BAB 18- HITOMI AND HARUTO

53 9 0
                                    

Hitomi p.o.v

      Kaki Hitomi berlari laju ke arah sekolah rendah yang berada agak jauh dari sekolahnya. Dari jauh, kelihatan seorang budak lelaki duduk di bus stop sambil kakinya bermain dengan tanah. Budak lelaki itu mengangkat muka dan tersenyum gembira apabila melihat Hitomi.

       " Kakak! Lambatnya kakak! Penat adik tunggu!" Jerit budak lelaki itu melihat Hitomi. Hitomi tercungap-cungap mengambil nafas apabila tiba di depan adiknya itu. Dia menggosok kepala budak lelaki itu lembut.

      " Maaf Haruto. Kakak janji lain kali kakak takkan lambat lagi ye. Kita pergi kedai aiskrim ye. Kakak belanja aiskrim." Mendengar perkataan aiskrim, Haruto yang mulanya nak marah kakaknya terus riang germbira. Aiskrim adalah satu-satunya benda yang buat dia gembira. Mereka berdua berjalan berpegang tangan menuju ke kedai aiskrim. Tiba di kedai aiskrim, Haruto teruja melihat semua perisa aiskrim yang ada. Walaupun teruja tengok semua tu, Hitomi tahu adiknya hanya suka satu perisa aiskrim sahaja.

     " Ruto nak aiskrim perisa apa?" Soal Hitomi perlahan walaupun dia dah tahu jawapan adiknya. Haruto tersengih dan menunjukkan perisa coklat pada kakaknya. Hitomi mengangguk dan memesan aiskrim coklat untuk adiknya. Dia tak memesan untuk dirinya kerana dia kurang berminat dengan aiskrim.

     " Nah untuk Ruto. Jom kita balik." Ajak Hitomi. Pada petang yang hening itu, kelihatan dua beradik yang berpegangan tangan berjalan bersama-sama balik ke rumah. Si kakak yang memandang adiknya dengan penuh kasih sayang dan si adik yang riang kerana dapat makan aiskrim pada waktu petang.

-------

Rumah Keluarga Honda,

       " Sikitnya kakak makan.. Kakak diet ke? Janganlah diet. Kakak dah cukup kurus dah untuk diet..." Bebel Haruto melihat kakaknya makan dengan amaun yang sedikit sahaja. Hitomi hanya tersenyum dan mengelus kepala Haruto. Dia takde selera sebenarnya mengenangkan hanya tinggal beberapa minit sebelum ibu dan ayahnya balik.

      " Makan cepat sikit Ruto. Kejap lagi Omma dengan Appa balik. Kita kena masuk bilik sebelum mereka balik." Kata Hitomi. Selesai Haruto makan, dia membasuh pinggan makan mereka berdua. Ketika dia tengah leka membasuh pinggan yang digunakan, pintu rumah terbuka menandakan salah seorang dari parents mereka dah balik. Hitomi berpaling ke arah Haruto.

      " Adik naik atas. Kunci pintu macam biasa. Jangan buka walaupun apa-apa bunyi yang adik dengar. Kakak naik kejap lagi." Arahnya dan Haruto menganggu. Nasib tangga ke tingkat dua rumah berada di dapur jadi ibu atau ayah mereka takkan nampak Haruto lari naik ke bilik. Hitomi terus membasuh pinggan sehingga suara seorang perempuan kedengaran.

      " Adik mana Tomi?" Suara Puan Honda. Hitomi menunjukkan ke atas sebelum mengeringkan pinggan yang digunakan. Dia mengambil pinggan yang lain dan meletakkan di depan Puan Honda yang mengambil tempat di meja makan.

     " Omma nak makan, makanlah... Nasi ada lagi tu. Tomi nak basuh baju dulu..." Kata Hitomi sebelum berlalu ke bilik belakang. Kesemua baju yang ada dia perlu basuh dengan tangannya sendiri. Mesin basuh rosak dan tak dihantar untuk baiki lagi. Ibu bapanya selalu bergaduh sampai lupa nak hantar mesin basuh ke kedai. 

      " Awak tu yang asyik sibuk kerja sampai lupa ank kat rumah! Tomi dengan Ruto tu macam membesar takde kasih sayang ibu tau sebab awak!" Suara Tuan Honda kedengaran ketika Hitomi selesai membasuh helaian baju yang terakhir. Dia mengeluh perlahan. Dah start semula pergaduhan antara Tuan Honda dan Puan Honda.

      " Salah saya? Awak tu yang salah! Siapa perempuan yang tadi tu hah?! Skandal awak yang keberapa?" Suara Puan Honda pula kedengaran. Hitomi mengeluh lagi sebelum membasuh tangannya yang bersabun di sinki. Gaduhlah asalkan jangan sampai menganggu adiknya. Adiknya nak tidur sebab esok sekolah.

     Selesai membasuh tangan, Hitomi terus naik ke biliknya yang dikongsi dengan Haruto. Menggunakan kunci pendua, dia membuka pintu bilik dan menutupnya dengan kuat. Hitomi bersandar di pintu bilik itu dan menangis dengan suara perlahan. Dia penat dengan semua ni. Sejak Haruto lahir, ibu dan ayahnya selalu bergaduh. Alasannya kerana Haruto tidak seiras dengannya atau dengan mana-mana ahli keluarga yang lain. Ayah selalu mengatakan yang ibunya curang manakala ibunya mengatakan ayahnya yang selalu ada banyak skandal. Ayahnya sangat bencikan Haruto dan selalu memukul adiknya itu jika dia takde sebab tu dia selalu memaksa adiknya naik ke bilik dan mengunci pintu apabila bapa mereka balik. Dia takut Haruto akan dipukul lagi.

      " Kakak...." Hitomi mengangkat muka memandang Haruto di depannya. Dia membuka tangan dan memeluk Haruto erat. Haruto turut menangis di dalam pelukannya. Dia masih kecil tapi dia faham kenapa kakaknya menangis. Kadang-kadang dia menyalahkan dirinya kenapa dia lahir. Kalau dia tak lahir mesti keluarga mereka akan damai je. Tapi kakaknya selalu marah dan mengatakan Haruto adalah alasan kenapa dia masih hidup di dunia ini.

      " Maafkan Kakak Ruto. Maafkan kakak sebab Ruto terpaksa membesar dalam keadaan macam ni." Hitomi berbisik perlahan sebelum mencium kepala Haruto. Dia mengusap rambut adiknya dengan lembut.

      " Kakak tak salah. Jangan salahkan diri kakak. Bukan kakak yang minta untuk Ruto membesar dalam keadaan macam ni. Kakak adalah kakak yang terbaik dalam dunia ni." Balas Haruto dengan suara lembut. Hitomi mencium lagi kepala adiknya sebelum dia mengunci pintu bilik semula. Dia dan Haruto berbaring di atas katil menghadap sesama sendiri.

     " Kakak, adik janji bila adik besar nanti, adik akan lindungi kakak daripada semua orang jahat. Adik janji kakak akan jadi orang paling bahagia dalam dunia ni." Bisik Haruto perlahan. Hitomi yang masih mendengar mengelap air mata adiknya perlahan.

     " Kakak akan tunggu dan bertahan sampai adik besar. Jadi, membesarlah dengan baik adikku, Honda Haruto."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DIFFERENT WORLDWhere stories live. Discover now