BAB 14- EUNBI NEW MOTHER

85 16 5
                                    

Eunbi p.o.v

     " Papa! Eun dah balik!" Eunbi menjerit dengan kuat sebaik sahaja menutup pintu rumahnya. Dia meihat ada dua pasang kasut di tempat meletak kasut. Satu tu kasut papa, satu lagi? Macam kasut perempuan. Dia menuju ke ruang tamu dan melihat papanya bersama seorang wanita yang sangat cantik. Macam mendiang ibunya.

    " Ah.. Anak papa dah balik. Sini Eun. Papa nak kenalkan dengan ibu baru kamu. Ni Kim Ayoung. Bakal isteri papa. Bakal ibu tiri kamu." Ayoung tersenyum cantik ketika Tuan Kwon memperkenalkan tentang dirinya. Eunbi menatap wanita itu tak suka.

    " Papa tak sayang mama lagi ke? Kenapa papa nak kahwin dengan perempuan ni? Cepat betul papa lupakan mama!" Marah Eunbi. Tuan Kwon bangun dari duduknya dan memandang ke anak perempuannya sebelum mengeluh perlahan.

    " Eun, papa masih sayang mama kamu. Tapi papa perlukan peneman hidup juga sayang.. Mama tetap isteri papa yang paling papa sayang. Sama macam kamu. Papa cuma perlukan peneman hidup yang boleh jaga papa macam mama kamu jaga papa dan kamu eun.." Ucap Tuan Kwon perlahan. Eunbi tak dapat menerima kata-kata ayahnya. Dia terus naik ke atas dan menghempas pintu biliknya. Eunbi menangis teresak-esak sambil bersandar ke pintu rumahnya. 

     " Papa dah tak sayang mama lagi... Nanti ada anak baru mesti papa akan bencikan eun juga.." Gumam Eunbi perlahan. Gambar ibunya yang diframe di tepi katilnya diambil dan dia memeluk gambar itu perlahan. Mama! Eun tak nak ibu baru.. Eun nak mama je...

     " Kwon eunbi.. Buka pintu ni. Bagi papa jelaskan sayang..." Tuan Kwon mengetuk pintu bilik Eunbi malangnya tak disahut gadis itu. Dia menukar seragam sekolahnya ke seluar track dan hoodia bewarna hitam sebelum melompat turun dari tingkap biliknya. Nasib tak tinggi dan nasib dia landing kat rumput lembut.

Tuan Kwon p.o.v

    " Eunbi?" Pintu bilik anak gadisnya itu dibuka dengan perlahan. Tiada kelibat anak gadisnya dan tingkap terbuka luas. Tak payah teka. Anak perempuannya sekali lagi melompat melalui tingkap lah tu.. Macam biasa kalau dia nak lari dari masalah dalam rumah.

-------

Di sebuah kedai makan,

    " Serius? Kau panggil aku ke sini sebab nak mengadu eun? Bukan kau cakap tadi ha emergency ke? Ni emergency kau?" Sakura menepuk dahinya mendengar penerangan eunbi. Aduhai.. Sebab ni je ke dia berlari macam orang kena kejar hantu lepas eunbi hantar mesej?

    " Ni emergency tau! Papa aku kahwin lagi dan dia mesti akan lupakan aku lepas dia dapat anak baru nanti.." Balas Eunbi pula.

    " Lagipun mesti ibu tiri aku akan dera aku nanti. Bukan ke semua ibu tiri jahat-jahat?" Sambung Eunbi lagi. Dia terdengar ketawa kecil di belakangnya. Pantas dia memandang ke belakang. Ada Chaewon dan wonyoung di belakangnya.

     " Bukan semua ibu tiri jahat penolong ketua kelas oi.. Kalau ibu tiri aku jahat, dah lama aku lenyap dari dunia ni tau.. Kan wony?" Soal Chaewon pada Wonyoung. Wonyoung mengangguk setuju. Mereka berdua mengambil tempat di meja yang sama dengan eunbi dan sakura.

    " Tapi aku nampak perempuan tu macam jahat je.. Aku tak nak! Kalau dia betul-betul jahat macam mana?" Soal Eunbi lagi sambil pout. Dia rasa macam rakan-rakannya menyokong ibu tirinya dari menyokong dirinya.

     " Well, mungkin kitaorang akan selamatkan kau bila kau kena dera dengan dia. Jangan risaulah.. Aku percaya ayah kau dah tahu perangai ibu tiri kau sebelum dia kahwin dengan ibu tiri kau tu. Jangan risau sangatlah.. Semuanya akan okey je. Dan kau anak kandung ayah kau. Mana mungkin dia akan lupakan kau walaupun dia dah ada anak baru. Kau satu-satunya kenangan dia dengan mendiang ibu kau kan?" Kata Wonyoung pula. Sakura menganggukkan kepala setuju dengan kata-kata wonyoung. Eunbi juga menganggukkan kepala.

     " Ikut kaulah nak percayakan ke tak ibu kau tu.. Tapi, kalau kitaorang tahu dia dera kau, memang mati dia.." Kata Chaewon pula. Dia dan wonyoung meminta diri untuk ke tempat lain kerana makanan yang dibungkus mereka telah siap. Sakura pun meminta diri kerana dia nak berjumpa dengan abang sepupu dia sekejap. Baru je Eunbi nak keluar dari kafe, hujan turun dengan lebatnya. Dahlah dia tak bawa payung apa-apa.. Haih.. Terpaksalah.

     Eunbi menghela nafas perlahan sebelum mengetatkan ikatan tali kasutnya. Dia berlari ke arah rumahnya meredah hujan lebat itu. Basah kuyup bajunya apabila dia sampai ke rumah. Ketika itu, ibu tirinya berada di ruang tamu. Ibu tirinya sangat terkejut melihat dirinya. Dia naik ke atas dengan cepat. Eunbi mengeluh sebelum membuka kasutnya.

     " Kenapa kamu tak telefon supaya papa aku ambil kamu je? Ataupun telefon rumah biar saya ambilkan kamu eunbi?" Satu tuala membelut tubuh yang masih menyarung baju basah manakal satu lagi tuala di kepala mengelap rambutnya yang basah. Eunbi terkaku memandang wanita itu yang sedang mengeringkan rambutnya. Dia ingatkan ibu tirinya tak kisah akan dirinya.

    " Kamu pergi mandi dulu. Nanti demam kalau tak mandi. Saya akan siapkan makanan untuk kamu." Kata Ayoung lagi sebelum berlalu ke dapur menyiapkan makanan untuk eunbi. Eunbi menuju ke biliknya dan masuk ke bilik air untuk mandi. Dia keluar beberapa minit kemudian bersama pyjama tersarung cantik di badannya. Dia turun ke bawah melihat Ayoung sedang kelam kabut menyiapkan makanan untuknya.

    " Eunbi, duduklah.. Ni nasi kamu. Maaf kalau makanan saya tak sedap sangat. Saya tak pandai masak macam mama kamu." Kata wanita itu. Eunbi duduk dengan teragak-agak sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Dia sangat terkejut. Kenapa makanan ni rasanya hampir sama macam yang mama selalu masak masa dia kecik?

    " Hampir sama kan? Ni semua makanan yang saya belajar dari mama kamu eunbi. Mama kamu pandai sangat masak dulu. Tapi semenjak dia sakit, dia jarang masak dan selalu minta saya masakkan untuk kamu. Kamu tak ingat saya ke? Saya kawan baik mama kamu. Saya orang yang selalu kamu panggil mummy.. Kenapa kamu tak ingat saya?" Suara Ayoung sayu kedengaran di telinga Eunbi.

    " Sebelum mama kamu meninggal dunia, dia minta kat saya untuk jadi mummy kamu macam dulu. Supaya kamu tak terasa kehilangan seorang ibu dalam kehidupan kamu. Ayah kamu dan saya mengambi masa yang lama untuk berkenalan dan mengenali sesama sendiri sebelum akhirnya kami bersetuju untuk kahwin. Tapi, kamu tak nak saya pun dalam keluarga ni..." Sambung wanita itu lagi. Air mata dihujung mata dilap dengan perlahan. Eunbi menatap sebelum mengeluh perlahan. Senyuman diukir perlahan.

    " Jadi boleh saya panggil kamu mummy balik?" Tanya Eunbi perlahan. Wanita itu kelihatan terkejut. Dia bangun dari kerusinya dan memeluk Eunbi erat. Seperti tak nak lepaskan anak tirinya itu.

     " Mestilah boleh.. Kamu panggil saya setiap hari pun saya tak kisah. Terima kasih eunbi..." Nampaknya mak tirinya bukan evil witch. Cuma dia nak eunbi menganggapnya sebagai ibunya sahaja seperti dia anggap mama sebagai ibunya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



DIFFERENT WORLDWhere stories live. Discover now