Beberapa minggu sebelum hari sukan sekolah,
Eunbi p.o.v
" Jadi apa tema untuk kita punya rumah sukan tahun ini?" Soal Chan perlahan sebelum memandang ke arah ahli-ahli kelas F. Mereka semua senyap tak tahu nak cakap apa. Semua takde idea untuk kelas mereka selepas dipaksa oleh Felix menyiapkan kerja Bahasa Inggeris tadi.
" Korang berdua fikirkanlah... Kepala aku dah tak boleh buat apa-apa ni. Dah stuck kerana kerja BI tadi. Korang berdua mesti banyak idea." Kata Hyunjin membalas untuk ahli kelas yang lain. Mereka semua hanya menganggukkan kepala sebelum Yujin mengangkat tangan untuk memberikan ideanya.
" Kita buat tema haiwan rimba. Kita ada 8 haiwan. Serigala, Arnab, Dawekki, Ferret, Tupai, Anak ayam, Anjing dan Musang. Kan? Jadi, kita cipta kostum untuk haiwan-haiwan ni dan bagi mereka pakai." Cadang Yujin. Ayatnya agak kelam kabut dan tunggang langgang tapi masih difahami oleh Eunbi.
" Kenapa pilih 8 je haiwan? Kenapa kita tak guna lebih banyak haiwan lagi?" Soal Han yang tak faham kenapa Yujin hanya pilih 8 haiwan. Yujin tersenyum membawa maksud tersembunyi membuatkan mereka semua merasakan ada sesuatu benda yang buruk akan terjadi.
" Dah kita ada 8 lelaki je kan? 8 haiwan sebagai maskot kita!" Jawab Wonyoung bagi pihak Yujin. Dia faham kenapa Yujin mencadangkan hanya 8 lelaki je. Yena menepuk meja secara tiba-tiba apabila mendengar kata-kata Wonyoung.
" Lepas tu kita letak tema kelas kita Skzoo. Tak ke aesthetic kelas kita nanti?!" Cadang yena tanpa mempedulikan jika mata sang ketua kelas dan main dancer kelas mereka merenung seperti nak memakannya hidup-hidup.
" Okey. Semua setuju. Dah tulis. Bluerk! Tak boleh padam lagi!" Borang yang perlu dihantar dalam online. Jadi, sekali hantar terus tak boleh ditukar dan dipadam lagi. Yang perempuan berseronok kerana dapat mengenakan yang lelaki manakala yang lelaki semua dah bertukar menjadi cencurut.
" Dah hantar takpe. Tapi macam mana dengan kostum tu? Nak dapat kat mana?" Soal Seungmin berharap pihak perempuan menukar idea mereka. Mereka semua tersenyum misteri sebelum memandang ke arah Chaewon. Chaewon terpinga-pinga melihat semua mata memandangnya sebelum dia mengangguk tanda memahami apa maksud pandangan mereka semua tu.
" Jangan risau. Aku settle kan benda tu. Senang je nak disettlekan. Petik jari je. Korang jangan risau okey?" Jawapan Chaewon dah membuatkan mereka nampak masa depan mereka yang gelap. Jangan main-main dengan Cahewon. Dia tu nampak je normal. Kadang-kadang kalau sampai tahap kebangangan dia tu, kebangangan budak kelas lain pun kalah dengan dia.
------------
Tiba Hari Sukan Sekolah,
Author p.o.v
" Mana maskot kita ni? Sekejap lagi semua cikgu nak tengok maskot setiap kelas. Mesti cikgu akan marah kalau maskot kita tak sampai lagi..." Bebel Eunbi perlahan sambil mengerling ke arah jam miliknya. Guru kelas mereka yang dah lama tak dibenarkan berjumpa mereka akhirnya kembali semula. Cikgu Kim Jisoo a.k.a Cikgu Bahasa Korea mereka dan merupakan idola kepada Hyewon mendekati Eunbi.
" Maaf cikgu. Saya tak tahu kat mana mereka sekarang ni. Masih lagi tak sampai..." Kata Eunbi perlahan. Dari semua cikgu, cikgu ini adalah cikgu kesayangan Kelas F. Dia tak dibenarkan jumpa Kelas F kerana masalah yang dibuat oleh Nako dan Hitomi. Ketika itu, Chaewon dah masuk ke Kelas F dan dia juga dah kenal dengan Cikgu Jisoo.
" Takpe. Perlahan-lahan. Kamu pun tahu sekalipun maskot kamu dah sampai, mereka tetap akan cuba cari kesalahan kamu semua. Eh, tu Chaewon kan? Siapa kat belakang dia tu?" Cikgu Jisoo menunjukkan ke hujung padang. Chaewon yang berjalan dengan gaya berlagak sambil memakai cermin mata hitam dan 8 orang lelaki berpakaian pelik mengikut sambil menutup muka mereka. Rata-rata orang yang melihat ternganga dan tak tahu nak cakap apa.
YOU ARE READING
DIFFERENT WORLD
RandomCHAEWON YANG MENJADI MANGSA FITNAH DI SEKOLAH LAMA KINI BERPINDAH KE LILY HIGH SCHOOL. LAYANAN YANG DIBERI KEPADANYA DAN BUDAK SEKELASNYA MEMBUATKAN DIA MELETUP. KINI, DIA BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN PADA SEMUA CIKGU SEKOLAH MEREKA BAHAWA MEREKA PUN...