Puan Kim p.o.v
" Kamu semua buat apa kat sini?" Terperanjat Puan Kim melihat wad anak tirinya dipenuhi dengan kawan-kawan anak tirinya serta buku yang agak bersepah.
" Hai auntie.. Hehehe, kami tunggu chaewon sedar." Jawab eunbi. Sebenarnya dia malu dengan kawan-kawannya yang degil gila-gila ni. Sanggup Kelas F ponteng sekolah berjemaah hari ini semata-mata nak temankan chaewon sampai dia sedar.
" Alahai.. Tak perlulah susahkan diri kamu. Ni semua sama-sama ponteng, kalau report sampai kat parents kamu macam mana?" Soal Puan Kim semula. Mereka masing-masing hanya tersenyum pahit.
" Tak susah pun auntie.. Chaewon lagi banyak tolong kami dulu. Apa salahnya kami temankan dia kan.. Sambil selesaikan kerja berlambak ni. " Balas chan pula. Pensel di tangan diletakkan di atas meja. Puan Kim menggeleng melihat kedegilan kawan-kawan chaewon. Dia meletakkan sebakul buah-buahan di sebelah katil chaewon. Dia dan suaminya amat berterima kasih pada Tuhan sebab akhirnya mereka kurniakan chaewon kawan yang setia. Bukan lagi seperti dulu. Detik ketika chaewon hidup dalam kesedihan sentiasa.
" Mama?" Satu suara lembut menyapa telinga Puan Kim. Dia refleks memandang katil chaewon. Gadis itu duduk di katilnya sambil memegang kepalanya. Dengan gembira, dia mendekati katil chaewon untuk memeriksa anaknya.
" Chae okey? Ada rasa sakit kat mana-mana lagi ke?" Tanya Puan Kim kerisauan. Chaewon menggeleng sebelum tersenyum. Dahinya berkerut melihat 19 orang pelajar tersenyum mesra memandangnya. Kejap. Kenapa diaorang kat sini? Dia memandang Puan Kim meminta jawapan.
" Mereka berdegil nak tunggu kamu sedar chae.. Hari ni sanggup ponteng sekolah tunggu kamu sedar. Dah 2 hari kamu tak sedar chae.." Jawab Puan Kim. Muka chaewon berubah.
" Betullah mama? 2 hari chae tak sedarkan diri? Aduhai.." Chaewon mengeluh. Dia teringat kejadian yang terjadi sebelum dia pengsan untuk masa tu. Dia mula takut semula. Matanya bertemu dengan mata chaeyeon. Mata chaeyeon seperti bertanya mengapa dia takut melihat wanita yang dipanggil 'ibu' ketika itu.
" Auntie tinggalkan korang dulu ye. Auntie nak pergi jumpa ayah chaewon sekejap. Nanti auntie datang balik. Tolong tengokkan chaewon ye.." Mereka mengangguk perlahan. Puan Kim mencium dahi anak tirinya sebelum berlalu keluar. Ahli Kelas F mula mendekati katil chaewon.
Chaewon p.o.v
" Yeonnie dah cerita semuanya kat kitaorang. Dia bukan ibu kandung kau kan?" 'Dia' yang dimaksudkan oleh minho ialah Puan Kim. Chaewon menggeleng perlahan sebelum mengukir senyuman manis.
" Nope. Dia ibu tiri aku. Tapi dia sayangkan aku lebih daripada 'ibu' aku tu sayangkan aku. Aku dari kecil duduk dengan ibu kandung aku, tak pernah aku dapat kasih sayang dari dia. Setiap hari aku asyik fikir kenapa papa tinggalkan aku dengan ibu. Soalan yang aku tak tahu jawapan dia. Sampai satu hari, entah macam mana papa jumpa aku. Masa tu, aku baru lepas kena pukul dengan dia. Papa geram dan terus ambil aku dari dia. Papa janji papa akan jaga aku dengan baik. So, itu je lah cerita aku." Cerita chaewon dengan senyuman manis.
" Kau tipu. Cerita kau belum habis kan? Macam mana kau boleh masuk sekolah kitaorang? Kenapa kau marah dekat papa kau kalau dia janji nak jaga kau dan minta maaf atas kesalahan dia?" Tanya kembar tak sedarah chaewon pula.
" Aku tak cakap papa aku minta maaf dengan aku. Ada ke dalam cerita aku? Takde kan? Papa hanya janji tapi dia tak pernah minta maaf sebab tinggalkan aku. Lepas kejadian aku kena buang sekolah, kalau bukan sebab mama.. Mesti trauma aku makin teruk. Entah-entah aku trauma pula dengan papa. Papa aku hampir pukul aku kalau tak sebab mama dengan abang hongjoong halang." Sambung chaewon lagi.
YOU ARE READING
DIFFERENT WORLD
RandomCHAEWON YANG MENJADI MANGSA FITNAH DI SEKOLAH LAMA KINI BERPINDAH KE LILY HIGH SCHOOL. LAYANAN YANG DIBERI KEPADANYA DAN BUDAK SEKELASNYA MEMBUATKAN DIA MELETUP. KINI, DIA BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN PADA SEMUA CIKGU SEKOLAH MEREKA BAHAWA MEREKA PUN...