Aqilah terpaksa menyorong skuternya ke garaj apabila melihat dua buah kereta terparkir di hapadan rumah, sekali gus menganggu lalu lintasnya. Termasuk kereta mama dan papa, empat buah kesemuanya. Sekali nampak seperti rombongan meminang. Tapi hendak meminang siapa?
Aqilah menggeleng-geleng tatkala menyedari dia seorang perempuan bujang di dalam rumah besar itu.
"Hisy... Tak boleh! Mana boleh kahwin dulu? Banyak lagi benda belum terlaksana.' Aqilah sempat berbisik kepada dirinya sendiri. Dia bagaimanapun tidak terus masuk ke rumah, sebaliknya mengambil tempat di atas buaian di taman ala-ala Bali mamanya itu. Jojo sesaat menghampiri dan menggeselkan badanya di kaki Aqilah. Menyedari kehadiran Jojo, Aqilah mengangkat kucing kesayangannya itu ke riba. Diusapnya badan Jojo penuh kasih sayang.
"Siapa yang datang tu, Jo? Sampai dua buah kereta kat depan tu. Rasya ke? Kalau tak salah, ada kereta aunty sekali tu. Atau kawan-kawan mama?" tanya Aqilah kepasa Jojo.
Jojo bagaikan mengerti kegusaran hati tuannya itu. Kucing itu mengiau manja.
Tiba-tiba Aqilah tersenyum seorang diri. 'Huh! Bercakap dengan kucing pulak. Dah biul agaknya kepala aku ni.
******
Afiq keluar setelah menjamu selera di rumah teman ibunya itu. Sengaja mahu laei dari perbualan ibu dan teman-temannya. Bosan bila perihal butik, bengkel itu ini, fesyen dan barang-barang kemas jadi topik perbualan. Begini jugakah Rasya mengisi masa lapangnya selepas mereka selamat berkahwin nanti? Mindanya pernah terdetik.
Afiq tersenyum sendiri. Wajah Rasya tiba-tiba muncul dalam khayalannya, sedang bersanding berdua di persada. Hah... Beranganlah Afiq Aiman!
Afiq berjalan melawati taman landskap milik puan Syarifah Mazidah yang hijau merimbun. Sejuk matanya melihat pemandangan di situ. Pepohon rimbun segaja ditanam bagi meredupkan suasana. Sebentar tadi, dia terlihat seorang gadis menyorong skuter ke garaj. Namun, kelibat gadis itu hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Matanya meliar ke segenap sudut. Cuba mencari. Ah! Seperti ada seseorang di atas buaian sana.
Afiq mengukir senyuman. Gadis itu sedang membelakanginya. Pasti itu anak gadis puan Syarifah Mazidah yang diceritakan oleh ibunya.
Afiq memberanikan diri mendekati buaian itu.
"Hai... Eh?" berkeriut buaian itu dinaiki Afiq. Namun, dia terkesima bila menyedarinya gadis di hadapannya itu adalah Aqilah, sepupu Rasya.
"Hey, awak kat sini?" Afiq tersenyum lantas duduk di hadapan Aqilah. Aqilah turut terkejut bila menyedari lelaki yang dilihatnya bersama Rasya itu kini sudah berada di hadapan mata. Jojo yang turut terkejut bersembunyi di dalam kemeja kotak-kotak tuannya itu.
"Ini rumah saya. Awak buat apa kat sini?" Aqilah memulangkan soalan dengan mata yang membulat.
"Saja jalan-jalan!" jawab Afiq bersahaja.
Aqilah memerhati sekeliling bagaikan mencari sesuatu.
"Qilah cari apa?" soal Afiq turut melilaukan matanya memandang ke sekeliling.
"Mana Rasya?" tanya Aqilah.
"Rasya kat rumah dialah, kenapa?" soalan berbalas soalan.
"Eh, selalunya awak berkepit dengan Rasya. Terkejutlah jugak bila Rasya tak ada dengan awak hari ni!"
Sindiran sinis Aqilah diterima oleh Afiq dengan tenang. Gadis itu pastinya berulang kali tersempak dengan mereka berdua. Aqilah pula berasa sakit hati dengan ketenangan lelaki itu menerima sendirannya. Tak terasa ke Mamat ni dengan sindiran aku? Eeii... Geramnya!
YOU ARE READING
Suamiku yang terbaik
RomantikBerada dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. sejak kecil, jiwa Nurul Aqilah menderita. diri seolah dinafikan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyanyangi orang luar melebihi diri sendirinya. entah apa...