Bab 10

101 38 25
                                    

KAY memandang wajah Aqilah dalam-dalam. Mata mereka saling bertentangan. Dia dapat menyelami dasar hati gadis itu. Namun, mereka kinj bukan Aqilah dengan Kay pada hakikatnya. Mereka kini bergelar Latifah dan Usman di atas pentas karya, sedang menjiwai watak akhir era 50-an. Mereka kini sedang disaksikan oleh puluhan mata pelajar-pelajar juniot Seni Persembahan.

     "Latifah, tergamak engkau mengecewakan hatiku. Mengapa Latifah? Aku sedar, aku hidup miskin, hina-dina dipandang orang sepertimu. Tiada harta dapat menambat hati keluargamu. Sulaiman kau pilih kerana dia punya kedudukan, bukan?" Kay dengan penuh penghayatan melontar suaranya sebagai Usman. Telor bahasanya juga turut kembali ke akhir tahun 50-an.

     "Bukan begitu, Abang Usman. Miskin dan kaya tidak pernah menjadi ukuran Tipah untuk Abang Usman. Jodoh Tipah diatur keluarga, Abang Usman. Jika diturutkan hati, mahu sahaja Tipah lari. Tetapi Tipah memikul maruah keluarga. Diluah mati emak, ditelan mati bapak jadinya, Abang Usman. Tipah ke sini pun Abang Sulaiman tidak tahu. Tipah cintakan Abang Usman, tetapi apa kuasa yang Tipah ada?" berderai air mata Aqilah menghahati watak Latifah, si wanita Malang.

     "Hari ini mungkin pertemuan kita yang terakhir. Malam ini, Tipah akan berangkat ke singapura mengikuti Abang Sulaiman ke sana. Tipah mohon maaf di atas apa jua kesalahan Tipah pada Abang Usman." Aqilah menyambung dialongnya lagi. Dia menyeka air matanya dengan hujung selendang panjang yang dipakai.

     "Latifah... sampai hatimu mahu meninggalkan aku." Nada suara Kay benar-benar kedengaran sedih dan merayu sayu. Kay memegang lengan Aqilag erat. Langkah Aqilah terhenti.

     "Maafkan Tipah, Bang Usman. Tipah sekarang isteri orang. Tipah doakan Abang Usman akan bertemu dengan perempuan yang lebih baik. Doakan kebahagiaan Tipah, ya Bang Usman. Selamat tinggal!" Aqilah lantas berlari meninggalkan kekasih hati yang bakal ditinggalkan.

     "Latifah!" laung Kay menggamatkan pentas pada petang itu. Dia rebah di lantai, kecewa. Kecewa dan hampa ditinggalkan. Semua perasaan bagaikan bersatu.

     Persembahan itu berakhir dengan babak tersebut. Walaupun sekadar latihan biasa, pelakon-pelakon watak utamanya memberikan komitmen yang cukup tinggi dan penuh penghayatan. Tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar junior meriuhkan pentas karya tersebut. Ramai yang memuji bakat senior-senior mereka itu.

      Kay menggengam tangan Aqilah di sisinya dengan senyuman di bibir, tanda gembira setelah berjaya menyelesaikan tugas mereka petang itu. Aqilah membalas senyuman tersebut. Dia cuba menarik jari-jemari dari genggaman Kay, tetapi Kay menguatkan lagi pegangan.

     "Biarlah untuk sekejap..." pinta Kay sambil memejamkan mata.

     Mahu tidak mahu, Aqilah terpaksa membiarkan keadaan mereka begitu. Di sudut hati kecilnya, dia turut merasa bahagia. Sangat bahagia!

      Beberapa minit kemudian, barulab Kay melepaskan tangan Aqilah dan mencari-cari sesuatu dalam beg sandangnya. Beberapa saat kemudian, dia mengeluarkan sekeping kertas yang bercoret di atasnya lantas disuakannya kepada Aqilah.

      Aqilah menyambut kertas tersebut dari huluran tangan Kay. Tersenyum dia membaca coretan di atas kertas tersebut. Lirik lagu Once, 'Dealova'. Sudah lama dia mencari lirik itu.

      "Aku tahu, kau suka kumpul lirik-lirik lagu dan puisi. Sebab tu aku bagi kau ni," ujar Kay sambil sesekali mencuri pandang ke wajah gadis di sebelahnya itu.

      "Lirik ni memang dah lama aku cari, tapi... macam ada sesuatu aje kat bawah ni...?" usik Aqilah.

     Berubah terus wajah Kay. Perkataan 'Sayangku~Aqilah' tertera di baris akhir kertas tersebut.

     "Alaah, kau ni Qilah... Macam tak biasa pulak dengan aku! Emm... Kau balik dengan apa ni? Jom aku hantarkan kau balik." Kay cuba mengawal rasa hatinya. Dia tidak mahu terburu-buru.

     "Kau mengarut apa ni, Kay? Aku kan selalu datang dengan skuter aku tu? Balik pun dah sah-sahlah dengan skuter tu jugak. Takkan tiba-tiba nak bonceng kau pulak! Merepek betul!" tingkah Aqilah.

      "Alamak, lupalah pulak! Ingatkan boleh hantar kau balik." Kay menepuk dahinya pura-pura lupa.

     "Mengada kau, Kay! Buang tabiat ke apa?" Aqilah menjeling manja seperti selalu.

     "Kau kan awek aku, mestiah aku nak hantar kau balik! Itu namanya take care!" balas Kay bersenda

     "Banyaklah kau punya take care! Itu bukan take care namanya, tapi take for granted! Sejak bila pulak aku jadi awek kau?" Aqilah menggeleng hairan. Setahunya, Kay sentiasa sibuk dengan ramai perempuan, tetapi bukanlah perempuan sepertinya. Mereka sekadar berkawan tanpa ada perasaan lain. Perkataan 'sayang' yang selalu keluar dari bibir Kay sering dianggap sebagai gurauan. Kay tidak pernah serius. Sayang dan cinta baginya seperti perahu tanpa penghuni yang hanyut fi lautan. Tiada arah dan tijuan yang pasti.

     "Weh... bukan selama ni kita fah jadi couple ke? Kat universiti pun kau aje yang selalu dengan aku. Bukan couple ke namanya tu?" soal Kay buat-buat bodoh.

     "Eeii... Perasanlah!" Aqilah menjuihkan bibir, sedang hatinya sedikit tercuit dengan apa yang diperkatakan oleh Kay itu. Ya, mereka sering ke hulu ke hilir bersama. Ke mana-mana sahaja. Malah, di pentas pun mereka sering digandingkan berdua. Bukan hatinya tidak tersentuh dengan semua itu. Tetapi hatinya yang cuba menindakkan. Semuanya gara-gara sikap Kay sendiri. Ramai perempuan lain yang cuba mendampingi lelaki itu membuatkan dia sukar mempercayai kata-kata lelaki itu. Hakikatnya, sudah lama kasihnya pada Kay mekar subur. Cuma dia takut dengan bayang-bayangnha sendiri. Hubungan mereka selama ini hanya sebagai kawan, tambahan pula sikap Kay sendiri yang tidak serius membuatkan dia tiada kekuatan untuk berterus terang tentang hatinya yang sudah berbunga kasih itu.

     "So, famili kau datang tak malam pementasan nanti?" tanya Kay kembali serius.

     "Tak, biasalah! Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Kalau datang pun, cuma Syed Azhar aje kot!" jawab Aqilah bersahaja tanpa sedar Kay yang sedang merenung dari ekoran matanya.

     "Hisy... ni yang aku jealous ni! Asyik-asyik Syed Azhar tu jugak yang dijemputnya," keluh Kay bernada cemburu. Memang dia benar-benar cemburu bila mendapat tahu ada lelaki lain rapat dengan Aqilah.

     "Hei, dari dulu lagi dia penyokong setia aku tau, Kay!"

     "Yalah... Siapalah aku di mata kau, kan! Tak ada maknanya!" nada ranuk Kay kendegaran.

     "Alahai... hero aku ni merajuklah pulak!" Aqilah memeluk lengan Kay bersahaja. Kay pura-pura tidak endah.

     "Buruk Ah majuk macam tu, tak hemsem langsung!" Aqilah menambah

     "Oh... kiranya aku ni hemsem jugaklah ya?" Kay lantas menoleh lalu menggenggamkan erat tangan Aqilah yang mengepit lengannya.

     "Perasaan!" Aqilah pantas menarik kembali tangannya yang melingkar dengan tangan Kay.

      "Qilah, sesekali kau pakai kebaya macam Latifah tu... cantik jugak ya?" puji Kay tanpa disedarimya sendiri. Dia menekup bibirnya, menyedari kata-katanya terlepas.

     Aqilah sekadar menjelir lidah sebelum tersenyum riang.

     'Betul Qilah, aku tak main-main.' Hati Kay bermain dengan kata-kata itu dalam diam. Kay tunduk merenung lantai setelah Aqilah berlalu meninggalkannya. Dia menghela nafas berat. Cuma satu dalam fikirannya saat itu...

********

To be continued....

Hehehehe alhmdulillah siap episod baru😉

Maaf episod ni maybe membosankan sikit😕 episod seterunya insyaallah Best ✨


















Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now