Bab 23

91 24 44
                                    

Kau ingin aku membelai di jiwa...

*****

Kerlipan lampu kamera membiasi wajah manis Nurul Aqilah yang santun duduk di atas pelamin. Dia mengenakan sepasang baju kurung pesak biru Firus lengkap dengan selendang panjang warna senada. Menambahkan lagi kejelitaannya.

Puan Yasmin tersenyum ceria kerana berjaya bermenantukan Aqilah, gadis yang sekian lama mencuri hatinya untuk dijodohkan dengan anaknya, Afiq Aiman. Terlaksana juga hasrat suci di hati. Selangkah lagi, anak dan bakal menantunya itu bakal bergelar raja sehari.

Aqilah tersenyum manis sambil duduk bersimpuh di atas ciu baldu berwarna putih gading yang menjadi atas pelamin. Sebentuk cincin emas putih tersarung cantik di jari manisnya tanda diri sudah bergelar tunangan orang. Hatinya berlagu pilu, tetapi tiada siapa yang tahu. Wajah di luar tersenyum manis, hati di dalam siapa yang tahu?

Amer Munawer melemparkan senyuman mesra. Gembira dan lega kerana adiknya, Aqilah bakal mengikut jejak langkahnya mendirikan rumah tangga.

Afiq Aiman tersandar di pintu masuk rumah Syarifah Mazidah. Dia turut hadir di majlis pertunangan tersebut tanpa sesiapa pun menyedari. Dia sekadar berpakaian biasa, tetapi kemas. Dari pintu, dia dapat melihat wajah Aqilah yang manis bersimpuh di atas sebuah pelamin indah.

Afiq merenung wajah Aqilah. Entah mengapa, walaupun sedar dia tidak mencintai Aqilah, namun seakan ada aliran rasa bahagia yang melimpah masuk ke ruang hatinya. Bila matanya terpejam sedetik, dia dapat merasakan kehadiran seseorang di sana bergandingan dengannya.

"Eh, tak masuk ke? Takkan nak berdiri kat sini Aje, Fiq?" Tegur satu suara garau dari sebelah kirinya.

"Tak apalah, uncle. Kat sini pun tak apa. Nanti marah pulak ibu kalau dia dapat tahu Fiq ada kat sini." Afiq menolak sopan. Pandangan kedua-duanya terarah pada Aqilah di atas pelamin yang sedang bergambar bersama sanak-saudara yang hadir.

"Afiq, anak uncle tu degil sikit. Harap-harap, dia tak menyusahkan Fiq bila dia dah sah jadi isteri Fiq nanti."

"insya-Allah, uncle... Fiq takkan teragak-agak untuk berkongsi segala apa yang Fiq ada dengan dia," ikrar Afiq penuh yakin.

Suasana kembali sunyi, pandangan kedua-duanya terarah pada Aqilah di pelamin. Entah bagaimana tanpa sedar, seorang tetamu yang kebetulan mengenali bakal pengantin lelaki terpandangkan kelihatan Afiq di situ. Suasana berubah sejurus selepas itu. Afiq ditarik ke pelamin bagi menyertai Aqilah. Walaupun jelingan ibunya yang melarang keras, digagahi juga kakinya melangkah.

Mati terus senyuman Aqilah takkala Afiq berdiri di sampingnya.

"Sorry. Tak sengaja dan tak sangka pulak akan jadi macam ni. Sepatutnya, saya duduk diam-diam aje kat rumah tadi. Sorry..." Bisik Afiq di sisi Aqilah.

Aqilah langsung tidak membalas. Sepi tanpa reaksi. Mahu tidak mahu, mereka bergambar juga berdua bagi memenuhi permintaan para tetamu dan kaum keluarga.

Sepanjang majlis itu berlangsung, tidak sepatah perkataan pun yang keluar dari bibir Aqilah. Itu yang menjadi tanda tanya Afiq. Sehingga ke akhir majlis, Aqilah langsung tidak bersuara.

Sebelum pulang, Puan Yasmin mencium kedua-dua belah pipi Aqilah, tanda kasih ikhlasnya sebagai ibu mertua.

"Tak sabar rasanya nak terima Qilah jadi menantu ibu," ujar Puan Yasmin gembira.

Aqilah hanya tersenyum mendengar. Tidak pasti kerana gembira atau sekadar berpura-pura.

Syarifah Aziah yang kebetulan sedang berdiri di sebelah Aqilah turut tersenyum. Bangga punya anak saudara seperti Aqilah.

"insya-Allah, jodoh yang baik selalunya untuk orang yang baik," celah Syarifah Aziah mesra.

Puan Yasmin suami isteri berserta beberapa ahli keluarga terdekatnya kemudian beransur pulang kecuali Afiq yang masih tercegat berdiri di antara mereka. Syariat Aziah dan kakaknya sudah menjeling balas sambil tersengih-sengih memandang Afiq yang bagai sedang menunggu sesuatu.

"Jomlah Yah... Kita ke dalam. Biar dia kat sini. Mungkin ada yang belum terlafaz lagi tu," ajak Syarifah Mazidah sambil tersenyum penuh makna. Dia menarik lengan Syarifah Aziah supaya mengekorinya, menyaingi langkah suaminya yang sudah terlebih dahulu masuk bersama Amer Munawer.

Syarifah Aziah terangguk-angguk sambil tersenyum sebelum berlalu menuruti langkah kalanya.

Tinggallah Afiq dan Aqilah di halaman. Aqilah duduk di atas buaian besi. Berkeriut bunyinya bagi menampung beban tubuh yang berlabuh di atasnya. Afiq duduk di hadapanya.

"Aqilah..." Panggil Afiq setelah lama Aqilah hanya mendiamkan diri.

Aqilah tidak mempedulikan panggilan itu. Langsung tidak memberi reaksi balas.

"Qilah, jawablah kalau Qilah masih dengar suara saya." Afiq hampir merayu.

Aqilah menjeling tajam membuatkan Afiq terpaku. "awak nak apa lagi, Encik Afiq? Awak nak saya peluk awak, cium awak sebab dah jadi tunang saya, hmm?" Aqilah berbicara sinis. Dia memintal selendang di lehernya gaya seseorang memakai muffler.

"Selama ni saya sangkakan permainan saya cuma melibatkan orang yang di luar lingkungan keluarga saya ataupun kawan-kawan. Tapi, rupa-rupanya... Orang tu cuma depan mata saya. Saya nak ucapkan terima kasihlah pada dia sebab dah berusaha lakukan yang terbaik untuk ini." Aqilah mengangkat tinggi sebelah tangannya, menayangkan cincin di jari manisnya kepada Afiq.

"Tapi... Untuk menjadi calon tunang dan isteri, saya bukanlah orangnya. Saya belum sedia untuk itu." Aqilah lekas-lekas bangun mahu meninggalkan Afiq di situ, tetapi Afiq lebih pantas menarik lengannya agar tidak pergi dari situ.

"Mungkin Qilah ingat majlis ni dibuat semata-mata untuk membalas dendam pada Rasya. Tapi sebenarnya bukan macam tu. Ia melangkaui apa yang ada dalam fikiran kita, Qilah. Mungkin dah tersurat nama kita berdua akan bertemu jodoh," tutur Afiq Aiman tanpa sedikit pun pandangannya beralih dari memadang Aqilah.

"Awak cintakan Rasya, Encik Afiq... Bukan saya! Jangan keliru! Saya tak cintakan awak. Sekelumit perasaan pada awak pun tak ada di hati saya ni. Langsung tak ada! Selama ini, saya pura-pura ambil berat tentang awak semata-mata mahu melihat Rasya cemburu. Itu sebenarnya tujuan saya," jelas Aqilah lantang. Sebelah lengan dipaut Afiq.

"Lepaskan saya. Saya nak naik tidur. Esok ada kuliah." Aqilah cuba menarik lengannya dari pengantin Afiq.

"Qilah... Walau apa pun kata Qilah, walau apa pun tanggapan Qilah, saat dan tika ini Qilah dah pun sah jadi tunang Afiq Aiman. Saya tak akan sekali-kali membiarkan gelaran itu gugur begitu saja. Saya akan pastikan kita akan menikah juga kelak. Alang-alang dah berdendam, biar kita sama-sama tempuhinya. Qilah harus membayar segala apa yang Qilah lakukan," ujar Afiq.

Aqilah merengus lalu menarik lengannya kasar daripada pegangan Afiq Aiman. Dia masuk ke rumah dengan perasaan geram yang berbuku di hati.

Afiq sekadar memerhati langkah tunangnya yang beransur-ansur hilang di sebalik pintu.

*****

To be continue...

Siap sudah episod ini, kalau dah baca jangan lupa vote yer...










Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now