Muhd Aiman Daniel menghempaskan badannya ke atas katil. Letih! Penat menghadiri mesyuarat. Tapi yang paling meletihkan, berbincang cuma beberapa jam..minum dan makan saja yang lebih! Adeh..
Dia lantas menoleh apabila pintu biliknya yang sedikit terbuka diketuk perlahan
"Aiman dah makan?" tegur papanya yang hanya berdiri di muka pintu.
"Aiman kenyang lagi, pa. Tadi masa meeting, dah makan banyak. Papa?"
"Emm.. Papa baru je makan. Tadi papa.."
"Dating dengan Auntie Farah?"
Papanya tersenyum lantas mengangguk. Dia pula hanya mengeluh perlahan lantas menggeleng.
"Sudah-sudahlah, pa. Papa juga yang selalu pesan kat Man, kita kena belajar dari pengalaman. Same goes to you. Perempuan semua sama, pa. Ada atau tidak, sama je. Tak ada beza. Tanpa mereka pun kita boleh hidup kan?"
Papanya mengeluh panjang. Perlahan dia mengambil tempat di sisi hujung katil anak tunggalnya itu. Tangan kirinya kemudian diletakkan ke atas bahu Aiman Daniel.
"Jangan cakap macam tu. Kita ni manusia biasa. Fitrah manusia, lelaki perlukan perempuan dan juga sebaliknya. Tanpa insan bergelar perempuan, tak mungkin Aiman lahir, membesar dan berjaya seperti hari ini. Aiman kena ingat tu!"
"Ok whatever. Pendirian Aiman tak pernah berubah dari dulu. Perempuan semuanya sama. Semuanya menyusahkan hidup saja! Tapi tentang hal papa dengan Auntie Farah, terpulang pada papa. Aiman tak mahu masuk campur. Kalau papa serius dengan dia, silakan. Tapi setapak dia melangkah masuk dalam rumah kita ni , Aiman keluar."
"Aiman Daniel!"
"Aiman letih, pa. Man nak mandi, nak rest."
Aiman Daniel lantas bangun lalu mencapai tuala yang tersidai kemas di atas rak di sisi katilnya. Dibiarkan saja papanya duduk di situ memandang gelagatnya. Tanpa sebarang kata, dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Beb! Lama gila kau mandi! Dekat setengah jam dalam bilik air, kau buat apa?"
Ezrani menegur sebaik sahaja pintu air dibuka. Natasya mengangkat keningnya. Apa hal pula dengan minah ni?
"Mandilah, apa lagi?"
Ezrani lantas menjengukkan kepalanya ke dalam bilik air lalu mencekak pinggang.
"Ada bath-tub ke kat dalam tu?" soal Ezrani
"Kau ingat ni hotel? Mestilah tak ada!"
"Dah tu, yang kau mandi lama sangat apa pasal?"
"Ehh... Suka hati akulah nak mandi lama ke sekejap. Dalam rumah ni kan ada dua bilik air. Pergilah turun bawah."
"Maleh aku!" Ezrani tersengih. Tak lama kemudian dia berlari-lari anak masuk ke dalam bilik air yang terbuka pintunya. Dah tak tahan!
Natasya menggeleng perlahan. Entah apa-apa dia ni. Pemalas tak bertempat!
Natasya terus mengatur langkah ke bilik utama rumah itu sambil tangannya laju mengeringkan rambutnya dengan tuala di kepala. Pening kepala! Baru hari pertama praktikal dah pening. Kalau tiga bulan, mahu botak kepala dia dibuatnya!
"Haah, Auntie Farah! Si Tasya ni dah buat havoc dekat opis Sof. Hari pertama dia datang praktikal, dah pergi keluar makan dengan lelaki. Lelaki tu kan auntie..jenis yang..."
"Woi mangkuk!" Mulut Sofia segera ditutup dengan telapak tangannya. Tangan yang sebelah lagi merampas telefon di telinga Sofia.
"Helo... Ibu , ibu jangan percaya cerita Sofia tu. Tipu je tu!"
"Yeke ni, sayang?"
"Ye ibu. Sofia ni saje nak buat cerita. Tasya okey je, ibu. Semuanya okey. Ibu jangan risau okey?"
"Yelaa sayang. Tasya jaga diri ya. Jimat cermat duit belanja tu. Kalau ada apa-apa just call ibu, okey?"
"Baik ibu. I love you!"
"Love you too, sayang."
Cepat-cepat punat End Call ditekan. Matanya kemudian mencerlung memandang ke arah Sofia yang sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Kau ngadu ape kat ibu aku hah?"
"Mana ada aku mengadu. Aku cuma cerita hal yang sebenar." Sofia buat muka tak bersalah. Button on pada komputer ribanya ditekan.
"Cerita apa pula kau ni? Kau jangan fikir bukan-bukan pasal aku ngan Doktor Aiman sombong tu..."
"Weh... Ini betul-betul!"
"Apa yang betul-betulnya?"
"Kau tahu tak yang kau dah langgar pantang?"
Natasya membulatkan matanya kemudian kepalanya digaru perlahan. Pantang?
"Aku tak pahamlah. Pantang apa pula ni?"
"Kepantangan seorang Doktor Muhd Aiman Daniel.."
Kepantangan Doktor Aiman sombong tu? Erkk..seramnya! Baru hari pertama dia dah melanggar pantang? Habislah.. Matilah aku! Lebih baik esok aku berhenti terus aje daripada menjalankan praktikal di situ. Belum apa-apa, sah-sah dah tahu apa keputusan akhir praktikal aku. Gagal!
"Doktor Aiman ada mengadu apa-apa kat kau ke? Aku buat salah ape?"
"Tak ada. Dia tak ada cakap apa-apa pun."
"Pula dah! Dah tu?"
Sofia berpaling, lalu tersengih. Perlahan-lahan bahu Natasya ditepuknya. Kening diangkat tinggi, sengaja membuatkan hati Natasya tidak tenteram.
"Apa ni, Sof? Jangan buat aku macam ni. Kalau betul aku dah langgar pantang, dah buat salah..lebih baik aku esok tak payah datang praktikal dah."
Makin panjang sengihan Sofia kali ini. Natasya merungut perlahan. Adeh Sof ni. Kang aku lepuk dengan periuk kat dapur tu, jangan tanya kenapa!
"Kau tahu tak, kau student praktikal perempuan pertama Doktor Aiman?"
"Tahu. Kau dah cerita waktu dalam kereta pagi tadi."
"Haah kan. Lupa!" Natasya mencebik. Ceh! Itu aje ke? Pantanglah sangat!
"Ehh.. Ada lagi. Kau tahu tak... Kau perempuan pertama yang naik kereta Doktor Aiman merangkap yang pertama keluar makan dengan dia?"
"Hah? Maksud?"
"Hehe... Maksudnya, kau dah berjaya membuka hati seorang Doktor Aiman handsome tu pada perempuan! Anda faham?"
Hah? Membuka hati? Doktor Aiman sukakan Natasya Umaira?
YOU ARE READING
Ugh I Love You Mr.Handsome
Romance𝐾𝑎𝑡𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 , 𝑡𝑎𝑘 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙..𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑡𝑎𝑘 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎. 𝑇𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑑𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙, 𝑎𝑠𝑦𝑖𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑘𝑖𝑡𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑗𝑒..𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑎𝑝𝑎? -𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 𝑈𝑚𝑎𝑖𝑟𝑎 Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lur...