"I love that girl!" Doktor Aiman mendengus perlahan. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang lagi di dalam fikirannya sejak tadi. Tangannya lantas diletakkan ke atas dahi sambil merenung kosong ke atas siling bilik itu. Aiman... Aiman. Apa kau dah buat? Semata-mata kerana nak mengelakkan diri daripada disoal jawab oleh Santi, kata-kata macam tu yang kau keluarkan? Gilalah! Seumur hidup, perkataan seperti itu tidak pernah meniti di bibirnya. Tapi tadi?
Semuanya sebab dia! Howsanti Binti Muhd Redhollah How. Rakan sekerja merangkap saudara terdekatnya. Papa dengan Uncle ialah sepupu, menjadikan dia dan Santi sebagai dua pupu. Entah kenapa sejak kecil, Santi selalu benar mengekorinya. Mujurlah waktu zaman sekolah menengah dulu, dia belajar di MCKK. Kalau tak, pasti di situ juga Santi akan duduk sekelas dengannya sama seperti waktu zaman tadika dan juga sekolah rendah.
Tamat sahaja pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, Nenek pandai-pandai pula mengaturkan pertunangan dia dengan Santi tanpa pengetahuannya. Santi? Huhhh... Sampai ke telinga dia tersenyum sebaik saja mendengarkan khabar itu. Dan dia pula mati-matian menentang. Perkahwinan diaturkan oleh keluarga?
Kuno lagikan kolot! Zaman seperti itu dah lama berlalu dan sekarang, kenapa dia pula perlu melalui semua itu? Apa tak cukup lagi ke bukti perkahwinan seperti itu tak akan kekal lama? Bukti terdekat? Papa dan juga mamanya sendiri. Kerana keluarga, kerana keturunan...mereka bersatu bukan atas kehendak sendiri. Orang yang menjadi mangsa adalah dirinya sendiri bila mama meninggalkannya sewaktu dia berusia setahun semata-mata mengikut kekasih hatinya sendiri. Dan Nenek, nak mengulang semula perkara yang sama terhadap dirinya? Not today!
Natasya Umaira. Bila teringatkan nama itu, membuatkan dia tersenyum sendiri. Biarpun baru 2 hari mengenalinya, gadis itu bagai ada tempat di dalam kotak pemikirannya yang sebelum ini kosong dari mana-mana nama perempuan kecuali Santi. Lincah dan selamba perwatakannya. Tapi kadangkala lurus bendul. Teringatkan gelagat gadis itu, makin panjang senyuman Aiman Daniel.
"Hai, senyum panjang nampak! Dah ada buah hati ke?" Aiman Daniel bingkas bangun dari katilnya. Senyumannya tadi mati bila ditegur. Dia sudah mengagak, hal ini pasti akan dibangkitkan oleh papa. Perlahan-lahan dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
"Apa lagi Santi cerita kat papa?" Papanya tersenyum kelat di hadapan pintu bilik. Mudah betul anaknya itu menangkap sumber asal soalan yang baru saja ditanyakan tadi.
"Nothing much. Dia cuma ada sebut satu nama."
"She's my practical student, pa. Muda lagi. Umur baru 22 tahun." balas Aiman Daniel. Serius. Jauh di sudut hati , perasaan meluat dan menyampah kian bercambah dalam hatinya terhadap Santi. Perlu ke semua hal di ofis diceritakan kepada papa? Ke mana perginya profesionalisme Santi sebagai rakan sekerjanya?
"Well yeah. And then, macam mana pula timbul soal..."
'Ugh mula dah..'
"Pasal Man mengaku, budak tu buah hati Aiman? Pa, papa kenal Aiman macam mana dan papa tahu perangai Santi macam mana? Kalau Aiman tak cakap macam tu, dia akan terus ganggu budak tu sampai bila-bila. Macam mana budak tu nak fokus belajar dan kerja kat situ nanti, pa?"
"Jadi, dengan mengaku camtu, Man rasa Santi tak akan ganggu budak tu? Papa tak rasa macam tu. Keadaan akan jadi lebih teruk kalau ada orang lain selain dia yang dengar pengakuan kamu tu. Santi tu tak akan berdiam diri macam tu je. Sejak kecil lagi dia memang obses dekat kamu. Kamu pun tahu hal ni, kan?"
Aiman Daniel mengeluh kasar. Obsesi terhadap dirinya? Ni bukan obses dah, tapi dah hilang akal! Biar berjuta kali pun dia ditolak, dia akan tetap datang dengan muka tanpa rasa malu atau segan. Sesekali bila difikirkan hal itu, rasa seram pun ada juga. Bimbang kalau Santi buat perkara yang di luar jangkaanya. Hmm... Orang lain ya? Ada sesiapa ke orang lain yang dengar... Masya-Allah...Sofia? Kalau dia cakap kat budak tu macam mana?
"I love you? Yeah I love you budak senget.." Dia tersenyum sendiri.
'Okey juga kalau dia tahu...'
YOU ARE READING
Ugh I Love You Mr.Handsome
Romance𝐾𝑎𝑡𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 , 𝑡𝑎𝑘 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙..𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑡𝑎𝑘 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎. 𝑇𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑑𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙, 𝑎𝑠𝑦𝑖𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑘𝑖𝑡𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑗𝑒..𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑎𝑝𝑎? -𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 𝑈𝑚𝑎𝑖𝑟𝑎 Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lur...