Sakura p.o.v
" Cik muda, sarapan dulu?" Suara pembantu rumahnya membuat kaki sakura berhenti melangkah. Untuk tidak mengecewakan pembantu rumahnya itu, dia menuju ke meja makan. Kakinya berhenti sekali lagi melihat kelibat ibu dan ayahnya turut ada di meja makan. Namun, dia tidak menghiraukan mereka dan duduk di tempatnya terus.
" Kkura, happy birthday. Anak papa dah 12 tahun juga akhirnya.." Kata-kata Tuan Miyawaki mematikan selera sakura 100 peratus. Pembantu rumah kelihatan serba salah. Sakura tersenyum senget sebelum meneguk milo di dalam cawan. Takde selera.
" Pa, Anak tunggal papa ni dah 16 tahun. Bukan 12 tahun lagi. Nampak sangat papa tak pernah nak ambil tahu pasal kkura kan? Ahjumma, kkura dah sarapan. Nak pergi sekolah dulu." Kata Sakura tanpa memandang belakang. Puan Miyawaki langsung tak memandang anak tunggalnya itu. Sakura benci segala-galanya di hidupnya. Ibu, ayahnya, sekolah dan segala-galanya. Hanya rakan-rakannya sahaja yang dia sayang di dunia ini.
" Kalau setakat hanya ingat hari jadi kkura, tak payah jadi ibu ayah kkura." Ucapnya lagi sebelum keluar dari rumah menuju ke sekolah. Menyambut hari jadi kat sekolah lagi best. Lagi seronok dari bersama keluarga sendiri.
--------
Seoul Art High School,
Kelas F,
" Happy birthday kkura!!!" Hampir melatah sakura sebaik sahaja membuka pintu kelas F yang tertutup. 19 rakan sekelasnya yang menjerit hampir serentak tadi terkekeh ketawa melihat telatahnya. Sakura tersenyum kecil melihat dekorasi kelasnya yang penuh dengan warna pink dan bunga-bunga sakura. Sesuailah dengan nama Sakuranya tu kan?
" Nah.. Ni hadiah special dari kitaorang.. Chaeyeon dengan Minju penat design bunga ni tau.. Dan kek.. Eh? Wony.. Kek mana?" Wonyoung yang sedar kek takde di tangannya kelam kabut mencari kek namun dia lega melihat kek di atas tangan Hyunjin.
" Ni pun special. Kek dibuat sendiri. Tapi ni yang kedua. Kek pertama masin nak mampus. Chan Hyung letak garam daripada gula. Ketua kelas kita tak pandai bezakan garam dengan gula." Kata Hitomi pula sebelum tergelak kecil. Sakura tersenyum menyambut bunga yang diberi oleh chaeyeon kepadanya. Dan juga kek yang dibuat khas oleh rakan-rakannya.
YOU ARE READING
DIFFERENT WORLD
De TodoCHAEWON YANG MENJADI MANGSA FITNAH DI SEKOLAH LAMA KINI BERPINDAH KE LILY HIGH SCHOOL. LAYANAN YANG DIBERI KEPADANYA DAN BUDAK SEKELASNYA MEMBUATKAN DIA MELETUP. KINI, DIA BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN PADA SEMUA CIKGU SEKOLAH MEREKA BAHAWA MEREKA PUN...