BAB 21- CHANGBIN AND HIS STORY

39 6 2
                                    

Changbin p.o.v

      " Bye guys... Jumpa esok..." Changbin melambai pada rakan-rakannya sebelum laju berlari ke arah rumahnya. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia membuka kasut dan berdoa semoga ayahnya tak balik lagi ke rumah sebelum masuk ke dalam rumah. Dia bersyukur melihat rumah sunyi dan botol botol kaca berlimpangan di ruang tamu. Pantas pintu rumah ditutup sebelum dia masuk ke biliknya. Beg diletakkan di atas katil dan baju ditukar ke baju yang lebih kasual. 

     Botol botol kaca yang bergelimpangan di ruang tamu dikemas terlebih dahulu. Baik kemas sebelum ayahnya balik. Kalau ayahnya balik dan tengok keadaan rumah yang bersepah, nanti dia akan marah. Dan kalau Tuan Seo marah, dia akan dipukul sekali lagi. Dan dia tak sanggup. Luka akibat dipukul semalam pun masih pedih lagi. Dia terpaksa buat muka selamba walaupun badannya agak sakit di sekolah tadi.

     Kalau yang lain berkongsi cerita hidup mereka, Changbin lain. Yang kawan-kawan dia tahu hanya ibunya sudah tiada dan dia hidup bersendiri. Mereka tak tahu Ayahnya masih ada dan ayahnya pukul dia hampir setiap hari. Bukan tak nak bercerita tapi dia jenis sorokkan masalahnya dari sesiapa pun. Tak kira rapat atau tidak dengannya.

      " Ayah dah balik ke?" Kelam kabut Changbin menyiapkan makanan mendengar pintu rumahnya dibuka. Sosok lelaki bertubuh tinggi berdiri di hadapan pintu dapur membuatkan dia agak takut. Botol arak di tangan lelaki itu lagi menakutkan Changbin.

     " Ayah, Changbin dah siap masak dan kemas. Ayah makanlah ye... Changbin nak masuk bolik dulu..." Baru je Changbin nak ke biliknya, rambutnya ditarik kasar oleh Tuan Seo dan dia dibawa ke ruang tamu. Tali pinggang yang digunakan dibuka dan dengan kuat dia memukul anaknya itu dengan perasaan geram dan marah.

      " Kenapa kau lahir kat dunia ni, anak tak guna? Sebab kaulah, isteri aku takde. Sebab nak lahirkan anak tak guna macam kau ni isteri aku mati! Kau memang anak tak guna!" Changbin cuba melindungi dirinya daripada libasan tali pinggang milik ayahnya malangnya libasan it terlalu kuat. Kulitnya yang mulanya hanya nampak luka libasan yang samar-samar mula mengalirkan darah semula. 

     " Ibu mati sebab ayah! Ayah bunuh ibu! Ayah bunuh ibu masa dia cuba lindungi Changbin! Ayah sebenarnya yang tak guna!" Jerit Changbin sekuat hati. Berharap Ayahnya akan marah dan meninggalkannya sendirian lagi malangnya Ayahnya terlalu marah sehingga dia terus memukul Changbin bertalu-talu sehingga akhirnya dia merasa penat. Tali pinggang dibaling ke lantai dan botol arak di tangan dibaling betul-betul bersebelahan dengan anaknya. Changbin masih meringkuk menahan sakit di lantai. Akhirnya dia mengangkat muka apabila mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup dengan kasar. Ayahnya dah keluar semula. Dia menghela nafas lega. Dengan menahan sakit, dia menuju ke biliknya dan menutup pintu dengan lembut. Berjalan ke tilam yang menjadi tempat tidurnya sebelum mencapai frame gambar ibunya.

      " Ibu, Bin rindu ibu... Kenapa Ibu tinggalkan Bin seorang diri? Bin rindu ibu..." Changbin menangis memeluk gambar ibunya dengan perlahan. Dia rasa sakit di keseluruhan badannya termasuk hatinya. Ayah mana yang sanggup pukul anakya teruk macam ni? Rasanya mungkin ayahnya sahaja yang sanggup.

-------------

Keesokan harinya,

Di sekolah,

      Walaupun masih sakit akibat pukulan ayahnya, Changbin tetap menggagahkan diri untuk ke sekolah. Dia takut kalau dia tak datang sehari, mereka pecah masuk rumah dia macam rumah Han dan akan tahu rahsia yang dia sembunyikan selama ni. Dia tak nak tu terjadi. Dan dia kena berhati-hati dengan Chaewon.

      " Hey Bro... Apasal muka kau pucat semacam ni? Tak cukup makan ke? Abang Chae belanja kelas kita pizza hari ni. Jomlah makan..." Kata Felix selepas menepuk belakang Changbin. Changbin mengaduh menahan rasa sakit akibat pukulan Felix. Tak kuat pun pukulan dia, cuma sangat sakit bila bergesel dengan luka libasan tali pinggang semalam.

      " Kau okey tak, Bin? Kenapa muka kau pucat?" Soal Minju yang kebetulan melihat muka Changbin. Makin lama makin pucat wajah lelaki itu. Felix merenung ke arah belakang Changbin. Takkanlah? Dia pantas menarik bahagian belakang baju Changbin untuk mendedahkan luka libasan tali pinggang. Mereka semua terkejut melihat apa yang ada di belakang Changbin.

      " Siapa buat ni, Bin? Ayah kau? Ayah kau yang kau tak pernah ceritakan kat sesiapa pun?!" Bentak Chan. Changbin malas nak melawan hanya mengangguk. Masih menahan sakit yang teramat.

      " Ayah kau? Kau cakap Ayah kau hilang..." Soal Hyunjin perlahan. Tak percaya dia ditipu oleh Changbin. Padahal dia betul-betul percaya yang Ayah Changbin dah hilang dari dunia. Yuri menepuk belakang mengisyaratkan Hyunjin senyap.

      " Aku minta maaf... Aku tipu korang. Aku just tak suka orang dengar masalah keluarga aku. Korang masing-masing pun ada masalah sendiri kan? AKu tak nak korang menyibukkan diri tolong aku tapi korang sendiri tengah sengsara. Maafkan aku." Minho menepuk bahu Changbin dengan perlahan.

     " Kita lebih dari kawan Changbin. Kita sekeluarga. Apa je masalah kita kena berkongsi bersama. Faham?" Changbin hanya mengangguk perlahan. Pintu bilik rehat mereka dibuka. Nako masuk bersama dengan Hitomi yang membawa kotak kecemasan. Nako menyapu ubat untuk menghilangkan rasa sakit manakala Hitomi membalut luka itu perlahan. Changbin hanya tersenyum melihat mereka berdua.

      " Okey. Mulai sekarang aku dah fikirkan. Kau akan tinggal dengan aku. Jangan cakap apa-apa. Kejap lagi kita ke rumah kau dan ambil barang-barang kau. Start hari ni dan selamanya, kau akan tinggal dengan aku. Tak boleh bantah. Aku tak nak dengar bantahan." Kata Minho lagi. Changbin hanya mengangguk. Yalah... Baik dia duduk dengan Minho dari diseksa ayahnya lagi. Matanya memandang ke Chaewon. Tangan Chaewon menulis sesuatu di dalam telefon sebelum dia memandang ke Changbin dan tersenyum kecil.

Chaewon p.o.v

Chaewon: Abang, cari Tuan Seo. Ayah kepada Seo Changbin. Chae nak kerjakan dia.
Hongjoong: Menurut perintah Tuan Puteri Kim.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DIFFERENT WORLDWhere stories live. Discover now