gadis itu dengan suara serak basahnya.
"A-apa?" balas gadis itu.
YOU ARE READING
Golden Brain vs Golden Physical
Fanfiction▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeon Jungkook High School Fanfiction 》 《🔹️Menampilkan Pengetahuan Sains🔹️》