"Assalamualaikum. Boleh saya masuk?
"Yes, come in!"
Perlahan-lahan Natasya melangkah masuk ke dalam bilik yang penuh dengan fail dan buku-buku yang kemas teratur di atas rak. Tanpa disuruh, dia menarik kerusi berwarna merah di hadapannya lalu duduk.
"Ada aku suruh kau duduk ke?"
Erkk...Aku? Apakah? Laju Natasya berdirik tegak semula. Matanya tajam memandang ke arah lelaki yang masih memandang ke arah skrin komputer ribanya.
"Lain kali, kalau orang tak suruh duduk, jangan duduk. Itu namanya tiada adab. Faham? Hmm..duduklah."
Natasya mencebik. Perlahan-lahan dia menarik semula kerusi berwarna merah itu lalu duduk. Matanya kemudian kembali meliar memandang ke sekeliling bilik itu.
Serius, sungguh kemas bilik ni. Rasa nyaman dek suhu pendingin hawa yang tak terlalu sejuk atau terlalu panas ditambah pula dengan bau wangian lavender. Pergh..macam bilik perempuan!
Heh..Entah-entah, ini bukan bilik dia. Dia menumpang aje. Tak perasan pulak tanda nama dia kat depan pintu tadi. Natasya mengerutkan dahi sambil memandang senteng pada lelaki di hadapannya.
"So kau datang sini nak praktikal kan?"
"Ya, saya" Ermm..sesuai ke soalan itu ditanya? Bukan dia ke yang meminta pelajar praktikal? Natasya menggaru kepala.
"Kau ambil jurusan ape kat universiti?"
"Kejuruteraan kimia, tapi major bioproses."
"Hmmm.."
Senyap.
Usai setengah jam berlalu, itulah butir perbualan terakhir mereka. Selebihnya Doktor Aiman sombong itu masih tekun memandang skrin komputer riba sambil jarinya menaip laju. Natasya mula rasa kurang selesa dengan suasana di dalam bilik itu. Bagaimana hendak rasa selesa, jika mereka duduk berdua tanpa bercakap apa-apa? Kalau menelan air liur pasti boleh didengar apatah lagi kalau perut berbunyi.
Lelaki ini satu hal juga. Kalau ada kerja, cakap jelah. Boleh juga dia menunggu di luar, melepak di meja Sofia. Ini tak. Dia membuat Natasya bagai tugu pula. Dibiarkan gadis itu duduk didepannya yang sedang sibuk bekerja. Berkelip-kelip mata Natasya macam ayam berak kapur. Haish..tak boleh jadi ni. Cakap Tasya. Suarakan rasa tak puas hati tu. Kalau tak cakap, mana dia nak tahu?
"Doktor sibuk ke? Kalau sibuk, saya tunggu di luar jela."
"Tak apa, Dah siap dah laporan ni."
Natasya melongo. Tak berkerdip matanya merenung lelaki yang sejak tadi tidak mahu mengangkat mukanya.
Ceh!!! 30 minit aku duduk kat sini sekadar memerhatikan dia menyiapkan laporan?
S.A.B.A.R jelah...
"So, biasa buat proses amidasi?"
"Hah? Apa?" Wajah Natasya berkerut. Apakah? Kali pertama dia mendengar perkataan seperti itu.
"Amidasi."
"Apa tu?"
"Hai..kata tadi, engineer kimia. Takkan itu pun taktau?"
Natasya mengetap bibir. Geram. Sudahlah kalau bercakap tak pandang langsung. Tangan pulak asyik sibuk menaip, tapi masih juga sempat mengutuk!
"Saya engineer. Bukan chemist!"
"But all of chemical engineer should learn about chemistry. Patutnya semua term tu, ada kat hujung jari je."
"Okay fine. Nanti saya Google. Amidasi, kan? soal Natasya sambil mencatat sesuatu di dalam buku notanya. Pen di tangan ditekan kuat. Hatinya terasa sakit, dirinya datang membawa kitab lama berkenaan kimia organik tahun satu pengajiannya dulu.
"Lagi?" tanya Natasya, cuba mempamerkan senyuman.
"Apa yang lagi?" soal Doktor Aiman.
"Nama saya. Doktor Aiman tak nak tahu nama saya ke? Macam mana saya nak bekerja dengan Doktor kalau nama saya pun Doktor tak tahu."
"Penting ke?"
Penting ke? Urghh..serius! Lelaki jenis apa yang berada di depannya ini?!
"Habis, macam mana Doktor Aiman nak beri tugasan dan arahan kepada saya kalau nama pun Doktor Aiman tak tahu?"
Akhirnya lelaki itu mengangkat wajahnya dari terus memandang skrin komputer ribanya. Automatik tangan dan tubuh Natasya terasa menggeletar tatkala mata mereka bertembung. Seperti ada satu kuasa sudah meresap masuk ke dalam badannya.
Okey Natasya, bak kata Sofia..ah, terus kepada kesimpulan lagi mudah. Kacaknya dia!
"Itu bukan masalah kau. Aku yang bagi arahan kat sini. Jadi terpulang pada aku sama ada nak panggil kau Kiah ke..Minah ke. Tugas kau, buat seperti yang diarahkan kalau nak lulus. Faham?"
Erkk..Natasya menelan air liur. Hilang terus rasa kagumnya terhadap wajah tampan itu dek mulutnya yang sangatlah...hmmmm. Malas nak cakap. Ada ke patut nama yang di berikan oleh arwah papa, Natasya Umaira...tapi dia hendak memanggilnya Kiah? Ada ke patut?
"Ikut suka Doktor la. Saya hanya menurut arahan." balas Natasya perlahan, sengaja memujuk diri. Nak gaduh pun tak ada gunanya dah. Dia penyelia, kau tu pelajar sahaja.
Ada sedikit senyuman di hujung bibir lelaki itu tatkala mendengar jawapan daripadanya.
"Okey, kau boleh ambil tempat di luar sekarang."
Natasya lantas berpaling ke belakang. Matanya lantas mencari-cari ruang kosong di makmal yang berada di luar bilik itu. Tak nampak macam ada meja kosong pun disediakan untuknya.
"Saya nk duduk mana ya, Doktor Aiman?"
"Itu, depan bilik aku. Senang aku nk pantau apa kau buat."
"Meja tu dah penuh."
"Meja aje yang penuh. Kerusi tu, tak ada siapa yang duduk. Kau duduk je kat situ buat sementara. Nanti kalau kau dah buat kerja kat dalam makmal, tak ada masa pun nak duduk."
"Baiklah, saya yang menurut perintah."
Seketika, dia memandang jam di tangannya. Baru pukul 9 pagi. Lamanya lagi nak keluar makan tengah hari! Hai..bosan..bosan. Nak pergi mencari Ikin, takut pula sesat walaupun opis kat sini takdelah besar sangat. Paling ditakutinya, kalau-kalau Doktor Aiman sombong tu pula mengamuk apabila dia tiada di tempatnya. Ahhh..apalah nasib badan.
Sekejap termenung, sekejap menyelak fail, sekejap memerhatikan orang yang lalu lalang dan akhirnya masa berlalu juga. Tasneem tersengih panjang. Cepaf-cepat fail di hadapannya dikemas. Sofia..Ikin..Rani..tunggu
"Hah...kau nak pergi mana? Tak jadi praktikal ke?
"Erkk..aaa..ermm..Saya nak keluar makan." jawab Natasya serba salah. Nak keluar pun kene bagitau jugak ke?
"Dengan siapa?"
"Dengan.."
"Kebetulan, aku nak makan. Jom!"
"Hah? Tapi saya.."
"Cepatlah. Aku paling pantang orang yang terhegeh-hegeh ni."
"Tapi saya dah janji dengan..." Natasya masih cuba tawar-menawar.
"Jom!"
Natasya masih lagi tercegat di situ. Masih berkira-kira dengan keadaan yang sedang berlaku. Bukan ke tadi Sofia kata Doktor Aiman ni kurang sikit ngan perempuan. Kenapa dia ajak aku makan bersama? Takkan dia ada hati dengan aku kot? Cinta pandang pertama? Aish hebat betul aku ni!
"NATASYA UMAIRA!"
Lamunan Natasya terhenti bila suara garau itu menyebut namanya. Rasa macam tak percaya. Ehh dia tahu nama aku la!!
Cepat-cepat dia mencapai beg tangannya di atas meja sebelum menuruti langkah lelaki itu keluar dari makmal. Sempat juga beetembung dengan Sofia dan Ikin yang memang setia menunggunya di lobi bangunan itu. Tak sempat berkata apa-apa, cuma isyarat mata yang mampu disampaikan kepada mereka, kemudian dibalas dengan senyuman penuh makna daripada mereka berdua dan juga akak-akak yg berada di lobi.
Heh...takpayah tunggu esok, petang ni juga dia akan jadi buah mulut orang di sini. Baru sehari masuk ke sini dah keluar dengan lelaki! Perlahan-lahan Natasya terus melangkah sambil memejamkan matanya seketika tanpa menyedari halangan yang berada di menanti di hadapannya.
YOU ARE READING
Ugh I Love You Mr.Handsome
Romance𝐾𝑎𝑡𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 , 𝑡𝑎𝑘 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙..𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑡𝑎𝑘 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎. 𝑇𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑑𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙, 𝑎𝑠𝑦𝑖𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑘𝑖𝑡𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑗𝑒..𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑎𝑝𝑎? -𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 𝑈𝑚𝑎𝑖𝑟𝑎 Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lur...