Di rumah chan,
Eunbi p.o.v
" Okey korang. Aku dah siap buat lagu. Nah. Yang lelaki ambil ni. Yang perempuan ambil kat eunbi." Arah chan mengedarkan kertas berisi lirik lagi itu. Untuk lelaki lagu God Menu. Untuk perempuan lagu Secret Story Of The Swan. Mereka membaca lirik lagi itu satu persatu.
" Leader memang tak pernah menghampakan kan?" Yuri bersuara selepas dia siap membaca kesemua liriknya. Tak banyak pun. Kebanyakan adalah high note.
" Terbaiklah chan! Kau macam tau je aku nak part chorus." Kata hyewon pula menunjukkan thumbs up. Walaupun liriknya tak banyak, dia tak kisah. Asalkan dapat chorus. Sementara sakura dan nako yang memegang chorus juga tersenyum riang.
" Oh? Pre chorus? Dengan eunbi? Bolehlah.. Aku tertanya-tanya macam mana rentak lagu ni. Rancak ke tak eh?" Tanya chaewon selepas siap membaca lirik itu. Eunbi menarik laptop chan yang mengandungi banyak lagu sebelum menekan satu fail yang berisi rentak lagu secret story of swan dan god menu. Dia menekan dan melodi lagu secret story of the swan kedengaran. Bibir masing-masing mengukir senyuman mendengar rentak rancak itu.
" Untuk bahagian dance break, chaeyeon center. Sebelah kiri, sakura dan chaewon. Sebelah kanan, eun dengan yena. Itu untuk verse pertama, verse kedua pula. Sebelah kanan, minju, hyewon, wony dengan yujin. Sebelah kiri, hitomi, yuri dengan nako. Chaeyeon, mu jangan banyak songeh okey. Jom kita tengok pula contoh tarian. Terima kasih kepada kakak aku, minta kawan-kawan dia tolong menari mengikut ceography yang yena dengan chaeyeon cipta." Terang eunbi panjang lebar. Kesemua ahli izone menumpukan perhatian sehingga tarian demo itu habis.
" Wah.. Memang kena berusaha ni. Jom start! Nasib baik ada sebulan masa untuk kita berlatih." Ahli izone dah start bersemangat sementara yang lelaki pula mengambil alih laptop chan.
Chan p.o.v
" Susah nak tengok izone ni bersemangat. Bersyukur aku tengok diaorang. Sekarang ni giliran kita pula. Aku akan bagi korang dengar dulu rentak lagu ni. Kalau izone start tarian dulu, kita akan start latihan vocal dengan rap dan rakam suara dulu." Kata chan. Dia mengajak mereka semua ke satu studio. Inilah rumahnya. Satu studio dengan satu bilik khas tarian. Ibu dengan ayahnya bina rumah ni untuk dia capai impian dia. Jadi penyanyi dan producer lagu.
" Siapa nak dulu. Ha. Minho masuk dulu. Diri betul-betul. Jangan nyanyi main-main. Ini melibatkan masa depan kita.." Kata chan. Minho sempat memukul bahu chan kuat sebelum dia masuk ke bilik rakaman itu. Headphone yang ada dipakai sebelum dia melihat liriknya. Nak nangis pulaklah.. Sikit gila lirik dia. Tak pelah. Asal nyanyi chorus.
------
Selepas beberapa jam berlatih,
" Aik? Korang dah habis berlatih? Laju gila.." Tegur chan. 3 jam mereka guna untuk rakam suara sebab banyak gelak ketawa sepanjang rakaman. Izone yang terduduk di lantai memandang stray kids dengan senyuman.
" Tak lama ke tu? Nak patah dah pinggang aku berlatih dari tadi. Chaeyeon pun hampir pengsan masa berlatih untuk dance break dia." Balas eunbi balik. Mata chan ke arah chaeyeon yang bersandar di dinding. Mukanya ditutup dengan rambut tapi masih nampak muka kepenatan dia.
" Oh korang rehatlah dulu. Lepas ni rakam suara pulak. Ikut korang masa persembahan nanti nak lipsync atau nyanyi live." Kata chan putus. Stray kids pula mengambil tempat untuk berlatih tarian mereka. Hanya 30 minit digunakan untuk berlatih ceography mereka sebelum masing-masing pun kepenatan. Itu baru 30 minit. Ahli izone berlatih untuk 3 jam tau. Ahli izone pula menggunakan 1 jam untuk merakan suara. Semua dengan pertolongan chan dan han yang turut mendengar kesesuaian setiap nada mereka. Selepas semuanya selesai, mereka pun duduk di hadapan televisyen menonton drama korea. Nasib dah cakap dengan keluarga masing-masing mereka ada latihan kat sekolah. Jadi mereka tak payah meredah malam untuk balik ke rumah masing-masing. Chan dah kata dia pesan pizza sebagai makan malam untuk mereka dua puluh orang.
" Korang." Suara hyunjin memecah keheningan mereka yang sedang fokus menonton drama 'Extraordinary you' di televisyen. Beberapa orang memandang hyunjin sementara yang lain masih fokus menonton drama.
" Korang rasa kita boleh menang lah untuk pertandingan ni? Atau mungkin kita akan dimalukan lagi?" Tanya hyunjin perlahan. Chan menekan butang stop di remote menghentikan drama itu sebelum memandang hyunjin. Kini mereka semua fokus dengan hyunjin.
" Entah.. Kita belum tengok kelas D dengan kelas E punya persembahan lagi. Mesti lagi hebat dari kita.." Balas wonyoung pula.
" Tapi tu bukan bermakna kita boleh putus asa dalam sekelip mata. Kita kena tunjukkan juga kekuatan kelas F. Mana tahu kita boleh kalahkan kelas D dengan E." Kata felix pula dengan senyuman.
" Ya. Kita kena berusaha untuk ini. Buktikan kat semu orang kelas F bukan sebarang kelas!" Sokong sakura. Selesai dia bercakap, kedengaran bunyi loceng rumah chan. Chan bangun dari sofa dan terus ke pintu. Pintu dibuka dan dia tersenyum nampak penghantar pizza.
" Yah. Siapa rasa dia lelaki, tolong bawakan pizza ni masuk." Jerit chan. Stray kids membawa kotak itu seorang satu. Chan membeli 7 kotak pizza. Dia membayar harga makanan itu sebelum menutup pintu kembali.
" Dah lama aku tak makan makanan tak sihat ni malam-malam. Selalu makan salad je. Bosan rasanya.." Changbin mengambil sepotong pizza peperoni. Chan hanya tersenyum melihat kesemua ahli kelas F makan dengan berselera termasuk eunbi.
" Makanlah.. Kalau tak cukup, kita boleh beli lagi. Tapi kali ni korang bayar guna duit sendirilah.. Pokai aku kalau setiap hari belanja korang.." Kata chan sambil memperli. Mereka tergelak memecahkan kesunyian di rumah besar milik chan itu.
" Kitaorang bayar guna duit kau okey?" Hyewon tak nak kalah lagi. Chan hanya menggeleng sebelum tertawa kecil. Dia menekan butang play di remote dan cerita extraordinary you di televisyen.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
DIFFERENT WORLD
RandomCHAEWON YANG MENJADI MANGSA FITNAH DI SEKOLAH LAMA KINI BERPINDAH KE LILY HIGH SCHOOL. LAYANAN YANG DIBERI KEPADANYA DAN BUDAK SEKELASNYA MEMBUATKAN DIA MELETUP. KINI, DIA BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN PADA SEMUA CIKGU SEKOLAH MEREKA BAHAWA MEREKA PUN...