Nako p.o.v
" Appa, Nako nak pergi sekolah dulu..." Nako menyarungkan kasut sekolahnya perlahan. Tuan Yabuki yang melihat anaknya dah bersedia pantas menahan Nako sebelum dia berjalan ke sekolah.
" Laju sangat nak pergi sekolah kamu ni. Breakfast pun tak sempat. Ni Appa siapkan bekalan kamu. Makan kat sekolah eh?" Nako mengangguk sebelum mengambil beg makanan yang disediakan oleh ayahnya. Keluarga mereka tak kaya harta seperti keluarga orang lain, dia hanya kaya dengan kasih sayang ayahnya yang sentiasa memanjakan dia sejak ibu dan ayah dia bercerai.
" Okey Appa.. Nako pergi dulu." Nako menyalam tangan Tuan Yabuki sebelum melambai ayahnya. Dia berjalan ke sekolah kerana rumahnya dekat dengan kawasan sekolah. Tiba di sekolah, dia melihat sekolah yang bersih dan seperti ada perayaan diadakan di sekolah. Apahal pulak ni? Nak kata Hari sukan, belum sampai lagi...
" Selamat pagi!" Nako masuk ke kelas. Kelas masih tak penuh dengan orang. Dia datang awal hari ni. Dia meletakkan begnya di tepi Hitomi. Hitomi juga datang awal dan sedang sedap membuat tahi mata. Nako yang malas nak menganggu mendekati Eunbi untuk bertanya soalan.
" Eunbi shii... Kenapa sekolah nampak macam lain je hari ni? Ada apa-apa perayaan ke?" Soal Nako dengan mata bulatnya. Eunbi yang sedang bermain telefon mengangkat muka memandangnya dan mengangguk perlahan.
" Hari ni Hari Ibulah... Nako lupa ke? Eh, sorry Nako shii... Eun tak bermaksud..." Nako tersenyum pahit. Eunbi menampak pipinya perlahan. Aduhai... kenapa dia cakap pasal ibu sekarang ni? Nako takde ibu. Dia pun entah kenal ke tak ibunya.
" Takpe Eun.. Nako faham. Ibu tiri Eunbi datang hari ni ke?" Eunbi mengangguk perlahan. Eunbi bertuah sebab dia mempunyai ibu tiri. Dia? Appa nya dah penat bercinta dan tak nak kahwin lagi. Dia nak fokus membesarkan Nako walaupun dia seorang diri.
" Okeylah... Nako nak duduk dulu.." Satu persatu murid kelas F datang dan duduk di tempat masing-masing. Ibu para pelajar datang pukul 7.30. Tepat pukul 7.30, Nako melihat satu persatu ibu-ibu para pelajar masuk ke dalam kawasan sekolah dan terus ke dewan. Pukul 8.00 pagi baru para pelajar menuju ke arah Dewan sekolah.
Dewan Sekolah,
Author p.o.v
" Hmm.... Cemburunya..." Gumam Nako perlahan melihat rakan-rakannya bersama dengan ibu mereka. Tak ramai ibu pelajar Kelas F datang. Yang datang, ibu Eunbi, ibu Chaewon, nenek Chan, Nenek Hyewon, Ibu wonyoung dan ibu Jeongin. Pelajar kelas F yang lain hanya duduk di belakang memerhati rakan mereka dengan perasaan cemburu.
" Kalaulah ayah aku tak bunuh ibu, mesti dia ada peluk aku sekarang..." Gumaman Changbin kedengaran. Ibunya dibunuh oleh ayahnya ketika dia cuba mempertahankan Changbin.
" Kalaulah ibu aku layan aku dengan yang lain sama rata..." Rungut Han pula. Dia sekarang duduk dengan Minho. Minho pun duduk sendirian setelah dia dihalau keluar kerana nak jadi penari.
" Kalaulah ayah tak mati masa pergi uji bakat tarian tu..." Chaeyeon berbisik pada dirinya perlahan. Mesti ibu dia takkan benci dia sekarang ni.
" Kalaulah dari awal aku menceburi bidang muzik ni.. Mesti takkan ada kebencian dalam keluarga aku..." Keluh Minju pula. Nako melihat satu persatu kawannya mengeluh kerana ibu mereka tak datang hari ni. Tiba-tiba pintu dewan dibuka. Aik? Bukan ibu semuanya dah datang ke?
" Nako!" Nako mengangkat muka memandang ayahnya di Pintu dewan. Dia masuk ke dalam dewan mendapatkan sang anak tanpa mempedulikan banyak mata memandangnya dengan tatapan pelik.
" Encik, maaf sekarang hari Ibu. Bukan Hari Bapa. Encik salah tarikh ni..." Tegur salah seorang cikgu. Tuan Yabuki tak mempedulikan teguran itu. Dia mendekati anaknya dan memeluk Nako lembut. Nako membalas pelukan ayahnya sebelum tersenyum ceria.
" Maaf. Tapi, bagi anak saya, sayalah ayah dia.. Saya jugalah ibu dia. Jadi, saya kena datang hari ni." Balas Tuan Yabuki. Nako mengangguk bersetuju. Dia tak kisah orang cakap dia anak yatim. Dah memang kenyataan ibu dia tinggalkan dia waktu dia masih kecil. Dan dia cuma ada ayahnya sahaja menjadi ibu dan ayah baginya.
" Err...." Cikgu sekolah hilang kata-katanya. Dia tak tahu macam mana nak balas sebab dia tahu bagi anak yatim, ibu dan ayah mereka ialah orang yang sama. Jika ibu menjaga mereka, ibu itu akan jadi sosok ayah juga baginya. Sama seperti dijaga ayah juga. Macam Nako.
" Tapi Encik tetap tak dialu-alukan di sini. Boleh berambus." Guru Kelas A menghalau ayah Nako selamba. Nako menghalang cikgu itu menghalau ayahnya. Baru je tangan Cikgu tu nak mendarat di pipi Nako, ada satu tangan menghalang tangan cikgu itu.
" Saya tak rasa apa yang dikatakan oleh Tuan Yabuki itu salah. Memang dia ialah ibu dan ayah untuk Nako. Kenapa dia tak dibenarkan di sini pada Hari Ibu Sedunia? Dia yang jadi sosok ibu bagi Nako ketika dia masih kecil sampai sekarang." Puan Kim yang menghalang. Dia tahu pengaruh suaminya agak kuat di sekolah ini, jadi tiada sesiapa yang berani membantahnya. Baik dia masuk campur.
" Mama, dia mana faham. Dia tak pernah fikir pasal anak-anak yang tiada ibu. Kelas dia kan semuanya perfect nampak di mata dia. Budak Kelas A hisap rokok, Kelas F yang dituduh. Budak Kelas A ponteng kelas entah berapa banyak kali, Budak Kelas F yang ponteng kelas akibat kecemasan dikenakan hukuman..." Kata Chaewon perlahan sebelum memeluk lengan Puan Kim. Senyuman sinis dilontarkan kepada Cikgu Kelas A.
" Saya juga setuju yang Ayah Nako patut datang sini. Cikgu tak tahu tak payah nak masuk campur." Ibu tiri Eunbi pula masuk campur. Cikgu Kelas A pergi dari situ sebelum makin ramai yang marah akan dirinya.
" Appa datang hari ni... Nako happy sangat. Nako ingat appa lupa pasal hari ni." Kata Nako perlahan dengan suara yang sangat lembut. Tuan Yabuki mengusap rambut anaknya lembut.
" Mana mungkin Appa lupa event macam ni sayang? Appa kan ibu dan ayah untuk kamu..." Nako memeluk Tuan Yabuki lagi. Ibu dan Nenek pelajar Kelas F melihat perlakuan dua beranak itu dan tersentuh. Tak kurang juga beberapa pelajar Kelas F cemburu kerana Nako mendapat kasih sayang yang cukup dari Tuan Yabuki.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
DIFFERENT WORLD
RandomCHAEWON YANG MENJADI MANGSA FITNAH DI SEKOLAH LAMA KINI BERPINDAH KE LILY HIGH SCHOOL. LAYANAN YANG DIBERI KEPADANYA DAN BUDAK SEKELASNYA MEMBUATKAN DIA MELETUP. KINI, DIA BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN PADA SEMUA CIKGU SEKOLAH MEREKA BAHAWA MEREKA PUN...