ᴥ6ᴥ

43 7 2
                                    

Sesekali Natasya menggenyeh matanya yang mula terasa pedih. Hampir 2 jam dia menghadap skrin komputer riba, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh lelaki itu. Matanya sudah mula terasa letih.

Tentang apa? Ahhh, apa lagi kalau bukan tentang proses amidasi tu. Selagi tidak menjelaskan secara tepat tentang proses itu, selagi itulah dia terpaksa mencari bahan. Hai la amidasi..

"When you fail to explain it simply, it means that you don't understand the topic well enough. Bukan aku yang cakap eh, Albert Einstein yang cakap."

Dek mendengar ceramah motivasi pendek itulah, Natasya ada di kerusi itu, di hadapan meja itu biarpun pada mulanya, dia terasa segan bila diarah duduk di atas kerusi dan meja milik lelaki itu untuk mencari maklumat. Paling dia risaukan, tanggapan pegawai-pegawai lain kalau ada yang lalu-lalang, terlihat dirinya di situ. Mereka mesti menganggap yang bukan-bukan.

Tapi kalau bukan di situ, di mana lagi dia nak mencari maklumat? Di sini bukannya seperti di universiti, ada makmal komputer bagai. Lagipun, bukan dia yang memandai-mandai hendak duduk di situ, tapi atas arahan lelaki itu sendiri.

"Aiman! Kenapa you tak balas SMS I?"

Natasya mengangkat wajahnya perlahan-lahan tatkala suara itu menyapa di hadapan pintu gelangsar yang baru dibuka.

"Ehh... Awak ni student praktikal, kan? Awak buat apa dalam bilik Doktor Aiman ni, ha? Pandai-pandai je awak guna laptop dia ya!"

Suara wanita berambut ikal mayang yang berdiri sambil mencekak pinggang di hadapannya itu sedikit menggerunkan. Cepat-cepat Natasya bangun.

"Maafkan saya, puan..."

"Doktor Santi."

"Maafkan saya, Doktor Santi. Doktor Aiman yang suruh saya duduk kat sini.."

"Really girl? It's sound stupid, dear. Which Doktor Aiman are you talking about?"

Natasya terdiam. Ceh.. Speaking London pula minah ni! Dia ni siapa sebenarnya dengan Doktor Aiman? PA? Tak mungkin. Dia pun ada pangkat doktor juga.

"Doktor Aiman suruh saya cari maklumat tentang.."

"Tak payah nak buat ceritalah. Doktor Aiman yang saya kenal tak akan bagi mana-mana perempuan duduk dalam bilik dia, lebih-lebih lagi atas kerusi dia dan guna komputer peribadi dia. So, apa awak buat kat sini?" soalnya sambil berpeluk tubuh dengan pandangan sinis.

"Betul, Doktor Santi.."

"Ohhh... Just shut up! Saya cukup masak dengan sikap pelajar praktikal perempuan macam awak yang datang sini pura-pura comel, kononnya nak belajar something tapi sebenarnya nak menggatal, mengurat lelaki macam Doktor Aiman, kan?"

Natasya menarik nafas panjang.

S.A.B.A.R. Perkataan itu cuba ditanam dalam dirinya. Kalau ikutkan fitrah dan perangai asalnya, memang dah lama perempuan di hadapannya ini dihabiskan cukup-cukup.

Apa sebenarnya masalah dia ni? Datang-datang terus naik angin satu badan? PMS mungkin? Tak pun marah sebab cintanya kepada Doktor Aiman tak berbalas? Ahh... Kenapa pula hal peribadi Doktor Aiman menjadi urusannya pula?

"Saya bukan macam yang Doktor Santi cakapkan tu..."

"Well yeah. Sesiapa pun boleh cakap macamtu, even you. Tapi tengok apa yang awak buat? Opposite! Awak tahu tak, belum pernah ada perempuan duduk atas kerusi tu?"

Habis tu? Ada aku kisah? Gatal saja mulut Natasya hendak menjawab, tapi hanya mampu menyuarakan dalam hati.

"Kalau Doktor Santi tak percaya, doktor boleh tanya pada Doktor Aiman..." Natasya cuba bertegas.

"Enough girl! Pack your things, and get out from this room right now!"

Darah Natasya sedikit menyirap apabila suara itu sedikit meninggi hingga ada beberapa orang yang lalu berhampiran berpaling. Gatal sahaja mulutnya hendak terus membalas tuduhan melampau itu tapi bila memikirkan tentang Sofia, hasrat itu di matikan. Kesian pula dia kepada kawannya. Dia yang buat hal, Sofia pula nanti yang mendapat malu!

Perlahan-lahan Natasya mencapai kertas dan telefon bimbitnya. Kemudian dia mengatur langkah keluar dari bilik itu, diiringi jelingan tajam Doktor Santi.

"Haa... Kalau betul awak nak cari bahan, pergi kat lobi. Pinjam komputer Hani dekat meja penyambut tetamu tu. Jangan berani-berani lagi masuk bilik ini. Faham?"

Natasya mengangguk perlahan. Malas nak bercakap banyak. Malas nak mencari gaduh!

"Kau buat apa kat sini?"

Natasya berpaling. Melihatkan gerangan yang menegur, cepat-cepat dia berdiri tegak lalu tersenyum.

"Doktor Aiman! Emm... Saya cari bahan yang Doktor Aiman nak tentang proses amidasi tu la."

"Tapi kenapa kat sini?" soal Doktor Aiman. Dahinya sedikit berkerut. Elok-elok dia suruh di dalam bilik, kenapa pula nak mencari maklumat di meja penyambut tetamu?

"I yang halau dia dari bilik you, B. Budak ni, pandai-pandai saja masuk bilik you..."

"You halau dia? I yang bagi dia masuk, suruh dia guna laptop I. Yang you pandai-pandai halau dia, kenapa?"

Doktor Santi yang baru saja turun dari tangga kelihatan sedikit tergamam dengan jawapan yang diterima. Wajah Aiman Daniel direnung dalam-dalam...

"Aiman? I nak guna laptop you pun you marah...takkanlah..."

"Itu you. Natasya bukan you!" Mata Doktor Santi membulat sebaik sahaja mendengar jawapan itu. Dia mendengus kasar sambil menayangkan wajah geram.

Natasya mengetap bibir. Dia rasa serba salah untuk terus berada di situ. Perlahan-lahan dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Apa kata kalau secara senyap dia beredar dari situ dan membiarkan pasangan kekasih ini menyelesaikan masalah atau konflik antara mereka berdua? Hmmm... Idea yang bagus!

"Natasya, awak nak ke mana tu?"

Langkah Natasya berhenti bila ditegur. Aik, dia panggil aku dengan gelaran awak pula? Bukan selalu kau-aku ke?

"Saya..saya... nak masuk dalam makmal Doktor Aiman..." jawab Natasya takut-takut.

"Awak dah makan?" Natasya menggeleng perlahan.

"Makan dengan saya."

Natasya tergamam. Wajah Doktor Aiman kelihatan bersahaja. Tapi tatkala melihatkan rupa Doktor Santi yang merah dan masam mencuka sambil memandang ke arahnya, dia jadi kecut perut pula.

"Saya puasa." Entah dari mana alasan itu tiba-tiba saja datang.

"Sejak bila pula ada hukum dalam Islam, hanya berpuasa makan tapi minum boleh? Botol air kat tangan awak tu, apa bendanya?"

Gulp! Lagi sekali dia kantoi!

"Pergi masuk, ambil handbag awak. Saya tunggu dalam kereta. Oh ya, mulai hari ni..I tak mahu you ganggu Natasya lagi okey. She's..."

"She's what?" potong Doktor Santi.

Natasya terus melangkah laju, masuk ke dalam makmal. Dia tak mahu terus berdiri si situ dan mendengarkan jawapan dari mulut lelaki itu. Sudah pastilah jawapannya , she's my practical student! Takkanlah dia nak jawab, she's my girlfriend kot?

Ugh I Love You Mr.HandsomeWhere stories live. Discover now