Waktu balik,
Chaewon p.o.v,
" Yahoo! Petang ni nak lepak kat tempat biasa tak?" Suara hitomi bertanya membuatkan semua memandangnya. Mereka serentak mengangguk. Chaewon mengerutkan dahi. Kat mana tempat tu?
" Takpe chaewon. Nanti aku bawa kau ke sana. Send alamat rumah kau nanti.." Kata yujin dan chaewon mengangguk. Hyewon memandang muka kawan-kawannya yang gembira dengan rasa bersalah sangat.
" Sorry guys. Aku tak dapat ikut korang. Aku ada hal kecemasan.." Kata hyewon. Semua memandangnya dengan muka berkerut.
" Hal apa hyewon? Kecemasan sangat ke?" Tanya sakura. Hyewon menganggukkan kepala. Tak nak berlama, dia meminta diri sebelum beredar keluar dari kelas. Chaewon memandang mereka semua yang terpinga-pinga.
" Jom.." Katanya sepatah sebelum keluar dari kelas. Dia berhenti di depan pintu memandang ke belakang. Mereka semua masih berada di tempat masing-masing memandang chaewon pelik. Chaewon mengangkat kening bertanya mengapa.
" Pergi mana? Ikut kau balik rumah kau ke?" Tanya minho. Chaewon tergelak kecil sebelum menggeleng.
" Korang nak tahu tak kenapa hyewon tak ikut kita? Jomlah.. Kita intip dia sampai jumpa sebab kenapa.." Jawab chaewon kepada soalan minho. Mereka menangguk dan cepat-cepat mengemas barang masing-masing. Hari ni semua akan balik lambat semata-mata untuk mengintip kawan baik merangkap rapper visual mereka, Hyewon anak pak cik kang.
--------
Di sebuah rumah usang,
Hyewon p.o.v
" Haelmonni okey ke? Nak makan apa-apa ke?" Tanya hyewon lembut. Dia membetulkan kedudukan tilam neneknya itu. Haelmonni hyewon menggeleng perlahan sebelum rambut hyewon diusap.
" Tak perlulah sayang.. Haelmonni cuma nak air je.." Minta wanita tua itu. Hyewon menuang sebotol air ke dalam sebuah cawan sebelum dihulurkan kepada haelmonni nya.
" Haelmonni lepas ni hyewon nak keluar. Nak pergi kerja. Mungkin hyewon balik lambat.." Kata hyewon lembut. Dia tahu yang haelmonni nya tak bagi dia kerja. Suruh dia fokus untuk belajar. Tapi kalau dia tak kerja, macam mana dia nak bayar yuran sekolah? Bil air dengan api lagi.. Belum lagi keperluan seharian mereka..
" Kan haelmonni kata tak payah kerja. Hyewon kena fokus untuk sekolah je sekarang ni. Nanti dah besar, boleh kerja bagus-bagus.." Marah wanita tua itu lagi. Hyewon hanya tersenyum nipis. Dah tahu mesti dia akan dimarahi.
" Tapi haelmonni, kalau hyewon tak kerja, kita takde duit.. Macam mana nak bayar bil rumah ni.. Dengan yuran sekolah lagi.. Susah kalau macam ni haelmonni.." Balas hyewon lembut. Akhirnya selepas berfikir masak-masak, neneknya membenarkan dia bekerja dengan syarat, dia kena fokus belajar juga.
" Hyewon pergi dulu. Sayang haelmonni. Jaga diri tau.." Kata hyewon. Dia menukar bajunya ke tshirt dan seluar sukan sebelum keluar rumah. Dia tak sedar sesuatu sedang memerhati kannya sejak dia balik rumah tadi.
Kelas F ex hyewon p.o.v
" Huwa!! Sedihanya hidup hyewon!" Tangis chan ssebelum menangis di bahu eunbi. Eunbi pasrah apabila baju sekolahnya basah dengan air mata ketua kelas F itu. Nak tolak tak sanggup. Sedih sangat budak ni..
" Senyaplah! Nanti dia dengar, pecah rahsia kita intip dia!" Marah seungmin sebelum melepuk belakang kepala chan. Chan tersengih apabila 18 orang itu memandangnya dengan muka geram.
" SHUSH! Dia dah keluar dari rumah!" Marah Yena. Mereka semua senyap sehingga hyewon sudah jauh 1 km dari mereka semua.
" Jom cepat sebelum kita hilang jejak dia.." Chaeyeon berkata tapi dia hanya menarik sakura je. Mereka memandang dia dengan sakura dengan muka blur.. Buat apa dia kata kalau dia tarik sakura seorang je? Namun, selepas itu semua mengikut sehingga hyewon berhenti di satu kedai makan.
YOU ARE READING
DIFFERENT WORLD
RandomCHAEWON YANG MENJADI MANGSA FITNAH DI SEKOLAH LAMA KINI BERPINDAH KE LILY HIGH SCHOOL. LAYANAN YANG DIBERI KEPADANYA DAN BUDAK SEKELASNYA MEMBUATKAN DIA MELETUP. KINI, DIA BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN PADA SEMUA CIKGU SEKOLAH MEREKA BAHAWA MEREKA PUN...