Bab 14

83 33 9
                                    

Orang ramai sudah memenuhi panggung Sari, Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan teater oleh para pelajar jurusan Seni Persembahan Universiti Teknologi Mara (UITM). Sambutannya benar-benar luar dugaan. Semua tiket habis di jual.

     Dalam ramai-ramai itu, Afiq Aiman adalah salah seorang daripadanya. Entah apa yang membawanya ke Istana Budaya malam itu. Sejak berlakunya salah faham antara dia dan Rasya tempoh hari. Semuanya dirasakan tidak kena. Rasya enggan menerima sebarang panggilan telefon daripadanya sejak kejadian tersebut. Semuanya gara-gara cemburukan Aqilah. Namun, dalam keadaan genting seperti ini pun, Aqilah jugalah yang dicarinya.

     Pementasan bermula. Ternyata Aqilah seorang pelakon yang baik. Daya penghayatan wataknya membayangkan seolah-olah dia Latifah yang sebenar, yang hidup zaman akhir 50-an dahulu. Sewaktu Aqilah keluar dengan memakai baju kurung dan rambutnya ditocang, dia benar-benar tampak ayu. Tidak pernah dia melihat Aqilah seanggun dan seayu itu. Inilah pertama kali. Nyata Aqilah juga tidak kurang cantiknya. Gadis itu jelita dengan caranya tersendiri. Tanpa sedar, bibir Afiq mengukir senyuman.

********

"Jika engkau bulan, aku pungguknya. Jika engkau mawar, aku duri yang melindungi dirimu. Aku menyanyangi kamu, Latifah. Tidak mampukkah kau nersabar seketika sebelum aku benar-benar mempunyai pekerjaan tetap?" jelqs terpancar di wajah Kay yang memegang watak Usman dalam pementasan tersebut.

     "Abang Usman, demi TUHAN, hati Tipah tidak pernah berubah walau sedikit. Semua ini kehendak keluarga, Abang Usman. Apalah daya Tipah untuk menghalang? Tipah ini perempuan. Perempuan hanya tunggu lelaki datang meminag. Tipah tiada kuasa untuk bersuara," ucap Latifah dilakonkan oleh Aqilah.

      Babak demi babak, namun penonton masih pegun di kerusi masing-masing bagi menghayati setiap babak yang dipertontonkan kepada mereka.

     "Sesungguhnya, bukan mudah untukku terima ketentuan dari TUHAN ini, Latifah. Setelah bertahun-tahun berkasihan, hasilnya... kau dipinang orang lain. Sungguh-sungguh aku kecewa, Latifah setelah mengetahui sulaiman akan menjadi pengatinmu. Saat itu, aku mencari kekurangan dalam diri. Aku kira, saat ini kau dan Sulaiman sudah berpergian meninggalkan bumi Tanah Melayu ini menuju ke Singapura. Doaku moga kau bahagia, Latifah. Diriku usahlah kau fikirkan. Aku bisa hidup di bumi TUHAN ini walaupun tidak ditakdirkan bersamamu."

      Suara Kay bergema dalam monolog. Saat itu Latifah dalam keadaan berseih sedang membaca surat. Hanya sinar lampu sorot yang menyuluh Aqilah di tengah pentas.

      Babak seterusnya mementaskan watak Sulaiman, Juanidi mendera Latifah setelah dia mengesan surat-surat lama kiriman Usman buat Latifah. Sejak itu, amarahnya pada Latifah tidak pernah surut.

     Saat paling sedih bila Latifah dipaksa melacurkan diri. Menangis-nangis Latifah merayu suaminya. Sejak itu, statusnya berubah. Latifah mula menjadi penari joget di Mambo Nite Klub. Kejelitaan Latifah mendapat perhatian ramai pengunjung kelab malam tersebut. Ada yang berkunjung ke sana semata-mata mahu mendekati Latifah. Sehinggakan ada suami-suami yang lupa anak isteri di rumah gara-gara Latifah. Dariapada orang kebanyakan, sehinggalah ke orang kaya. Begitu asyik dengan lenggok lentok Latifah menggoda. Tanpa seorang pun daripada mereka tahu yang Latifah masih bersuamikan Sulaiman. Dengan wang titik peluh Latifahlah mereka hidup. Anak-anak Latifah terpaksa diberikan kepada orang lain kerana Sulaiman tidak mahu menerima mereka. Di akhir pementasan tersebut, watak Sulaiman mati akibat sakit paru-paru. Paling menyentuh hati apabila Latifah sanggup memgenepikan rasa bencinya terhadap suami walaupun hidupnya musnah kerana lelaki itu. Dia menjaga Sulaiman dengan penuh sabar tanpa rasa dendam di hati sehinggalah ke nafas terakhir suaminya itu.

     Selepas kematian Sulaiman, Latifah meneruskan hidupnya sebagai penari joget. Dia kemudian disunting oleh Zakaria yang disangkanya baik dan dapat menjaganya. Namun rupa-rupanya, tingkah Zakaria lebih dahsyat daripada Sulaiman. Setiap hari dia dipukul.

     Bertahun-tahun tidak bertemu dengan Latifah, akhirnyanya Usman dipertemukan semula dengan Latifah di kelab tersebut. Status Latifah yang sudah berubah mengejutkan Usman. Pertemuan itu bagai memaut kembali kenangan lama mereka. Kenangan cinta mereka kembali mengusik hati lantaran kehidupan mereka tidak pernah bahagia.

     "Latifah, ikut aku balik ke Johor Bharu. Kita mulakan hidup baru di sana. Sampai bila kau ingin hidup begini?" Usman memujuk Latifah pada pertemuan mereka.

     "Abang Usman, kalau ikutkan hati, Tipah tak akan teragak-agak untuk Ikut Abang Usman. Tapi Tioah masih punya suami. Lagipun... mahukah Abang Usman memandang Tipah yang kotor ini? Setiap inci tubuh Tipah ini kotor, Abang Usman." Berjuraiam air mata Latifah di pipi. Terhenjut-henjut bahunya menahan kesedihan. Usman merapati Latifah, cuba memujuk wanita itu daripada terus-terusan bersediih dan menangis.

     "Tipah, abang sayangkan Tipah. Dari dulu sampai sekarang perasaan itu tak pernah berubah. Bukan mudah mahu menyingkirkan rasa cinta yang sudah sebati dalam hati ini. Sehingga saat ini, tiada siapa yang mampu gantikan tempat Tipah di hati abang." Usman menggengam erat jari-jemari Latifah.

     Latifah melampiaskan kesedihannya di bahu Usman. Memang dia masih sayangkan Usman. Namun, dirinya terikat dengan Zakaria. Mana mungkin dia dapat bersama Usman sedangkan dia masih isteri Zakaria yang sah.

     Dalam keasyikan mereka, Zakaria datang bersama konco-konconya. Latifah dan Usman terkejut dengan kehadiran mereka yang tidak dijangka itu. Konco-konco Zakaria bertindak balas membelasah Usman manakala Latifah pula diheret pulang ke rumah dan dibelasahi oleh Zakaria sepuas hati hingga kedua-duanya tidak bergerak lagi.

      Sorotan lampu pentas beransur-ansur malap hingga gelap seluruhnya dan digantikan dengan dua lampu sorot menyuluh tubuh dua insan yang kaku berlainan lokasi. Satu suara menolog kemudian kedengaran dalam kesuraman itu.

    "Usman... mungkin kau derita dengan perpisah kita. Namun, hidupku lebih derita dengan bajingan-bajingan yang tidak berhati perut ke atasku. Gelaran isteri yang diberikan kepadaku tidak pernah dihormati oleh mana-mana lelaki di bumi singa ini. Aku hidup dengan noda yang terhitung.  Mungkinkah ini balasan untukku kerana meninggalkanmu? Mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu ajal bersama. Semoga kita tenang di sana..."

    Persembahan diakhiri dengan tangisan perpiasahan yang abadi. Tadib ditutup menamatkan cereka hidup. Gesekan bialo tambah menjadikan suasana sayu. Ramai penonton dilihat mengesat air mata. Babak terakhir persembahan itu ternyata begitu menyayat hati.

     Lima minit kemudian, barisan para pelakon keluar beraris di tengah pentae. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh buat mereka sambil berdiri. Afiq turut kagum dengan kebolehan Aqilah dan pelakon-pelakon lain menghayati watak mereka.

********

To be continued....

Maaf kalau episod pasal bosan, kalau dah baca jangan lupa vote tau






Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now