Dibelakang pentas, pasukan menjayakan teater tersebut bersorak girang. Respons yang diterima cukup memberangsangkan. Malah, Aqilah diberi pujian kerana berjaya membawakan watak Latifah dengan cemerlang. Kay pula, awal-awal lagi sudah diserbu beberapa orang peminat perempuan. Paling istimewa, Farah Hani, seorang junior yang pernah dilihat bersama Kay beberapa hari lalu menghadiahkan sejambak mawar. Aqilah menjeling dengan ekor mata. Mereka langsung tidak berkesempatan untuk bertemu setelah selesai persembahan tadi. Kay nampak leka dengan kekasihnya itu. Terdetik juga rasa cemburu di hati perempuannya.
Tersentap jiwanya bila lihat kemesraan mereka. Aqilah segera berpaling daripada
"Tahniah! Lakonan yang sangat baik." Afiq yang muncul entah dari mana mengejutkan dengan ucapan tahniahnya. Pemuda itu menghulurkan sekumtum mawar. Aqilah termpempan. Rasa terharu bila dihargai begitu.
"Tahniah, Qilah!" ucap Afiq sekali lagi
"Terima kasih. Tapi, Qilah rasa macam besar sangatlah pujian itu. Qilah bukannya pelakon popular pun," ujar Aqilah merendah diri.
"Hei, Qilah memang berhak terima pujian tu. Persembahan Qilah memang Bagus malam ni." Afiq tidak membiarkan Aqilah terus-terusan merendah diri. Baginya, Aqilah layak terima pujian ramai setimpal dengan mutu lakonan yang dipersembahkan malam itu.
"Terima kasih... err... Qilah nak salin pakaian kejap." Aqilah memohon diri untuk berlalu.
"Aqilah! Err..." Afiq sempat memanggil gadis itu daripada terus beredar, namun terdiam apabila Aqilah berpaling memandang kearahnya.
"Ada apa?"
"Err... saya hantarkan Qilah balik nanti ya?" Afiq memberanikan diri menyatakan hasratnya. "Boleh ya?" ulangnya.
Aqilah melirik ke arah Kay yang masih asyik melayan Farah Hani di sisi sebelum kembali memandang Afiq.
"Okey! Tunggu Qilah salin pakaian sekejap ya?" pinta Aqilah. Hatinya sedikit terusik dengan tingkah Kay yang tidak menghiraukannya langsung pada malam itu. Kay lebih senang berdampingi dengan gadis cantik itu.
"Saya tunggu Qilah kat pintu keluar," laung Afiq.
Aqilah sempat melihat senyuman di bibir Afiq. Cukup tulus dirasakan. Dia membalas senyuman tersebut sebelum berlalu ke bilik persalinan.
Di dalam bilik persalinan, Aqilah termenung di hadapan cermin kaca meja solek. Menghitung apa yang berlaku pada masa akan datang. Haruskah dia menanti kasih Kay yang tida pasti itu? Aqilah memandang arca dihadapannya. Dia menghela nafas dalam. Apa kurangnya dia dimata Kay.
********
Sewaktu keluar dari bilik persalinan. Aqilah bertembung denga Kay yang baru mahu melangkah ke bilik persalinan lelaki.
"Qilah, balik dengan aku! Aku hantar kau balik hari ni!" ujar Kay tanpa senyuman di bibir.
Aqilah sempat menangkap jambangan mawar indah dalam genggaman Kay. Jambangan yang diberi oleh Farah Hani tadi.
"Tak apalah. Dah ada orang janji nak hantar aku balik hari ni. So, aku balik dengan dia ajelah," beritahu Aqilah terus-terang.
"Siapa?" soal Kay penuh curiga.
Aqilah tersenyum. Dia memandang lagi jambangan di dalam genggaman Kay itu.
"Cantik bunga! Siapa bagi?" tanya Aqilah, sengaja mengalihkan subjek perbincangan.
"Ha'ah... alaah, bunga biasa aje. Emm... kau balik dengan aku ya, Qilah?" Kay seperti tidak berminat untuk membicarakan perihal bunga di tangannya. Sebaliknya dia cuba memujuk Aqilah supaya mengikutinya malam itu.
YOU ARE READING
Suamiku yang terbaik
RomanceBerada dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. sejak kecil, jiwa Nurul Aqilah menderita. diri seolah dinafikan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyanyangi orang luar melebihi diri sendirinya. entah apa...