Rumah Keluarga Lee,
Felix p.o.v
Seperti biasa, pagi itu Felix masih bangun dengan awal. Dia mengemas segala sampah yang ada di ruang tamu dan dapur sebelum menyediakan sarapan pagi untuk keluarga tirinya. Setelah itu, dia bersiap ke sekolah dan meninggalkan rumah dalam keadaan perut kosong. Dia tak kisah perutnya kosong asalkan dia tak muncul depan keluarga tirinya terutamanya ibu tirinya. Perempuan itu sangat benci melihatnya hanya kerana mukanya yang sama dengan ibu kandungnya yang merupakan isteri kedua Ayahnya. Ibu tirinya sangat bencikan ibu kandungnya sehingga sekarang walaupun ibunya itu sudah meninggal dunia ketika dia berumur 6 tahun.
Felix tiba di sekolah awal hari itu. Dia ingat dia orang paling awal namun apabila seseorang tiba-tiba menegurnya dari belakang, dia terkejut dan hampir terjerit. Bila memandang ke belakang, Chaewon ada di belakangnya dengan senyuman malu.
" Kau terkejut ke? Sorry... By the way, awalnya kau ke sekolah hari ni..." Kata Chaewon perlahan sebelum dia berjalan beiringan bersama Felix ke kelas F. Mereka berdua je sekrang ni ada kat sekolah. Guru-guru pun baru perlahan-lahan masuk ke kawasan sekolah.
" Ni lah waktu aku selalu ke sekolah. Kau tu yang awal hari ni apa kes?" Soal Felix pula. Yalah... Tak pernah Chaewon ke awal, tiba-tiba hari ni awal dia datang... Chaewon tersengih kecil.
" Parents aku takde hari ni. Diaorang outstation dan abang aku pulak ada meeting awal pagi ni sebab tu dia hantar aku awal. Kau dah sarapan? Aku ada bawa sarapan lebih ni... Jom makan sama-sama...." Ajak Chaewon. Felix mengangguk perlahan. Kebetulan pun dia belum sarapan. Chaewon mengeluarkan bekas sarapan yang dibawanya dari beg. Banyak betul sarapan yang diberi oleh abangnya.
" Banyaknya sarapan kau... Memang setiap hari kalau parents kau takde, abang kau akan buat brekfast banyak ni ke?" Soal felix. Chaewon mengangguk perlahan.
" Abang aku tu biasalah... Kononnya tak tahan tengok aku kecik sangat, dia kata adik kena banyak makan, supaya gemuk sikit. Ni kurus sangat, nanti terbang sebab angin." Balas Chaewon mengajuk ayat abangnya setiap pagi sebelum dia ke sekolah.
" Bagus abang kau tu. Maknanya dia jaga kesihatan kau." Kata Felix. Mereka berdua mula makan dengan senyap. Chaewon memandang ke Felix seperti ada seusatu dia nak tanya kat Felix.
" Lix, aku nak tanya soalan. Boleh? Tapi kau kena janji kau takkan marah aku." Kata Chaewon tiba-tiba. Felix hanya mengangguk perlahan.
" Kau tinggal dengan siapa sekarang? Masa weekend hari tu, aku ada nampak kau pergi rumah abu dan gambar perempuan kau lawat tu macam ibu kau... Kau tinggal sendiri ke sekarang?" Soal Chaewon berhati-hati. Felix tertawa kecil.
" Buat apa aku nak marah dengan soalan tu. Aku tak tinggal sendiri. Aku tinggal dengan ayah aku dan keluarga tiri aku." Kata Felix membalas kata-kata Chaewon. Chaewon mengangguk tanda faham.
" Tapi family tiri aku tak macam family tiri kau, Chae. Family kau baik dengan kau kan? Family aku tak. Aku ada dua kakak tiri. Ibu kandung aku isteri kedua ayah aku. Dia meninggal dunia masa aku umur 6 tahun. Dia meninggal dengan adik aku yang masa tu baru nak lahir. Dua ahli keluarga tinggalkan aku serentak. Aku tinggal dengan ayah aku sejak tu dan aku tak dibenarkan muncul dengan ibu tiri aku. Dia bencikan aku sebab muka aku dengan muka mak aku hampir sama. Setiap kali dia tengok aku, itu akan mengingatkan dia dengan mak aku dan dia benci benda tu." Cerita Felix panjang lebar. Chaewon mengangguk faham.
" Kenapa kau cerita kat aku tapi dekat yang lain kau tak bagitahu?" Tanya Chaewon lagi. Dia sangat nak tahu semuanya tentang Felix.
" Aku tak nak susahkan diaorang. Jadi aku rahsiakan dari sesiapa. Tapi untuk kau, aku tak tahu kenapa aku nak bagitahu kau sangat-sangat..." Kata Felix. Chaewon mengangguk. Entah dia pun tak tahu kenapa Felix ceritakan semuanya kat dia.
" Lix, jangan risau. Aku tak cerita kat sesiapa punya pasal kau." Ucap Chaewon ketika yang lain sampai dan masuk ke kelas. Felix mengangguk perlahan. Dia percayakan Chaewon.
--------
Waktu balik,
" Ayah?" Felix sedikit terkejut melihat ayahnya bersama ibu tirinya berada di depan sekolah. Ayahnya tersenyum melihat dirinya sedangkan ibu tirinya memandangnya dengan perasaan bersalah. Dua kakak tirinya juga ada dalam kereta itu.
" Lix. Ayah nak ajak kau cuti kat Jepun. Jumpa keluarga ibu kau kat sana. Jadi minggu ni kau tak sekolah. Ayah jumpa cikgu kau kejap. Tunggu dengan ibu dalam kereta ye..." Kata Tuan Lee sebelum meninggalkan Felix bersama Puan Lee dan dua kakak tirinya. Suasana jadi canggung ketika itu.
" Felix, aku dengan Alice nak minta maaf dengan kau. Kami dah banyak sakitkan hati kau dan ejek kau. Rupanya selama ni bukan salah kau tapi salah Ayah. Ayah yang paksa mak kau untuk kahwin dengan dia. Kitaorang minta maaf." Kakak tirinya yang bernama Patricia berkata. Kakak tiri keduanya, Alice juga mengangguk. Felix terdiam. Dia tak tahu nak cakap apa.
" Ibu nak minta maaf juga Felix... Ibu salah. Ibu sebenarnya cuba nak anggap kau jadi anak ibu tapi ibu tak mampu bila ibu ingat mak kau goda ayah untuk kahwin dengan dia... Tapi rupanya bila ibu tahu hal sebenar, ibu rasa bersalah sangat. Mak kau tak pernah salah. Dia dipaksa. Maafkan ibu ye Felix. Maaf ibu mendera kamu selama 10 tahun ni..." Kata Puan Lee perlahan.
" Takpe ibu, Kakak-kakak... Felix dah maafkan ibu dengan kakak semua. Felix faham perasaan korang bila tahu Ayah kahwin dengan Mak Felix." Kata Felix. Alice dengan Patricia serentak memeluknya.
" Mulai sekarang kau kena panggil kitaorang berdua kakak. Faham? Kami kakak kau sekarang dan kau adik kami!" Kata Alice. Felix mengangguk di dalam pelukan kakaknya. Puan Lee memerhati mereka bertiga dengan senyuman manis.
" Dan panggil saya ibu ye. Jangan panggil Puan Lee lagi. Faham?" Kata Puan Lee pula. Felix mengangguk faham. Seketika kemudian, Tuan Lee datang kembali.
" Maafkan ayah juga Felix untuk kesalahan ayah. Disebabkan ayah, kamu merana selama ni..." Kata Tuan Lee pula. Felix menganggukkan kepala perlahan. Dia tak tahu apa jadi tapi dia gembira kerana dia dah ada keluarga yang mencintai dia. Keluarga kedua dia selepas kelas F.
" Mari kita ke Jepun. Jumpa keluarga mak kamu kat sana...."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
DIFFERENT WORLD
De TodoCHAEWON YANG MENJADI MANGSA FITNAH DI SEKOLAH LAMA KINI BERPINDAH KE LILY HIGH SCHOOL. LAYANAN YANG DIBERI KEPADANYA DAN BUDAK SEKELASNYA MEMBUATKAN DIA MELETUP. KINI, DIA BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN PADA SEMUA CIKGU SEKOLAH MEREKA BAHAWA MEREKA PUN...