"Hisy... apasallah aku ni bodoh sangat? Eeii... macam mana boleh ada adegan filem dengan Afiq kat KLCC tu? Aqilah... Aqilah... kau baru jadi pelajar Seni Persembahan. Belum jadi pelakon Profesional lagi!" Aqilah mengutuk dirinya sendiri atas kejadian yang berlaku padanya seketika tadi. Menyesal juga kerana menerima pelawaan lelaki itu.
"Bodohnya!" jerit Aqilah dalam selimutnya tanpa sedar dia mengukir senyuman.
Masih jelas di matanya senyuman mama di muka pintu apabila melihat Afiq menghantarnya hingga ke pintu rumah. Mama dengan ramahnya menjemput Afiq masuk walaupun waktu ketika itu sudah menghampiri ke pukul dua pagi! Macam sambut menantu lagaknya. Dia langsung tidak menghiraukan mama dan Afiq di muka pintu.
"Tak apalah, aunty. Fiq cuma nak hantar Aqilah saja. Lagipun, dah lewat sangat ni." Afiq menolak permintaan Syarifah Mazidah dengan sopan walaupun mama Aqilah bersungguh-sungguh menjemputnya masuk dan minum terlebih dahulu.
"Terima kasih Fiq sebab hantarkan Aqilah balik." Syarifah Mazidah tersenyum manis. Manakan tidak, Afiq dan Aqilah sudah semakin rapat kini. Mudahlah rancangannya berjalan kelak.
*********
Aqilah kembali termenung. Dia langsung tidak boleh tidur malam itu. Peristiwa di belakang pentas beberapa jam tadi kembali bermain di matanya. 'Kay... Ah! Persetankan Kay! Kay sudah lagi tidak wujud dalam hidupku mulai hari ini!' sekali lagi gadis itu bersumpah sambil menekupkan bantal ke bibirnya. Bimbang akan mengejutkan penghuni rumah itu pada waktu itu yang tidak sepatutnya.
Telefon bimbit milik Aqilah tiba-tiba berdering, memeranjatkan Aqilah sedang leka berkhayal. Tanpa melihat nama pemanggilnya, Aqilah memjawab panggilan tersebut.
"Hai, Qilah! Dah tidur ke?" suara milik lelaki yang menghantarnya tadi bergema di corong telefon tersebut.
"Err... belum... belum lagi! Dah sampai rumah ke?" tanya Aqilah sedikit gugup. Tidak menyangka Afiq akan menelefonnya.
"I'm just checking. Tidur dengan tenang malam ni, ya? Jangan ingat apa-apa lagi. Selamat malam!" Afiq sempat berpesan persis seorang doktor psikologi.
"Okay, thanks! Selamat malam." Aqilah membalas sebelum mematikan talian. Ah... bila difikir-fikirkan semula, timbul rasa Kasihannya pada Afiq yang terpaksa menjadi mangsa dendamnya pada Rasya. Lelaki itu tidak bersalah, malah terlalu baik padanya. Sekali lagi dia merenung telefon bimbitnya.
'Terima kasih Afiq yang baik hati,' desis hati kecilnya sendiri.
Aqilah menguatkan semangat untuk bangun dari katil. Wajahnya lesu manakala matanya kelihatan sembap.
"Malasnya nak mandi..." Aqilah menggeliat, masih bermalas-malasan di atas katil namun, mengenangkan janjinya dengan Puan Yasmin, terpaksa juga dia melangkah ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Dia sudah terlanjur berjanji. Puan Yasmin mengajaknya menghadiri bengkel menanam orkid. Ah... mendengar sahaja perkataan orkid, hatinya berbunga riang. Menanam orkid merupakan terapi terbaik untuknya melupakan dunia seketika. Melihat bentuk dan warnyanya sahaja, otaknya akan terlupa terus pada wajah Kay yang terlalu banyak menggugat hari- harinya. Liuk-lentok pepohon orkid ditiup Bayu, membuai perasaannya. Ah... Pendek kata, dia cukup meminati bunga orkid sepenuh jiwa raganya.
Aqilah membelek skuternya. Satu per satu ditelitinya. Tiba-tiba sebuah kereta Myvi memasuki pekarangan rumah. Aqilah sekadar memerhati.
Rasya! Untuk apa dia bertandang ke mari? Aqilah tertanya-tanya, terlupa terus akan ikatan Rasya dengan keluarganya sendiri.
Rasya keluar dari kereta dengan senyuman sinis sambil memandang Aqilah yang sedang terpacak berdiri di sebelah skuternya.
"Hai!" sapa Rasya dengan nada gedik
'Hai aje? Tak reti nak bagi salam ke?' kutuk Aqilah di dalam hati. Dia tidak menyahut, sebaliknya terus membelek tayar skuternya tanpa mempedulikan kehadiran Rasya di sisinya.
"Amer belum balik lagi?" tanya Rasya, walaupun sedar dirinya tidak dipedulikan oleh Aqilah lagi.
"Entah! Tak tahu!" ringkas jawapan Aqilah. Hendak tak hendak sahaja lagaknya.
"Hisy... abang sendiri pun tak tahu ke?" Rasya mencebir.
"Aku bukan PA dia dan tak pernah ambil tahu jadual dia." acuh tak acuh jawapan Aqilah.
"Kau kenapa ni, Qilah? Kenapa kau marah sangat kat aku? Kau marahkan aku sebab tinggalkan Hisyam? Kau marahkan aku sebab tu kan?" pangkah Rasya tiba-tiba meninggikan suara. Dia mahu merungkai persoalan yang timbul antara mereka berdua.
"Buat apa aku nak marah? Kau kan dah dewasa? Pandai-pandailah nilai sendiri!" balas Aqilah, masih enggan memandang Rasya.
"Jadi, apa yang tak kenanya?"
Aqilah berjalan ke taman tropika mamanya di hadapan rumah tersebut. Dia ketawa kecil mendengar persoalan Rasya di belakangnya.
"Jadi, kau rasa... bertunang dengan abang aku tu, kenalah ya? Bertunang dengan abang aku dan dalam masa yang sama bercinta dengan Afiq, semuanya tak salah ya?" sindir Aqilah sambil berpeluk tubuh sebelum berpaling memandang sepupunya itu.
Rasya kaget. "Soal... Soal aku dengan Afiq, kau tak ada hak nak masuk campur, Aqilah. Aku tahu kau sakit hati sebab aku bertunang dengan abang kau dan tinggalkan Hisyam kan?"
Aqilah menjeling Rasya dengan ekor matanya. Nampaknya, Rasya sudah kembali ungkit kisah-kisah lama mereka.
"Bagi aku, kau seorang perempuan yang selalu memainkan perasaan lelaki. Kau tak pernah tahu betapa sakitnya hati bila dikecewakan, Rasya sebab selama ni kau yang sering melukai hati orang lain. Ya, dulu memang aku sakit hati dengan kau bila kau tinggalkan Hisyam dan bertunang dengan abang aku. Hisyam yang satu waktu dulu aku cukup kagumi kerana ciri-ciri kepimpinannya. Hancur bila kau tinggalkan dia. Kembali menagih kasih aku yang satu waktu dulu ada pada dia. Aku juga ada ego aku sendiri, Rasya. Masakan aku nak terima lelaki yang pernah tinggalkan aku macam tu saja kerana mengejar perempuan seperti kau!"
"... dan bercakap mengenai hak. Siapa cakap aku tak ada hak. Amer Munawer tu abang kandung aku! Kau sedar tak tu? Dan aku sama sekali tak mahu abang aku jadi macam Hisyam yang kau tinggalkan dulu. Cinta perempuan ini hanyal layak buat seorang lelaki, Rasya... tak lebih dari tu." Entah kenapa, kecil sahaja figura Rasya di mata Aqilah. Geram dengan kerenah Rasya yang tidak pernah sudah.
"Aku dah cakap, soal aku dengan Afiq dan Amer bukan dalam bidang kuasa kau, Aqilah. Aku nak ingatkan kau kat sini. Jauhi Afiq!" Rasya memberi amaran keras.
Aqilah kembali ke skuternya. Mengenakan topi keledar di kepalanya. Menyampah dia mendengar kata-kata Rasya.
"Hmm... Untuk pengetahuan kau, aku tak akan lepaskan Afiq. Aku akan buru dia sampai dia tersungkur dalam genggaman aku. Aku takkan berhenti menggoda. Kalau luka, biarlah sama-sama luka kan, Rasya?" sejurus itu, Aqilah menghidupkan enjin skuternya lalu terus beredar pergi meninggalkan Rasya dengan wajah merah padamnya.
************
To be continued....
Best tak episod ni, kalau Best jangan lupa vote yer. Kalau ada apa-apa korang komen tau😉.
YOU ARE READING
Suamiku yang terbaik
RomanceBerada dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. sejak kecil, jiwa Nurul Aqilah menderita. diri seolah dinafikan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyanyangi orang luar melebihi diri sendirinya. entah apa...