Bab 11

101 35 19
                                    

Pulang sahaja dari fakulti, Aqilah singgah di restoran Seri Purnama, Restoran yang sering dikunjungi bersama Syed Azhar dan sesekali bersama abangnya, Amer Munawer. Jika tiada kedua-duanya, seorang diri pun dia sanggup terjah. Tuan punya restoran tersebut, Haji Azman sudah cukup mengenalinya, malah menganggap Aqilah seperti anak sendiri kedatangan Aqilah sentiasa dilayan baik.

      "Baru balik dari kelas ke, Qilah?" tegur Tuan Haji Azman.

      "Baru habis kelaslah ni, uncle. Lepas latihan teater. Pementasan akan diadakan Ahad depan di Panggung Sari, Istana Budaya. Ni tiketnya. Uncle jangan lupa datang ya?" Aqilah mengeluarkan sekeping tiket dari beg sandangnya memang telah dikhaskan untuk Tuan Haji Azman.

      Tuan Haji Azman tersenyum lebar sambil memerhatikan lagak gadis dihapadanya itu. Cukup ramah dan pandai mengambil hati orang lain. Suatu ketika dahulu, dia tidak menjangka anak gadis yang sering berkunjung ke restorannya itu merupakan pelajar jurusan Seni Persembahan. Melihat dari segi gaya, memang tersasar jauh dari telahannya. Dengan T-shirt yang dilapisi kemeja kotak-kotak dan jean lusuh ditambah pula dengan gayanya menunggang skuter, siapa sahaja yang melihat pasti tidak menyangka gadis itu pelajar dan pendukung kuat seni teater.

      "Uncle jangan lupa mai, naa!" Aqilah mengingatkan.

      "Insyaallah! pi lah masuk dulu. Nanti uncle suruh Amran siapkan makanan untuk Qilah." Tuan Haji Azman mengarahkan.

     "Tempat biasa ada, uncle?" tanya Aqilah dengan senyuman manja. Kata teman-temannya, senyuman cari makan.

      "Ha... Tempat biasa tu tak ada orang duduk. Bolehlah Qilah duduk kat situ."

     "Okey! Qilah naik dulu, ya?" Aqilah meminta diri. Dia mendaki anak tangga menuju ke bahagian atas restoran yang lebih terbuka. Dari situ, dia dapat melihat pemandangan sekitar restoran tersebut. Cuma ada empat buah meja di tingkat atas. Selalunya, pelanggan akan membuat tempahan terlebih dahulu untuk meja yang berada di tingkat tersebut kerana bilangannya Agak terhad.

     Aqilah mengambil tempat di meja yang paling hujung dan paling menarik pemandangannya. Ada payung besar di situ dan dan jarak meja itu agak berjauhan dari tiga meja yang lain. Dia melibat kereta yang lalu-lalang di hadapan restoran tersebut. Aqilah mengangkat tangannya seolah-olah melakukan senaman. Tiba-tiba matanya tertancap pada pada kelibat seseorang yang dikenalinylu

     'Uih... Rasya dengan pakwe dialah! Bukan dengan Abang Amer tu!' bibirnya terkumat-kamit seperti berkata sesuatu

     "I nak ke ATM sekejap, Fiq. You masuklah dulu... Order apa yang patut." Rasya menegelus mesra jari-jemari Afiq di luar rsstoran Sri Purnama.

     "Nak I temankan you? I temankan you, ya?" saran Afiq. Dia bimbang Rasya yang pergi seorang diri.

     "Don't waorry, Fiq. I pergi sekejap aje. Lagipun, ATM dekat situ aje," ujar Rasya bersungguh.

"Okey. But be careful, honey." Afiq sempat berpesan sebelum Rasya melepaskan genggamannya.

     Rasya tersenyum sendiri mendengar pesanan kekasih hatinya itu. Afiq menunggu sehingga bayang Rasya dengan menghilang barulah dia melangkah masuk ke restoran.

     "Selamat tengah hari! Nak cari meja, encik?" tegur Tuan Haji Azman ramah.

     "Saya nak meja tingkat atas. Kalau boleh, bawah payung besar tu," pinta Afiq.

     Haji Azman tersenyum simpul. Ramai betul yang sukakan meja tersebut.

     "Maaf ya, encik! Meja tu dah ada orang. Kalau tiga meja yang lain tu, belum ada reservation lagi." Haji Azman berterus terang.

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now